ads1
Selasa, 4 Julai 2017
Remaja 16 Tahun Kahwini Wanita Berusia 71 Tahun
Indonesia - Kisah cinta seorang lelaki dan wanita berusia 71 tahun heboh diceritakan di Indonesia apabila beberapa portal melaporkan hubungan yang pada mulanya terhalang itu akhirnya diteruskan juga apabila kedua-dua mempelai mengugut mahu mengambil nyawa sendiri jika tidak direstui.
Selamat Riyadi, 16, menikahi nenek Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang sudah berusia 71 tahun.
Pernikahan itu berlangsung di Dusun 1 Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten OKU.
Difahamkan juga, majlis perkahwinan tersebut dilakukan secara sederhana sahaja namun semuanya berjalan dengan lancar. Malah nenek yang sudah memiliki beberapa cucu itu juga tampak malu-malu di majlis berkenaan.
Setelah prosesi ijab kabul, mempelai wanita terlihat malu duduk merapat dengan pengantin lelaki.
“Dekat lagi, senyum tu jangan ditutup mulutnya,” kata ahli keluarga mempelai.
Ketua Polis Lengkiti Ipda Ahsum pada Isnin mengesahkan bahawa perkahwinan itu berlaku di wilayah Polsek Lengkiti.
"Pernikahan ini terjadi atas sokongan masyarakat setempat, sebab pasangan ini mengancam akan bunuh diri bersama-sama jika pernikahan mereka dilarang,” terang Ipda Ahsum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan