ads1

Isnin, 14 Ogos 2017

Video】12 tahun lalu, lelaki ini telah membeli tin cat yang dilelong. Setelah dibuka, anda pasti terkejut dengan apa yang ditemuinya


Tony O’Brien sudah menetap di bahagian barat Sydney sejak 12 tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia telah membeli dua tin cat rumah bersaiz 3.8 liter pada lelongan estet dengan harga RM34.
Sebaik tiba di rumah, dia telah membuka salah satu tin cat tersebut dan mendapati cat tersebut sudah tidak elok kerana dipenuhi air.
“Salah satu tin cat tersebut sudah berair dan tidak elok lagi,” katanya kepada A Current Affair.
Tin cat yang kedua pula dibiarkan selama bertahun-tahun sehinggalah dia memutuskan untuk membukanya.
Setelah dibuka, dia mendapati tin tersebut dipenuhi dengan pasir. Berang dengan kejadian itu, dia memutuskan untuk membuangnya. Tiba-tiba, dia merasakan lebih baik jika dia menyimpan pasir tersebut bagi tujuan menurap tanah di kediamannya.
Pada suatu hari, setelah pulang dari bekerja, Tony memutuskan untuk melakukan kerja-kerja menurap dengan pasir di dalam tin cat tersebut. Namun, dia mendapati pasir tersebut agak cbasah dan sukar untuk dikeluarkan.
Justeru, Tony telah memasukkan tangannya ke dalam pasir dan menemui sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang tunai yang sangat banyak!
Terdapat lebih kurang 5,000 ikat wang kertas Australia lama di dalam bungkusan berkenaan. Tony terpaksa meletakkan kesemua wang kertas tersebut di atas permaidani dan cadarnya bagi mengeringkan wang kertas tersebut.
Dua hari kemudian, Tony telah membungkus kesemua wang tersebut dan membawanya ke bank. Pulang dari bank, Tony dengan serta-merta memiliki kekayaan sebanyak RM152,746 hasil pertukaran wang lama tersebut.

Menurut Tony, dengan adanya wang tersebut, Tony mampu mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Dia telah membeli sebuah peti ais, dapur gas dan kereta lama jenis Holden Commodore.
Tin cat yang membawa nasib tuah sekali gus mengubah hidupnya itu dijadikan sebagai perhiasan dan ditempatkan di ruang pameran dalam rumahnya.
Tony turut menjelaskan bahawa pada sesi lolengan tersebut, hanya sebanyak empat tin cat sahaja yang dilelong dan dia hanya mampu membeli sebanyak dua tin. Boleh anda bayangkan jika dia telah membeli kesemua tin cat tersebut?
Boleh jadi OKB (orang kaya baru) terus Encik Tony kita. Hehe…
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan