ads1

Khamis, 3 Ogos 2017

【Video】Jerung sepanjang 3 meter mencari makanan, dilihat mendekati remaja yang leka

【Video】Jerung sepanjang 3 meter mencari makanan, dilihat mendekati remaja yang leka
Sebuah rakaman yang menaikkan bulu roma berjaya ditangkap oleh seorang jurugambar di sebuah kawasan perkhemahan terkenal dia Pulau Barat Australia. Rakaman tersebut menunjukkan seekor jerung dilihat mengelilingi sekumpulan enam orang remaja yang sangat leka dan tidak perasan akan kehadiran haiwan pemangsa tersebut.
Shaun Scott, seorang jurugambar berjaya menangkap insiden tersebut menggunakan dron, di Red Bluff, di sebelah Barat Australia, sebuah kawasan yang terletak 1000 km dari utara Perth. Kawasan ini sering kali menjadi tempat kegemaran pelancong kerana kepelbagaian hidupan marin serta kawasan yang bersesuaian menjadi tempat untuk sukan air.
“Saya tidak pernah melihat mereka [jerung] datang dekat dengan manusia… mereka mungkin sekali sebesar seperti yang tidak dijangka,” Shaun memberitahu 9 News.
“Mereke [jerung] sudah pasti datang dekat untuk melihat sama ada mereka [sekumpulan remaja] itu merupakan haiwan mangsa sebelum mereka sedar bahawa mereka bukan makanan biasa dan berpatah balik,” kata Shaun.
Remaja-remaja tersebut sangat bernasib baik kerana tidak diapa-apakan.
Professor Rob Harcourt, ketua bagi Kumpulan Penyelidikan Pemangsa Marin di Macquairie University menyatakan bahawa Bronze Whaler Sharks (Jerung Paus Gangsa) sangat dikenali sebagai haiwan yang sering mengintai dan mendekati tepi pantai.
Prof. Harcourt menekankan mengenai sikap jerung bahawa jerung melihat manusia bukanlah sebagai mangsa yang sesuai. Jerung lebih tertumpu kepada ikan. Ikan yang kecil dan gemuk dan sangat berisi akan membekalkan tenaga kepada mereka.
“Saya sangat berharap bahawa kawasan tersebut dapat menunjukkan suasana yang sihat di mana ikan seperti jerung dapat berada bersebelahan dengan manusia, “Prof Harcourt menambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan