ads1
Jumaat, 7 Julai 2017
LOKAL Aksi ‘pra-jimak’ pasangan di tempat awam cetus kemarahan netizen
LOKAL Aksi ‘pra-jimak’ pasangan di tempat awam cetus kemarahan netizen
ByOMMPublished on February 15, 2017
Benarlah kata orang, kalau tengah angau bercinta pasti orang sekeliling sudah tidak dihiraukan dan apa yang membahagiakan hanya pasangan yang berada di depan mata.

Tidak tahu di mana agaknya letak rasa malu dan maruah diri apabila sepasang kekasih ini sedang asyik melayan nafsu mereka di tengah-tengah orang ramai yang dipenuhi dengan keluarga dan anak-anak kecil.
Video yang menjadi viral di media sosial itu menyaksikan seorang perempuan yang duduk di atas peha seorang lelaki sambil melakukan perkara yang tidak senonoh dan jelik dipandang.
Dapat dilihat ‘kemesraan’ yang melampau-lampau apabila si perempuan mencium leher, pipi dan mulut si lelaki yang kelihatan seronok diperlakukan sedemikian.
Menurut sumber, ianya berlaku di sebuah padang yang terletak berhampiran gedung membeli belah terkenal di Setia Alam.
Malah katanya lagi, niat untuk mengambil angin petang dan menikmati pemandangan indah terbatal apabila ada keluarga yang terpaksa pergi dari situ kerana segan melihat pasangan tersebut.
Antara komen dari netizen:
Memang terkilan dengan perangai sesetengah masyarakat yang tidak mengendahkan sensitiviti orang lain bila berada di tempat awam.
Semoga para ibu bapa di luar sana menjaga dan menasihati anak mereka supaya tidak ada lagi mengikut jejak langkah seperti ini.
SumberCARI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan