ads1
Rabu, 5 Julai 2017
Bahaya Jika Anak Suka Duduk Menyerupai Huruf “W”… Ini 5 Kesan Buruknya!
Kalau anda perasan, anak yang baru belajar duduk memang suka duduk dalam kedudukan kaki lipat ke belakang menjadi bentuk W. Seolah-olah duduk cara begitu sangat menyelesakan mereka.
Kita juga mungkin tidak begitu kisahkan keadaan anak yang suka duduk sedemikian kerana beranggapan ia tidak memudaratkannya apatah lagi si kecil langsung tidak menangis dan nampak selesa duduk begitu.
Ia mungkin dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah bahkan ada yang sudah mencecah usia enam tahun pun masih suka duduk sedemikian. Tetapi sekiranya anda membaca fakta berikut ini, mungkin selepas ini anda pasti akan segera memperbetulkan kedudukan anak yang sedang duduk dalam bentuk W.
1. Kesan kepada pergerakan
Namun, jika cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun, kemungkinan besar ia boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.
2. Ganggu perkembangan kemahiran
Cara duduk akan menyebabkan bertambahnya tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan bahagian otot perut dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.
3. Otot bahagian atas kurang berfungsi
Si manja mungkin akan berasa selesa kerana otot bahagian atas tubuh tidak banyak berfungsi sebaliknya menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain.
4. Risiko hip dislocation
Duduk seperti ini dengan kerap dan lama akan mendedahkan si manja kepada hip dislocation iaitu masalah kedudukan sendi pinggul yang boleh mengakibatkan cara anak berjalan terjejas dan mudah hilang keseimbangan.
5. Sukar duduk di kerusi tanpa sokongan
Ia juga boleh memberi masalah untuk dia duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.
Menyedari kesan buruknya, elakkan si manja daripada duduk dalam keadaan ini. Minta dia mengubah kedudukan secepat mungkin dan beritahu untuk tidak duduk begitu pada masa akan datang serta kesan buruk yang bakal dihadapi.
Sumber:majalahpama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan