ads1

Jumaat, 4 Ogos 2017

Mengharukan! Adik 7 tahun menenangkan kakaknya yang sedang sakit di hospital

Mengharukan! Adik 7 tahun menenangkan kakaknya yang sedang sakit di hospital
Ramai yang mengetahui mengenai kasih yang tidak berbelah bahagi orang tua terhadap anak-anaknya. Mereka akan menjaga kita dengan sepenuh jiwa dan raga.
Antara adik beradik, tahap kasih sayang sama juga akan ditonjolkan. Dan ikatan kasih sayang antara adik beradik merupaka satu ikatan yang sangat kuat, bagai air yang dicincang tidak akan putus. Ikatan yang akan sentiasa bersatu.
Gambar seorang budak lelaki di China menenangkan kakaknya yang sedang sakit di hospital menyentuh hati jutaan penduduk dunia.
Gambar yang mengharukan tersebut telah dimuat naik oleh laman Facebook China Daily.
“Wahai kakak, jangan menangis, saya [adik] akan sentiasa bersama kakak,” Zhao Wenan yang berusia 7 tahun berkata kepada kakaknya yang mengalami masalah buah pinggang, dan perlu dicuci.
Menurut Medicine Net, buah pinggang yang dicuci memerlukan sehingga enam minggu untuk dipulihkan. Jika lukanya kecil, maka waktu pulihnya akan menjadi lebih singkat. Manakala, jika lukanya sangat dalam, pesakit perlu melakukan pembedahan.
Diharap si kakak akan sentiasa tenang kerana adiknya berada di sisinya sepanjang masa untuk menghadapi bersama setiap masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan