ads1

Jumaat, 21 Julai 2017

'Saya Minta Maaf Pada Ibu Bapanya, Saya Sangat Menyesal' - Pesalah Rogol Dan Bunuh Mengaku Bersalah Menangis Mohon Maaf Pada Keluarga Mangsa


Pada 25 Oktober 2015, satu kes rogol dan bunuh telah menggemparkan negara. Mangsa, Intan Suraya Mawardi yang ketika itu baru berusia 17 tahun dirogol sebelum dibunuh oleh suspek Tarmizi Yaakob. 

Suspek tersebut ketika di bicarakan pada Khamis telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. 

Lelaki tersebut menangis sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam. 

"Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf. Saya sangat menyesal,"

Tindakan suspek tersebut mengejutkan pendakwa serta peguambela suspek, S. Yagoo yang meminta mahkamah mempertimbangkan semula rayuan tersebut. 

Tarmizi telah pun disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Mei lalu kerana kesalahan merogol dan peguambela memohon supaya Tarmizi mendapatkan penilaian psikiatri. 

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed kemudian memerintahkan Tarmizi mendapatkan penilaian tersebut selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan