ads1

Khamis, 1 Mac 2018

4 Gangster Yang Digeruni Rakyat Malaysia Suatu Ketika Dahulu

Anak-anak muda hari ini banyak terpengaruh dengan budaya kuning yang tersebar di negara kita daripada negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Salah satu daripada nilai buruk yang dibawa ke negara kita ialah budaya gangster dan budaya ini banyak tersebar di sekolah-sekolah menengah.
Ramai anak muda yang menganggap ini perkara biasa kerana mereka mahu kelihatan “cool” di hadapan rakan-rakan mereka. Jadi mereka mulalah terlibat dengan gejala-gejala buruk dan gejala ini selalunya bermula dengan menghisap rokok dan kemudian satu persatu tahap gejala sosial ini dipertingkatkan. Banyak remaja sekolah yang mengikuti kumpulan gangster kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.
Tanpa kita sedari, banyak kumpulan gangster yang ditubuhkan di negara kita. Sejarah negara kita juga tidak terkecuali dengan banyak kes-kes jenayah yang telah dilakukan oleh gangster-gangster dalam mendapatkan wang secara haram dan menyebarkan pengaruh mereka dengan lebih luas.
Hari ini penulis ingin berkongsi gangster berbahaya yang pernah bertapak di Malaysia. Kita hidup berbilang kaum dan tanpa kita sedari gangster-gangster ini pun berbilang kaum.

4. Sunny Chai

sunny chai perompak korporat
Sunny Chai merupakan ketua kepada salah satu kumpulan rompakan yang berbahaya iaitu Gang M16. Kumpulan rompakan ini bergiat aktif pada awal tahun 2000 dan ahli-ahli kumpulan ini hanya terdiri daripada mereka yang sudah meningkat usia iaitu sekitar 40-an. Anda sendiri dapat meneka senjata rompakan mereka daripada nama kumpulan ini, sudah tentulah senapang M-16.
Mereka gemar merompak kedai-kedai emas tetapi sukar untuk mengenal pasti identiti ahli kumpulan ini disebabkan topeng yang dipakai mereka namun polis sudah mengetahui identiti ketua kumpulan mereka iaitu Sunny Chai. Mereka yang mengenali Sunny Chai mungkin terkejut dengan rahsia sebenarnya kerana dia mempunyai topeng di hadapan orang ramai.
Sunny Chai yang bersembunyi di sebalik kerjaya siang harinya iaitu seorang ahli usahawan dan dia juga sangat rapat dengan ahli politik dan pegawai polis sendiri menyebabkan ramai juga yang tertipu. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan rompakan di siang hari namun pada waktu malam dia hanya berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
kedai emas sunny chai
Dia juga merupakan pemilik kedai emas, restoran, aksesori kereta, kedai tayar, snuker dan bisnes servis penghawa dingin. Ramai yang membeli emas daripada kedainya sebenarnya tidak tahu bahawa barang kemas yang dijualnya sebenarnya hasil rompakan. Sunny Chai juga pernah menjemput Timbalan Menteri untuk merasmikan kedainya menunjukkan betapa liciknya dia.
Sunny Chai mempunyai seorang orang kanan yang sangat dipercayai iaitu Elvis tetapi ternyata kadang-kadang orang yang kita mempercayai juga boleh membawa padah kepada diri kita. Sebelum kita masuk ke kisah bagaimana Elvis dan Sunny Chai bertempur, anda harus tahu tentang kesilapan yang dilakukan oleh Sunny Chai.
Disebabkan terlalu tamak, dia melakukan silap besar apabila dia mula terlibat dalam penculikan selain mula memeras ugut hartawan-hartawan. Ini menyebabkan kumpulan lebih terdedah sekali gus menyebabkan pihak polis mengesyaki mereka. Ini menyebabkan berlaku pergaduhan dalam organisasi mereka.
sunny chai gangster malaysia
Pada tahun 2002, berlaku pergaduhan antara Sunny Chai dan Elvis menyebabkan mereka berdua berpisah dan membawa haluan masing-masing. Pada Disember 2002, Sunny Chai cuba melarikan diri daripada polis ketika membawa kereta Proton Waja miliknya dan melanggar kereta pihak polis yang mengejarnya.
Disebabkan keretanya hilang kawalan, pelanggaran tersebut membawa padah kepada dirinya kerana berlaku pertempuran tembak menembak. Akhirnya Sunny Chai dan seorang ahli kumpulannya berjaya ditembak mati oleh polis. Elvis pula tidak berjaya dikesan dan khabar angin mengatakan dia sudah terbang ke luar negara.

3. Mat Komando

mat komando dianggap robin hood oleh sesetengah pihak
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia. Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Selepas dia berhenti menjadi tentera, dia melakukan kerja-kerja berpendapatan rendah seperti menjadi pemandu lori, teksi dan bas. Kerja-kerja ini hanya dilakukan untuk menampung dirinya dan keluarga tetapi disebabkan kerja-kerja ini tidak mungkin tidak menguntungkan, dia mengambil keputusan untuk bertukang haluan.
Namun siapa sangka, pekerjaan seterusnya merupakan kerjaya yang berbahaya kepada masyarakat. Dia menubuhkan Gang 13 iaitu kumpulan gangster yang mengikuti gaya ketenteraan disebabkan latar belakangnya yang sebegitu. Gang 13 melakukan rompakan pertamanya di ladang kelapa sawit di mana pemilik ladang tersebut menyimpan wangnya berdekatan ladang tersebut.
Betapa ciliknya Mat Komando kerana tidak merompak bank sebaliknya merompak tempat-tempat yang mampu memberi wang yang banyak tetapi dalam masa yang sama tidak begitu berisiko kerana tiada kawalan ketat di ladang berbanding kawalan yang sangat ketat di bank.
mat komando gangster melayu
Rompakan demi rompakan memberi keyakinan dan terus melakukan rompakan bersiri. Rompakan mereka kesemuanya lebih kurang 50 rompakan semua sekali dan mereka berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM2 juta lebih. Gang 13 ini menggunakan senjata yang terkenal dalam kalangan tentera iaitu M16 semasa rompakan yang berlaku antara 2001 hingga 2002.
Walaupun mereka tidak berjaya ditangkap pada awalnya, polis telah melancarkan Operasi Api Sawit bagi menangkap kumpulan ini. Disebabkan kecuaian mereka semasa rompakan kerana mereka tidak memakai topeng, ini memudahkan kerja polis untuk menangkap mereka.
Pada suatu hari, Mat Komando bercuti di resort yang terkenal di Kedah tetapi disebabkan penjaga kaunter resort itu mengecam mukanya, dia terus menghubungi polis. Laporan itu menyebabkan berlakunya kejadian tembak menembak dan akhirnya polis berjaya memberkas beberapa ahli Gang 13. Malangnya, Mat Komando dan seorang rakannya berjaya melarikan diri.
mat komando ditembak mati
LOKASI MAT KOMANDO DITEMBAK MATI
Polis mendapat maklumat bahawa mereka berdua akan berjumpa di satu rumah tetapi mereka berjaya melarikan diri. Disebabkan maklumat ini tersebar kepada polis, Mat Komando berasa marah dan membelasah rakannya. Namun tindakannya itu membawa padah kerana rakannya takut akan dibunuh oleh Mat Komando, jadi dia menyerah diri kepada polis sebelum melaporkan lokasi Mat Komando.
Lokasi tersebut merupakan sebuah kampung di Baling, Kedah dan pada 12 September 2002, 10 ahli unit tindakan khas polis bersama Unit Tindakah Khas (UTK) menyerbu kampungnya. Mat Komando akhirnya tewas dan mati ditembak selepas bertarung mati-matian dengan polis.

2. Bentong Kali

bentong kali ketua gangster yang ditakuti
Bentong Kali merupakan seorang lelaki india yang diberi nama Kalimuthu A/L Pakirisamy. Anak kelahiran Pahang ini terkenal pada zaman 1990-an kerana dia terlibat dengan 17 kes pembunuhan selain melakukan keganasan dalam menakutkan-nakutkan penduduk Malaysia. Selain itu, dia juga terlibat dalam kes penyeludupan dadah jenis heroin
Dia tidak takut dengan polis kerana dia pernah mencabar polis untuk menangkapnya dan berita ini tersebar menjadi muka depan suratkhabar. Kerjayanya sebagai seorang penjenayah bermula sejak kecil lagi di mana dia pernah ditahan pada umur 14 tahun. Walaupun dipenjara sejak kecil, dia tidak pernah bertaubat dan terus melakukan gejala gangsternya selepas dibebaskan pada umur 19 tahun.
berita mengenai bentong kali kalimuthu
Bentong Kali kembali ke kancah gangsterisma apabila dia menyertai kumpulan gangster cina yang dikenali sebagai Gang 04 di Betong, Pahang. Dia aktif menjalankan jenanahnya di Brickfields, Segambut, Sungai Way dan Ampang. Dia kemudiannya ditangkap pada Julai 1985 di bawah Ordinan Kecemasan dan ditempatkan di penjara Penang sebelum dibebaskan semula pada 1987.
Dia tidak lagi menyesal namun kali ini dia memilih untuk memulakan kumpulannya sendiri dia Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan kumpulannya masih mempunyai nama yang sama iaitu Gang 04. Kumpulannya bebas menyeludup dadah dan dia pernah ditangkap pada April 1980 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
bentong kali gangster india
Pada tahun 1991, dia melakukan keganasan dengan membunuh ramai orang awam yang menyebabkan polis terpaksa melancarkan operasi untuk menangkapnya. Operasi ini dipanggil “Ops Buncit” pada Jun 1993 yang disertai oleh hampir 200 pegawai polis. Kekejamannya memang sangat jahat kerana polis mengatakan bahawa pembunuhannya sekadar untuk memuaskan perasaan sendiri.
Polis akhirnya bertindak siang malam untuk menangkapnya dan maklumat ini disebarkan sehingga ke negara-negara sempadan seperti Thailand kerana dikhuatiri dia akan melarikan diri ke negara lain. Sebanyak RM100,000 ditawarkan bagi sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang Bentong Kali.
Akhirnya polis berjaya menembak mati Bentong Kali selepas mendapat maklumat tempat persembunyiannya di rumah teres Medan Damansara, Kuala Lumpur. Perintah Operasi Khas daripada Bukit Aman diperintahkan kepada polis untuk menyerbu rumahnya pada 29 Jun 1993. Dia ditembak tepat di kepala dan rakan-rakannya juga berjaya dibunuh.

1. Botak Chin

botak chin gangster cina
Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin dilahirkan dalam keluarga yang ramai iaitu sebanyak 10 orang adik beradik di Kuala Lumpur pada tahun 1951. Dia mendapat pendidikan di sekolah rendah jenis Cina di Sentul Pasar sebelum melajunkan pelajar di sekolah Inggeris.
Kehidupan awalnya agak susah kerana dia terpaksa berhenti sekolah seawal 15 tahun dan terpaksa bekerja sebagai pembantu pasar di pasar borong. Disebabkan kawasan tersebut dikuasai oleh kongsi gelap (Geng 360), Botak Chin terpengaruh dengan dakyah ini dan menyertai kumpulan gangster ini.
Selepas kematian ibunya, dia banyak terlibat dengan jenayah-jenayah kecil seperti mencuri bersama rakan-rakannya. Dia bersama dua orang rakannya melakukan rompakan pertama mereka pada 19 April 1969 di mana dua orang rakannya itu memilik pistol sendiri.
Setelah rompakan pertamanya, dia membuat keputusan untuk mendapat senjatanya sendiri iaitu revolver .22 lalu menubuhkan kumpulannya sendiri. Dalam sebulan sahaja dia telah melakukan 8 rompakan pada September 1969 namun malang tidak berbau apabila kegiatannya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Dia dihantar ke penjara selama 7 tahun dan kemudian dibebaskan pada November 19734.
jual sayur
Setelah dibebaskan, dia cuba untuk berubah menjadi seperti orang biasa namun untung daripada menjual sayur sudah tentu tidak dapat memenuhi nafsunya sendiri. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali bergiat aktif pada April 1975 dengan 3 orang rakan baru iaitu Ah Wong, Pangkor Chin dan Seh Chai. Setelah membeli senjata api daripada Thailand, dia terus melakukan rompakannya pada 2 Jun di sebuah pusat perjudian haram dengan keuntungan RM5800.
Rompakan Botak Chin dan rakan-rakannya pada 2 Julai berjaya mengutip sehingga RM95,000 daripada sebuah bank di Jalan Imbi. Dia mendapat RM25,000 daripada keseluruhannya dan wang itu dia gunakan untuk membeli kereta Datsun. Rompakan mereka seterusnya terletak di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer dan RM10,000 wang berjaya dilarikan bersama beberapa barang kemas.
Kes rompakan ini mendapat perhatian polis dan terutamanya Deputi Superintendan S Kulasingam yang mana dia ditugaskan untuk memburu Botak Chin sehingga dia diberkas. Pasukan polis terus memburunya tanpa henti dan akhirnya pada bulan September, polis dapat mengesan kereta Alfa Romeo yang dicuri oleh Botak Chin dan rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun polis gagal memberkas Botak Chin kerana dia berjaya melarikan diri bersama rakan-rakan setelah mereka merampas kereta Volvo milik pegawai bank. Rompakan terbesar mereka berlaku pada 26 Oktober 1975 dan mereka berjaya merompak sebanyak RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan di Kelab Lumba Kuda.
botak chin ditahan dan ditangkap ke penjara
Setelah lama menjadi ketua, ramai yang iri hati dengan Botak Chin. Ini menyebabkan rakannya sendiri Ah Wong dan seorang ketua geng Lima Jari Gunung iaitu Tua Pui Lek ditembak mati olehnya di kawasan lombong tinggalan di Jinjang. Seh Chai iaitu seorang lagi rakannya telah membunuh diri selepas dikepung oleh pihak polis di Jalan Aor.
Setelah lama diburu, akhirnya Botak Chin berjaya diberkas pada malam 16 Februari 1976 setelah perancangan rapi dibuat oleh pihak polis. Sejarah tercipta apabila Botak Chin menjadi orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia dihukum mati mandatori dan digantung pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu.
Fakta menarik tentang Botak Chin walaupun ada perkataan botak dalam namanya tetapi dia sendiri mempunyai gaya rambut yang tersendiri. Sebenarnya Botak itu dikatakan akronim bagi Bantu Orang Tidak Ada Kerja.
keratan akhbar botak chin dihukum gantung sampai mati
sumber:
  1. Wiki Botak Chin
  2. Wiki Bentong Kali
  3. Belog Mystery
  4. The Star
  5. Utusan Online
  6. Kongsion Blog

‘Diorang suka berdiri keliling mesin tu’ – Terus meremang bulu romanya mendengar cerita pesakit itu


Jangan teruskan membaca jika anda tidak punya semangat yang kuat. Peristiwa yang berlaku adalah berdasarkan kisah yang diceritakan oleh penulis. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya yang mengalaminya saja tahu.Berikut kisah yang dikongsikan oleh Fairy_Fairy di sebuah laman forum tempatan.MASA saya dan kawan gathering sebab dah lama tak berjumpa, kitorang borak-boraklah tentang kerja. Dalam group ini ada beberapa orang doktor, cerita punya cerita terbukalah cerita tentang pengalaman para doktor ini di hospital. Ada yang lucu dan ada juga yang just plain scary!DOKTOR Y
1. Masa tu time HO dan bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU). Adalah seorang pakcik ini yang pada masa itu tengah intubated, jadi tak dapatlah bercakap. Pakcik ini berada di ICU agak lama juga. Hari yang tube pakcik ini kena buka dan nak pindah ke wad biasa adalah hari saya pergi buat round. Jadi seperti biasa, kitorang akan bertanya kepada pesakit tentang keadaan diorang okey ke tak okey?
Saya: “Pakcik, macam mana keadaan pakcik? Selesa ke?”
Pakcik: “Okey doktor. Cuma ramai sangat nurse di sini.”
Saya: “Oh, memanglah nurse ramai sebab nak periksa pesakit kan.”
Pakcik: “Siang memang ramai doktor, tetapi malam lagi ramai! Diorang suka berdiri keliling mesin itu,” sambil menunjukkan jarinya ke arah mesin.
Saya pusing badan ke arah yang ditunjukkan oleh pakcik itu, mesin dialisis.
2. Masih di ICU, another pakcik was intubated. Almost every night badan pakcik ini akan mengeras as if tengah fitting. Jadi kami akan suntik pakcik ini untuk tidurkannya. Bila tube dah dibuka, saya pergilah bertanya tentang keadaan pakcik itu.
“Saya okey doktor, tetapi itulah, malam-malam kena inject untuk bagi tidur. Saya cuma nak beritahu, ada orang atas kipas itu,” katanya.
DOKTOR A
1. Saya pada masa itu sedang menjaga bahagian kecemasan. Ada dua buah bilik yang kami tak selalu gunakan sebab pernah berlaku kes di bilik itu iaitu bilik dua dan bilik empat. Jadi bilik-bilik ini kitorang akan kunci awal. Jam 10 malam adalah waktu terakhir kami menggunakan bilik-bilik itu. Masa aku kena itu lebih kurang jam tiga pagi. Tiba-tiba lampu bilik dua menyala dan panggil nombor yang seterusnya. Masalahnya, mana ada orang di dalam bilik itu!
2. Masa itu hospital tengah under renovation. Masa saya pergi buat rounds, ada MA ini cerita tentang dia dengan kawannya kena kacau. Diorang lalu di kawasan yang sedang diubah suai itu. Masa ini mereka sedang berjalan sebelah menyebelah sambil berborak. Lama kelamaan kawan MA itu ketinggalan di belakang. Jadi MA berkenaan bertanyalah kenapa jalan lambat sangat.
“Kau tak nampak ke ada orang tarik kaki aku ni??!!”
Padahal tak ada apa pun. MA terus tarik kawan dia itu dan lari laju-laju.
DOKTOR M
1. Masa itu saya dah habis shift. Habis pun jam menunjukkan jam 10 malam lebih kurang. Jadi nak cepat pulang dan berehat. Sampai di kereta, terus hidupkan enjin dan bergerak. Nak keluar ke jalan besar, perlu lalu bilik mayat terlebih dulu.
Ketika kereta lalu bilik mayat, saya mula terdengar suara-suara dalam kereta. Ingatkan suara itu datang dari luar, jadi saya bukalah tingkap. Tetapi memang suara-suara itu datang dari dalam kereta! Saya tak berani nak tengok ke arah belakang, jadi saya pecut kereta sambil berdoa. Suara itu hilang apabila lalu di satu kawasan ini. Mungkin benda itu nak menumpang saja agaknya.
2. It is a non-written rule that we don’t do blood transfusion waktu malam sebab darah itu selalu akan berkurangan. Ambil dari blood bank 2 volumes. Bila nak buat transfusion, dah kurang satu volume.
Sumber: Fairy_Fairy

Panduan Kalau Kena Patuk Ular.. ” Jangan Hisap, Jangan Toreh”

Ular adalah haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa dengan satu semburan berbisanya. Ramai orang sentiasa takut akan haiwan berbisa ini. Namun kadang kala haiwan berbisa ini boleh sesat sehingga memasuki rumah.
Jika duduk di kawasan kampung sudah pasti risau jika ular menceroboh masuk ke dalam rumah. Kita akan bertambah takut dan panik jika terkena patukan haiwan berbisa itu. Jadi bagaimana cara mengatasi jika kita terkena patukan ular?
Dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bagaimana cara sebenar bagaimana mengendalikan mangsa patukan ular, sebelum mendapat rawatan di hospital, semoga mendapat manfaat bersama.
Bila Kena Patuk Ular
Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.
Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.
Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).
Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.
Jangan sedut. Jangan ikat.
Jangan toreh. Jangan picit luka.
Yang kena buat adalah :
+ bertenang dan jangan panik
+ jauhi ular tu
+ jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas )
+ bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah )
+ limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital
Contoh splint
+ masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar
p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni
Sumber: Dr Taufiq Razif via Siakapkeli

Selama 3 Bulan Tidur Tak Lena. Misteri Sahabat2 Baik Disangka ”HIDUP” 4 Jam. Esoknya Apa Yg Di Ketahui Sangat MEMILUKAN

Hampir 3 bulan aku nak terima kenyataan dengan apa yang aku lalui dan nampak ni. Aku tak pandai nak intro sangat, so aku start sajalah ya. Ceritanya bermula bergini.
“Uda, kau kena balik terus ke rumah malam ni jugak!. Ada hal mak nak cakap ni”. Mesej dari mak aku. “Ok”. Aku membalas. Lemah betul dengan orang tua aku ni, hampir setiap hari diorang tanya aku bila balik ke rumah. Ini mesti bukan pasal lain, mesti rindu pada anak dia. Maklumlah, dah takde orang dekat rumah. Abang dgn kakak aku dah berkahwin tinggal di Selangor, adik aku pula sambung belajar di IPTA bahagian utara.
Tapi, aku pun sebenarnya bosan juga dekat hostel ni. Oh, lupa nak bagitau, aku ni student extend di IPTA selatan tanah air. Disebabkan aku sorang je yang tinggal repeat paper antara geng2 rapat aku, rasa kurang bersemangat. Ada 2 orang kawan rapat aku, Rizal & Lim yang bagi aku semangat utk study betul2. Kebetulan pula diorang ni kerja dekat Pengerang, selalu jugak la lepak kalau aku balik Kota Tinggi rumah aku. Alhamdulillah rezeki diorang dapat offer kerja before grad.
Mana taknya, dah 4 tahun study degan kawan2 rapat, tiba2 kau tertinggal. Rasa down doh. Haha. Diorang memang tahu aku akan balik setiap minggu, then mesti tunggu aku dekat Nasi Lemak Wak Kentut dekat Kulai. Walaupun, jauh Pengerang – Kulai tu, tapi diorang sanggup keluar berjalan jauh sebab alasan dekat Pengerang tu tak ada apa. Bosan. Haha.
Lepas maghrib aku terus siap-siap, gerak ke Kulai kedai Nasi Lemak Wak Kentut.
“Lemah betul aku dengan orang yang tak punctual ni”. Bisik hati aku sambil menghembus asap rokok John putih. Dah hampir sejam setengah aku kat kedai makan ni. Dah 2 gelas teh tarik aku telan. Tapi batang hidung Rizal & Lim tak muncul jugak.
Tiba-tiba bahu aku di urut-urut. Aku toleh ke belakang. “Muslim & Mohd Shahrizal, ingat aku dah kena game, nyaris-nyaris aku nak jadi Fattah Amin kat sini (kayu)”. Diorang gelak-gelak je. “Sorry bro, harini ada bnyak kes, dgn jumpa Client lagi. Tu ada lewat sikit”. Balas Lim sambil urut-urut dada aku.
Diorang pun mula buka cerita, dari awal pagi busy. Ada banyak benda nak settle, jumpa client bla bla bla. Aku pun tak berapa faham sngt, sbb aku belum masuk dunia kerja lagi. Then, motor diorang rosak dekat traffic light kawasan Kulai. Tu lewat sikit sampai. Lepastu, kedai motor cakap tak boleh siap harini. Kena ambil esok.
“Tula, baru kitorang terfikir kau selalu balik weekend. Boleh tumpang kau balik Kota Tinggi”. Rizal berkata. Aku pun setuju jela, sebab awal pagi esok Lim & Rizal ada nak bawak Client pergi site visit.
“Jom la gerak, ada lewat sampai rumah nanti. Dah la nak hantar korang ke Pengerang lagi”. Sapa aku. “Duit minyak isi, aku student lagi. Haha”. Sambung aku bergurau. Last2, nak dekat pukul 2 jugak kami gerak.
Aku pun start kereta. “Woi, korang ni dah berapa bulan tak mandi, tak shave ketiak ke?”. Aku cakap sambil kipas2 hidung. Pergh, bau badan diorang dah mcm baju seminggu tak basuh.
“Hahaha, biasalah. Kitorang kerja tengah panas, takde masa nak wangi-wangi. Bukan kerja kat office”. Lim mencelah.
Aku pun memulakan perjalanan melalui jalan Kulai-Kota Tinggi sambil disulami bau ketiak. Baru je 10 minit perjalanan, aku dah rasa tak sedap hati tiba-tiba. Tengkuk aku rasa panas. Dekat kawasan kubur cina kulai, aku rasa macam ada tali putih yang panjang atas jalan. Makin aku dekat, makin rasa berat aku nak tekan minyak.
“Praaaap, kreeekkkkk”. Bunyi macam ada benda sangkut dekat tayar kereta aku, bila aku langgar tali putih tu.
“Berhenti jap kereta, aku nak buang tali tu”. Cakap Rizal kepada aku.
“Ah, jangan nak buat kerja gila nak berhenti tempat macam ni”. Jawab aku cemas.
Bunyi tali tu tiba2 hilang, keadaan jadi sunyi, dengan Channel radio tak dapat. “Hihihihihihi”. Aku rasa ada orang ketawa halus.
“Woi Lim, kau jangan nak gelak mcm tu. Tak kelakar gila!” Gertak Rizal pada Lim. Lim memang ketawa mcm perempuan sikit, dengan keadaan sunyi mcm tu, keadaan mmg jadi makin seram.
“Tula, kau pergi langgar tempat dia main siapa suruh, hihihihi” Lim mencelah. Dia ni memang dari study dulu ada sixth sense, katanya effect saka dari belah Atok dia. Aku dalam keadaan takut, tapi nak tahu apa yang Lim cakap tu.
“Maksud kau apa?”. Aku bertanya dengan perasaan ingin tahu walaupu takut.
Dia pun bercerita yang tadi dia nampak 2 orang budak muka putih tengah main lompat2 atas tali dengan ada sorang perempuan rambut panjang tengah tengok diorang main. Lepastu dia sambung lagi, yang sangkut dekat tayar kereta aku tu bukan tali, tapi rambut perempuan tu!!
Pergh, telan air liur aku. Yang si Lim ni boleh lagi cerita sambil gelak-gelak, sbb dia dah biasa nampak kan. Aku dgn Rizal ni dah tak tahu nak react mcm mana.
“Jauh jugak kau seret rambut dia tadi. Hahaha. Marah betul muka dia tadi aku tengok”. Sambung Lim lagi. Bongok betul si Lim ni bisik hati aku.
Rizal pun nak tenangkan keadaan sambil buat2 tanya dalam nada kelakar. “Haha, yeke. Habistu dia kat mana sekarang? Dah sambung main balik?”.
“Taklah, dia ada kat hood depan tu menyarap. TENGAH TENGOK KITA!!”. Aku punya bulu roma SSSUUUPP naik keatas. Patut la aku rasa berat dari tadi.
Aku tengok muka Rizal pun dah lain. Malas kitorang nak tanya lebih2. Ada jadi lain nanti. Hp aku pun dah berapa kali vibrate. Seperti yang aku sangka “27 miscall from Mak”. Aku malas nak angkat, ada kena bebel nanti, sebab dah janji nak balik awal. Dengan nak hantar si Rizal & Lim lagi. Nanti dah balik pandai lah aku pujuk mak aku.
Aku pun teruskan perjalanan ke Kota Tinggi, channel radio pun dah ok. Sempat la melayan lagu Wanita terakhir dengan Aiman tino lagu menghitung menunggu mati (aku tak ingat tajuk dia). Tengah layan lagu koleksi berdarah telinga. “Ada mana-mana tandas tak area sini? Perut aku dah mcm ada timing bomb. Bila2 boleh terkeluar ni” Rizal sambil menekan nekan perut dia.
Buat hal betul dia ni. Dah la sepanjang jalan ni takde tempat selamat nak berhenti. Rasanya sesiapa yang pernah lalu jalan Kota Tinggi-Kulai malam2 tahu susana dia macam mana. Dengan gelap gelitanya.
“Haaaa, tu, tu. Aku dah nampak ada warung kat situ. Mesti ada tandas kat situ”. Kata Rizal seperti menahan sesuatu dari keluar.
“Gila kau, aku tak nak berhenti kat tempat tu”. Aku balas. Dan ada sebabnya kenapa aku tak mahu singgah di warung yang di sebut Rizal.
“Tak kira, kau kena berhenti jugak, ni dah hujung2 dah ni. Kau nak aku lepas dekat dekat kereta kau ke?”. Gertak Rizal. Aku dengan berat hati pun berhenti di warung yang di maksudkan.
Kalau korang nak tau, warung ni dekat kawasan masuk salah sebuah Felda Bukit Ramun jalan Kulai-Kota Tinggi. Last warung ni buka tak silap aku dah hampir 7-8 tahun lepas.!!. Minggu sebelumnya masa aku lalu kawasan tu pun, aku cuma nampak tinggal tapak saja! Yang peliknya warung tu tiba-tiba harini penuh orang2 tua. Seperti orang2 jawa. Disebabkan, Rizal & Lim bukan asal Kota Tinggi, diorang tak pernah tahu kisah warung simpang Bukit Ramun ni. Banyak kisah yang aku dengar pasal warung ni, terutama orang2 yang singgah waktu tengah malam di sini.
Berhenti je kereta aku, Si Rizal terus turun dan mencari tandas di warung itu. Tak sempat aku nak cakap pada Lim suruh tunggu dalam kereta, dia terus turun kereta. “Aku haus la , jom minum kejap”. Ajak lim kepada aku. Aku dah geleng2 kepala.
“Takpelah, aku tunggu dalam kereta”. Balas aku. Lim pun terus duduk di salah sebuah meja, dan selang beberapa minit Rizal pun duduk semeja dengan Lim. Aku masa tu dah tahu nak buat apa. Time macam ni aku berharap ada CD mengaji dalam kereta aku. Bacaan Ayat Qursi aku dah tunggang langgang.
Aku penjam mata, tak sanggup nak tengok di warung tu. Bukan setakat warung, dalam kereta aku sendiri pun aku dah tak bernai nak tengok. Masa aku tunggu Lim dan Rizal di warung tu, ada 2-3 kereta yang lalu di jalan tu high beam pada aku. Memang tak dinafikan apa firasat aku tu betul.
Aku rasa tak tahu nak panggil diorang mcm mana. Aku call dua2 telefon. Tak diangkat. “Apa masalah la korang ni”. Mengeluh aku dalam hati.
“Dik, duduk la dulu kat warung pakcik ni. Buat apa tunggu dalam kereta”. Tiba2 ada seorang tua umur lebih kurang 60an, pakai kopiah berbaju kemeja batik jawa lengan pendek menyapa aku dari cermin tingkap. Mak Aih terkejut beruk aku. Badan aku jadi terpaku. Ikutkan hati aku mahu tinggalkan Rizal & Lim dekat warung tu, tapi aku pun risau nak balik sorang2 lalu jalan ke Kota Tinggi. Mau ke tempat lain aku pergi nanti. Pakcik tu, masih tunggu aku sambil tersnyum sinis. Seram woi.
Aku pun dah tak ada pilihan lain, dengan hati tersangat berat. Aku pun turun kereta. “Zuupppp, tiiinn, ttiiiin, tiiiiiiinn.” Ada lembaga laju lalu sebelah aku. Rupanya ada kereta dari kereta dari arah kulai ke kota Tinggi, high beam sambil hon2 aku. Mesti dia pelik dengan apa yang aku buat.
Kaki ku terus melangkah ke dalam warung, aku rasa kerusi dan meja distu berhabuk, tapi secara fizikalnya nampak bersih. Aku beranikan duduk. “Kau ni dah kenapa? Jangkit cirit aku ke? Tahan berak?. Ahahaha” Usik Rizal pada aku. Aku terus diam.
Ada dalam 4-5 orang tua 60an yang sedang duduk, tapi tak sembang apa2. Semua fokus pada tv yang dipasang. Dan korang nak tau siaran apa yang dipasang kat TV tu? Lagu ULIK MAYANG gais!. Pergh, ini kali kedua SUUPP bulu roma aku naik ke atas.
“Dik, nak minum air apa?”. Pakcik baju batik tadi tanya aku. Berderau darah aku.
Aku pun balas “ Takpelah cik, sy tak haus lagi”. Sambil aku tunduk ke arah meja untuk mengelak eye contact dgn pakcik tu.
“Adik ni ada tahu apa-apa ke?hehehehe” tiba2 pakcik tu membongkok melihat muka aku sambil bertanya. Telan air liur aku. Dengan tak semena semua pakcik dalam warung tu pandang ke arah aku. Pergh. Rasa kaki ada gam gajah melekat.
30 saat lepas tu, keadaan jadi reda semula. Tapi hati aku dah mcm nak pecah. Rasa takut dia, mcm kantoi final exam bawak toyol. Tapi ni 10 kali lagi takut. Diorang pun start sembang2 dgn pakcik baju batik tu. Aku pun dah tak berapa ingat sngt. Yang aku pelik nampak Rizal & Lim takde rasa takut dan nampak mesra je degan orang tua tu. Ada satu ayat aku ingat pakcik ni cakap, “Kat jalan sini tak ramai yang berani lalu lepas 9 malam”.
Lim pun jawab “Betul tu Pakcik, tadi pun kami kena kacau dekat kubur cina”
Tak sempat Lim nak habis cerita pakcik tu mencelah “Itu memang ada, tapi ada satu yang lain. Kawan kamu tu mesti tahu. Hehehehehe” sambil pakcik tu jeling ke arah aku. Dalam hati aku dah memang tak putus2 baca ayat quran. Entah betul ke tak susunannya.
Kami disitu cuma 5 minit, tapi 5 minit dekat situ aku rasa lebih lama aku masa degree + extend. Fuhh. Masa nak gerak dari warung tu, Lim & Rizal sempat salam degan pakcik baju batik tu. Bila dia hulur tangan pada aku, aku buat2 tak nampak rushing naik kereta. Dia cuma senyum je.
Aku cepat2 start kereta terus gerak. “Weh asal kau senyap je? Kau ok ke tak tadi?” Tanya Rizal pada aku. “Nanti aku cerita”. Balas aku ringkas. Rizal pun terus terdiam sebab dia dah mula sedar ada benda tak kena.
“Aku rasa Pakcik tadi dari tempat lain”. Lim mencelah.
“Kau diam boleh tak! Aku tengah takde mood. Kau cakap lagi sekali benda ni, aku drop kau!”. Aku tengking pada Lim. Sebab apa yang dia cakap mesti benda yang lagi menakutkan.
Tak sampai 10 minit perjalanan si Rizal buat hal lagi. “Kau berhenti jap. Rasa nak tekeluar lagi ni”.Rizal mengurut urut perut dia.
“Ah kau, dari tadi nak tercirit je!. Kau makan apa tadi? Aku malas nak berhenti tempat macam ni” Balas aku dengan nada tinggi.
“Serious ni aku tak tahan, tercirit dah sikit ni”. Rayu Rizal.
“Haaa, yelah. Tapi jagan lama sangat”. Kata aku sambil berhentikan kereta di tepi jalan.
“Kau ada air mineral tak? Nak basuh macam mana nanti?” Tanya Rizal pada aku.
“Banyak pulak cekadak kau, basuh jela guna daun. Kan dah bnyak embun ni!”Aku menjawab.
Rizal pun masuk dalam semak tepi jalan tu sambil diteman Lim. Aku pun lepak kat luar kereta sambil enjin kereta hidup. Aku memang sengaja buka lampu biar hilang sikit rasa takut. Baru aku nyalakan rokok john putih terakhir aku, ada kereta Iriz kelabu high beam aku, dan terus berhenti depan kereta aku.
Rupanya ada sekeluarga dari arah Kulai ke Kota tinggi. Dia berhenti sebab ingat kereta aku rosak. Dia nak tolong. Aku pun beritahu la tunggu kawan aku melepas dalam semak tu. Dia pun ckp kalau takde apa, dia nak gerak dulu, sebab jam pun dah nak dekat pukul 3.
Tapi sebelum dia nak gerak sempat beritahu aku “ Abg rasa pelik adik berhenti kat sini, cuba tengok seberang jalan tu. Tadi petang ada excident kat sini motor-lori. Orang naik motor tu meninggal” Allah. Luruh jantung aku. Memang aku ada nampak motor LC colour biru remuk teruk tersadai seberang jalan sana. Bila kereta tu gerak, aku pun dah fikir macam2.
2-3 minit lepas tu Rizal & Lim keluar dari semak tu berlari. Aku pun dah tak fikir apa, ni mesti ada benda tak kena. Aku terus start kereta, diorang naik terus aku pecut. Bila dah nak keluar jalan Kulai – Kota Tinggi baaru aku beranikan diri tanya sebab apa diorang lari keluar dari semak tu.
Jawapan yang aku dengar membuatkan aku terpaku. Masa Rizal dah siap buang hajat, dia suruh Lim kumpulkan daun2 yang bersih utk dia buat basuh. Masa Lim tengah cari2 daun tu dia nampak org tua bagi air pada Rizal. Rizal pun ingat Lim yang bagi air tu untuk basuh sebab dia ambil dari tepi, tak nampak siapa yang bagi. Lim pun dah tak tahu nak buat apa, lastly Rizal baru perasan tu bukan Lim, masa dia terdengar Lim terpijak ranting, bila dia toleh Lim bukan kat sebelah dia. And paling scary, org tua tu adalah PAK CIK BAJU BATIK yang dekat warung tadi!
Walapun hampir pukul 3.15 pagi, mata aku masih tidak rasa mengantuk, sebab perasaan takut lebih menguasai diri. Aku pun mengambil keputusan untuk terus menghantar Rizal & Lim ke Pengerang. Sepanjang perjalanan kami cuma diam sebab masing2 masih terkejut dengan apa yang berlaku. Aku rasa perjalanan ke Pengerang sangat lama malam itu.
Setelah hampir pukul 5, aku sampai di stesen Petronas Bandar Penawar untuk mengisi minyak. “Eh, takpelah. Kau drop kitorang kat sini je” Lim berkata.
“Serious ke? Jauh lagi nak ke Pengerang tu.” Aku membalas.
“Sini ramai satu tempat kerja, nanti kami tumpang je diorang. Lagipun dah pukiul berapa ni, mak kau dah tunggu tu” sahut Rizal pula.
Aku pun mengiyakan je, sebab aku pun dah tak berapa nak larat sebenarnya. Sebelum Rizal & Lim beredar, Lim sempat cakap pada aku “Jumpa lagi pagi nanti. Hahahaha” dalam nada bergurau.
“Takde masa aku nak jumpa kau, katil dah panggil aku” jawab aku sambil tertawa kecil.
Selepas isi minyak, aku pun singgah di surau petronas itu, sambil menunggu subuh. Aku tertawa kecil, sebab mereka tak berubah mcm dulu. Aku pun menyeluk poket sambil mengeluarkan telefon bimbit ku.
Seperti diduga, “53 miscall from mak”, “12 miscall from Abah”. Aku pun buka whatsapp dari mak aku.
“ Uda kat mana? Balik cepat”
“Kenapa tak angakt call ni. Ada urgent”
“Balik sebelum pukul 12, takut nanti tak sempat”
“Mak bukan taknak cakap dalam chat, takut Uda tak boleh terima”
“Rizal & Lim dah tak ada. Excident petang tadi”
“RIZAL & LIM DAH TAK ADA”. Aku gosok2 mata aku baca chat dari mak aku ni. Mcm percaya tak percaya.
Aku terus call Rizal & Lim. Tak angkat!. Tiba-tiba panggilan masuk dari no tak dikenali “Uda ada mana ni? Risau mak. Cepat balik sekarang Mak guna no ibu Lim ni, dia ada kat Hospital tengah tunggu bedah siasat” rupanya call dari Mak aku.
Tergamam aku. “Ok mak, Uda terus pergi hospital”. Kepala aku jadi bercelaru. Aku terus ke Hospital Kota Tinggi.
Sampai di Hospital, aku nampak keluarga Lim dan Rizal bersedih. Aku jadi blank. Aku tak boleh terima kenyataan. Aku balik dari Kulai ke Kota Tinggi dengan siapa malam tadi?!!
Aku lihat jasad yang dalam bungkusan putih, sama wajah seperti yang bersama aku semalaman. Meurut cerita mak aku, Lim & Rizal otw ke Kulai untuk berjumpa dengan aku, tetapi excident di jalan kulai-kota tinggi dan Lim meninggal di tempat kejadian, Rizal pula meninggal masa perjalanan ke hospital. Baru aku teringat yang mak aku ada Mesej yang penting pada petang kejadian suruh aku terus pulang ke rumah. Dan lagi satu perkara, masa aku berhenti di tepi jalan menunggu ‘Rizal’ & ‘Lim’ buang hajat ternampak motor tersadai di tepi jalan. Rupanya itu motor kawan baik aku.
Hampir 3 bulan aku tidak boleh tidur malam teringat kejadian ini. Tetapi setelah bawa berubat, Alhadulillah dah makin ok. Cuma aku trauma nak lalu jalan kulai – kota tinggi walaupun pada siang hari.
Sumber : FiksyenSyasha