ads1

Rabu, 28 Jun 2017

Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun


Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
 Era Baru Ed   26/06/2017


inShare

Share this on WhatsApp
Dalam arus pemodenan, perkara yang sering diutamakan ialah laluan untuk kenderaan dan manusia. Jarang sekali kita memberi tumpuan kepada haiwan demi memudahkan pergerakan mereka.

Di Kobe, Jepun, terlalu banyak kura-kura melalui landasan kereta api sehingga ada yang mati dan menyebabkan perjalanan kereta api terjejas.

Kura-kura melalui jalan kereta api kerana laluan ini mudah untuk ke kolam yang juga habitat mereka.



Oleh itu, para jurutera membina laluan khas untuk kura-kura berjalan di sepanjang laluan kereta api supaya mereka semua selamat dan bebas bergerak.

Menarik, bukan?

Suma Aqualife Park ialah akuarium dan pantai terbesar di Jepun. Tempat pelancongan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Pengunjung perlu menaiki kereta api untuk sampai ke kawasan ini. Di landasan inilah, terdapat laluan khas untuk kura-kura berjalan.

Sebelum laluan ini dibina, kura-kura terpaksa melalui jalan di celah-celah laluan kereta api hingga ada yang terperangkap dan tercedera.



Oleh itu, inisiatif membina laluan khas kura-kura telah menyelamatkan populasi dan membebaskan mereka untuk bergerak.

Laluan ini dibina hasil kerjasama antara Suma Aqualife Park dengan West Japan Railway Company.

Idea hebat daripada para jurutera ini ternyata membuahkan hasil kerana kematian kura-kura disebabkan oleh kereta api menurun secara drastik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan