ads1

Isnin, 24 Julai 2017

10 Negara terkecil di dunia yang anda tidak tahu sebenarnya wujud

10 Negara terkecil di dunia yang anda tidak tahu sebenarnya wujud
Di atas muka bumi terdapat lebih 200 negara yang dicatatkan di dunia, dan kami pasti anda pernah dengar dan nampak menerusi glob atau peta akan negara-negara tersebut walaupun sekali.
Tetapi kami juga pasti anda tidak pernah tahu mengenai negara-negara atau wilayah tertentu di dunia ini sehinggakan anda mempersoal sama ada negara atau kawasan tersebut benar-benar wujud atau hanya sekadar cerita.
Negara yang anda sangkakan tidak wujud ini biasanya mempunyai keluasan yang kecil, dan tempat ini didiami oleh beberapa keluarga sahaja. Pastinya populasi negara-negara ini sangat kecil.
Kami akan memaparkan kepada anda negara-negara yang mempunyai bilangan populasi yang kecil, negara yang sekecil separuh kota dan kampung-kampung kecil.
PALAU
Republik Palau merupakan sebuah negara pulau yang terdiri lebih daripada 300 pulau berlainan saiz. Palau merupakan kawasan yang paling menakjubkan di dunia.
Hutan hujannya dipenuhi dengan flora dan fauna yang unik, dan kawasan perairannya didiami oleh 130 spesies jerung yang kian terancam.
Pemandangan yang paling menarik bagi negara ini alah tasiknya yang didiami oleh 2 juta obor-obor. Tetapi jangan risau kerana obor-obor ini tidak mempunyai kebolehan untuk menyegat mangsa.
NIUE
Niue merupakan negeri pulau kecil di Oceania. Walaupun memiliki pemandangan yang indah, aktiviti pelancongan tidak rancak dan popular di sana. Oleh hal yang demikian, negara tersebut bergantung sepenuhnya dengan sumbangan luar, terutamanya dari New Zealand bagi sumber kewangan.
Ibu negaranya hanyalah kampung kecil dengan populasi kurang 600 penduduk. Tetapi pulau ini memiliki lapangan terbang dan pasaraya yakni satu-satunya pasaraya bagi negara tersebut.
SAINT KITTS AND NEVIS
Negara ini terdiri dari dua pulau: Saint Kitts and Nevis. Salah satu sumber kewangan negara ini adalah daripada program ekonomi kerakyatan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk melabur sekurang-kurangnya $250,000 di dalam industri gula tempatan yang seterusnya membenarkan mereka memiliki status warganegara di Saint Kitts.
Salah satu cara lagi untuk mendapat status warganegara ialah dengan pembelian harta bernilai tidak kurang dari $400,000 pada salah satu pulau tersebut.
THE PRINCIPALITY OF HUTT RIVER
Kawasan ini diasakan oleh Leonard Casley, iaitu individu yang mengisytiharkan bahawa ladangnya menjadi negara baru dan merdeka.
Walaupun negaranya tidak dikenali dan mendapat perhatian dari negara lain, ianya masih memiliki mata wang, cop, dan passport sendiri. Pengunjung dapat melihat Duli Yang Maha Mulia Putera Leonard I dari Hutt.0
TUVALU
Merupakan salah satu negara terkecil dan termiskin di dunia. Situasi ekonomi di negara kecil ini akan menjadi parah sekiranya Tuvalu tidak diberi kawalan Internet domain tv, yang secara langsung memberi jutaan dolar kepada bajet negara tersebut.
NAURU
Nauru merupakan negara republik merdeka yang terkecil dan negara pulau terkecil di dunia. Nauru tidak memiliki sistem pengangkutan awam, dan 25 batu jalannya digunakan oleh mereka yang memandu kenderaan persendirian.
Masalah pencemaran menjadikan negara ini sangat tidak popular dalam kalangan pelancong. Antara ‘rekod’ lain yang dipegang oleh Nauru, kadar obesiti bagi negara ini melebihi 70%.
THE PRINCIPALITY OF SEBORGA
Negara kecil ini dikawal oleh Marcello I. The Principality of Seborga sebenarnya merupakan kampung yang mempunyai nama yang sama dengan sempadan Perancis.
Negara ini memiliki askar yang terdiri daripada 3 orang iaitu Menteri Pertahanan dan dua orang penjaga sempadan.
THE REPUBLIC OF MOLOSSIA
Molossia Republik merupakan negara kecil yang diasaskan oleh Kevin Baugh, yang terletak di Nevada Amerika Syarikat.
Populasinya terdiri daripada Baugh sendiri, keluarganya, tiga ekor anjing, seekor kucing dan seekor arnab.
Molossia mempunyai lagu kebangsaanya yang tersendiri, lambang serta bendera kebangsaan sendiri. Malah, negara ini mengenakan hukuman mati bagi jenayah-jenayah berat. Tambahan pula ia juga memiliki program angkasanya yang tersendiri. Pada Mei 2017 lalu, negara ini telah berusia 40 tahun.
SOVEREIGN MILITARY ORDER OF MALTA
Selain daripada Kota Vatican, terdapat negara kecil lain di wilayah Rom yang disebut Sovereign Military Order of Malta.
Kawasannya terdiri daripada 3 bangunan, dua daripadanya terletak di Rom dan yang bangunan ketiga terdapat di Pulau Malta. Negara tersebut memiliki mata wang tersendiri, cop, laman sesawang, nombor pendaftaran kereta dan passport.
THE PRINCIPALITY OF SEALAND
Negara yang tidak dikenali ini terletak di atas platform tinggi yang berada 6 batu jauhnya daripada pantai Great Britain. Sealand dipimpin oleh pemimpin yang mendakwa dirinya Putera Regent, dan sesiapa sahaja boleh menjadi ahli jemaah menterinya.
Di samping itu, sesiapa sahaja boleh membeli gelaran pangkat dengan harga hanya beberapa pound menerusi laman sesawang negara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan