ads1

Ahad, 30 Julai 2017

Akhirnya selepas 72 tahun, juruterbang Perang Dunia Kedua ini dapat bersemadi dengan aman setelah saki baki rangkanya ditemui

Akhirnya selepas 72 tahun, juruterbang Perang Dunia Kedua ini dapat bersemadi dengan aman setelah saki baki rangkanya ditemui
Dengan penemuan saki baki rangka juruterbang pesawat tempur Perang Dunia Kedua ini 72 tahun kemudian, keluarga simati akhirnya menemui kisah penamat yang mereka perlukan selama ini.
Pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat Leftenan William Gray yang berasal dari Kirkland, Washington berusia 21 tahun apabila mendiang dihantar menyertai misi pengeboman di Jerman pada 16 April, 1945. Dalam misi Perang Dunia Kedua itu, pesawat tempur yang dinaikinya telah terhempas dan melekat pada sebatang pokok di Lindau, Jerman.
Kredit : Twitter / The Chronicle
Selepas 72 tahun, akhirnya keluarga mendiang Leftenan Gray menemui kisah penamat yang sentiasa menjadi persoalan di dalam hidup mereka, selepas saki baki rangka Leftenan Gray ditemui terlekat dan tertanam di atas sebatang pokok di Lindau, Jerman. Pokok itu tumbuh dengan subur di atas saki baki mayat Leftenan Gray.
Para penyiasat telah kembali ke Lindau dalam misi penemuan dan pemulihan apabila dua orang saksi yang mengetahui akan peristiwa pesawat itu terhempas memberitahu di mana lokasi bangkai pesawat itu berada.
Kredit : Q13 Fox Video Screenshot
“Mereka telah menemui rangka tertanam pada sebatang pokok.” kata anak saudara Leftenan Gray , Jan Bradshaw kepada stesen televisyen Q13 Fox.
Abang Jan, Doug Louvier menambah, “Pokok itu tumbuh di atas saki baki mayatnya dan terpelihara dengan baik, betul-betul di lokasi yang sama.”
Kredit : Twitter / The Chronicle
Bapa kedua-dua beradik ini, Leftenan Jim Louvier dan Leftenan Gray adalah dua orang rakan karib yang bertugas bersama-sama semasa misi di Jerman. Mereka telah berjanji untuk menjaga keluarga masing-masing apabila terjadi apa-apa perkara malang pada salah seorang antara mereka.
Leftenan Jim Louvier mengotakan janji apabila beliau kembali dengan selamat dari perang dan mengahwini adik Leftenan Gray.
Jan Bradshaw berkata bapanya sangat menyayangi ibunya dan sangat setia hanya dengan ibunya dengan perkahwinan selama 64 tahun. Bapanya meninggal dunia pada tahun 2010 di usia 89 tahun.
Kredit : Twitter / The Chronicle
Pada waktu menerima berita kematian Leftenan Gray dan abunya telah dibawa pulang ke pangkuan keluarganya, mereka tidak tahu dan keliru untuk menguruskan abu mayat Leftenan Gray. Kata Jan Bradshaw, “Kini kami sudah tahu mengapa kami tidak dapat membuat keputusan ketika itu.”
Kredit : Twitter / The Chronicle
Akhirnya setelah 72 tahun, kedua abu mayat dan rangka itu telah disatukan dan disemadikan di Perkuburan Kebangsaan Tahoma. Leftenan William Gray telah disemadikan dengan upacara pengebumian terhormat mengikut tradisi ketenteraan, bersebelahan dengan pusara rakan karibnya Leftenan Jim Louvier.
Lihat video di bawah :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan