ads1

Isnin, 10 Julai 2017

INI KENYATAAN RASMI HAFIZ HAMIDUN TENTANG ISU ISTERINYA, JOY REVFA




Hafiz Hamidun telahpun selamat bernikah dengan usahawan berjaya bernama Joy Revfa.

Setelah berkahwin, nama Joy Revfa ula mendapat perhatian dan secara tiba-tiba mengundang beebrapa isu.

Antaranya ada gambar yang dimuatnaik telah dikecam kerana dikatakan tidak sesuai.

Akhirnya Hafiz Hamidun dan isteri tampil membero kenyatan di akhbar Harian Metro.

Ini kenyataan Hafiz Hamidun:

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Setiap apa yang dimuat naik di laman sosial isteri, ia tanggungjawabnya sendiri dan saya tidak masuk campur kerana kebanyakan adalah berkaitan perniagaannya.

Pada masa sama, dia juga memiliki syarikat dan kumpulan penasihat yang akan memantau setiap apa yang dimuat naik. Apa yang boleh saya katakan, ia tanggungjawabnya sebagai individu,

PERLU BERSEDIA

Dia sendiri perlu bersedia untuk terima sebarang kritikan, sama ada suka atau tidak. Saya bukan sengaja tidak mengendahkan hal itu tetapi apabila terlalu ramai peminat yang menghantar mesej serta tag nama saya di ruangan komen, saya memilih untuk tidak melayannya,

Sudah menjadi lumrah apabila berkahwin dengan selebriti, dia akan terkena tempias populariti. Jumlah pengikut dia di Instagram pun rasanya meningkat dengan mendadak.

Apabila mula dikenali, akan ada yang suka kita dan sebaliknya. Saya tidak boleh ajar dia untuk berhati-hati atau apa kerana sebelum ini pun, hal sebegini pernah berlaku,

Ada beberapa batasan yang sudah kami persetujui. Saya tidak mengikutnya di laman Instagram kerana tidak mahu masuk campur dalam hal perniagaannya. Lagipun, kebanyakan apa yang dikongsinya di laman itu adalah mengenai wanita, solekan dan perniagaannya,

DALAM PROSES BELAJAR

Saya tidak tujukan kepada sesiapa tetapi secara umum untuk semua, isteri saya dan diri sendiri. Kadang-kadang, ada benda yang kita rasakan kecil, tetapi sebenarnya benda yang besar di mata orang lain.

Kita rasakan ia remeh di sudut agama tetapi ada istilah yang kita sendiri tidak tahu. Isteri saya sendiri masih dalam proses pembelajaran dan mungkin ada benda yang dia tidak tahu,

Sementara itu, isteri kepada Hafiz Hamidun juga tampil memebri komen dan akui kesilapannya serta akan lebih berhati-hati selepas ini.

Ini kenyataannya:

Silap saya apabila berkongsi gambar penuh daripada sesi fotografi itu. Gambar itu sebelum ini pernah digunakan dalam papan iklan syarikat, namun hanya di bahagian atas dada.

Saya tidak mahu hal sebegini memberikan kesan kepada rumah tangga dan lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar serta menutup ruangan komen,

Saya mohon agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. Setiap yang berlaku ini, saya anggap sebagai ujian dan ada hikmahnya,

Semoga perkahwinan ini bahagia selalu.

Sumber: beritamemey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan