ads1

Ahad, 3 September 2017

Dahsyat! 9 Kejadian kilat yang membawa maut

1. 323 ekor rusa terbunuh di Norway
Kejadian yang berlaku pada Ogos 2016 itu telah mengemparkan dunia. Kejadian kilat yang dahsyat telah membunuh lebih daripada 300 ekor rusa di bahagian tengah Norway.
Agensi Alam Sekitar Norway telah mengeluarkan imej ngeri bangkai-bangkai rusa yang bertaburan di seluruh kawasan kecil di dataran tinggi gunung Hardangervidda.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 323 ekor rusa termasuk 70 ekor anak lembu mati dalam rebut petir yang berlaku di kawasan tersebut.
2. 300 mati selepas kilat menyalakan api di kilang serbuk letupan
ki2
Kejadian ngeri ini berlaku pada 27 Jun 1807 di Luxembourg yang telah mengorbankan 300 orang. Bencana tersebut tercatat sebagai antara bencana terdahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah.
Kejadian berlaku berpunca daripada peluru yang terletak di kubu penyimpanan menyala akibat disambar petir. Hal ini menyebabkan letupan besar-besaran berlaku.
Pada tahun tersebut Luxembourg telah diduduki oleh tentera Napoleon yang menjadikan negara kecil untuk mengumpul stok senjata dan peluru. Banyak kubu bawah tanah telah dibina untuk tujuan tersebut.
Kirchberg, kubu yang dibina pada tahun 1732 juga pernah digunakan sebagai tempat penyimpanan senjata ketika disambar petir. Dua blok bandar telah terbakar keseluruhannya dan telah menyebabkan berlakunya beberapa kebakaran lain yang berpunca daripada blok tersebut.
3. Sepasukan bola sepak terbunuh
ki3
Kejadian tragis ini direkodkan telah berlaku pada 1998. Seramai 11 nyawa telah terkorban melibatkan sebuah pasukan bola sepak akibat disambar petir ketika berada di Republik Demokratik Congo. Bukan hanya pemain bola sepak itu sahaja yang terkorban malah terdapat 30 nyawa lain yang turut terkorban di dalam kejadian ngeri itu.
Bagi penduduk tempatan, mereka percaya akan azimat, sumpahan dan jampi. Mereka percaya ada orang yang telah menyumpah pasukan pelawat.
Kedua-dua pasukan terikat dalam perlawanan apabila kilat menyambar pasukan pelawat. Apa yang menghairankan pasukan tuan rumah, mereka langsung tidak terjejas semasa kejadian kilat tersebut berlaku. Aneh bukan!
4. 19 ekor lembu mati ketika mencari perlindungan
ki4
Suatu kejadian dahsyat telah berlaku di Hallsville, Texas pada Ogos 2016 yang lalu. Sebuah  panahan kilat telah membunuh 19 ekor lembu yang sedang berlindung di bawah sebuah pokok.
Pemilik lembu yang mati, Ashley Anderson berkata dia dan suaminya tidak pernah melihat kejadian seperti itu. Dia menyifatkan kejadian tersebut sebagai suatu kejadian yang aneh.
5. 33 orang terkena renjatan elektrik di festival muzik
Sebuah festival muzik yang berlangsung dengan meriah pada awalnya bertukar menjadi sesuatu yang tragis. Dua panahan kilat telah berlaku semasa festival Rock am Ring 2015 di bandar Mendig.
Seramai lapan orang ahli produksi dikatakan telah mengalami kecederaan semasa panahan kilat pertama yang berlaku di kawasan belakang pentas.
Penganjur kemudiannya telah menghentikan konsert dan menawarkan tempat berteduh- khemah kalis kilat. Tidak lama sebelum jam 4 pagi, sekali lagi kejadian kilat berlaku.
Seramai 25 orang mengalami kecederaan dan mujur juga tiada yang terkena kilat secara terus ke arah mereka. Kesemua mereka yang tercedera dikejarkan ke hospital untuk pemerhatian dan kematian telah dilaporkan.
6. 3 terbunuh di sebuah pantai di Argentina
ki6
Sebuah pantai di Argentina telah menjadi lokasi kejadian panahan kilat pada tahun 2014. Kejadian tersebut telah membunuh tiga orang pengunjung dan telah mencederakan 22 orang yang lain.
Seorang saksi kejadian, Rafael Viñuela menceritakan detik-detik cemas ketika kejadian ngeri tersebut berlaku. “Kami telah bersembunyi di dalam khemah untuk berlindung daripada ribut petir apabila kami mendengar sebuah letupan kuat, dan kemudian saya melihat kawan saya tercampak ke tanah,” jelas Rafael Viñuela.
Dia kemudian berlari mendapatkan bantuan doktor apabila melihat lengan kawannya yang terbakar. Apa yang menyedihkan apabila doktor mengesahkan bahawa kawannya telah meninggal dunia.
Kejadian tersebut juga telah membunuh seorang pengunjung berusia 17 tahun yang sedang bermain bola sepak ketika itu. Kejadian itu turut mencederakan beberapa orang ahli keluarganya.
Ribut petir tersebut telah melanda pinggir pantai Villa Gesell yang terletak kira-kira 230 batu (375 km) tenggara ibu kota. Mangsa-mangsa yang cedera termasuk 16 orang dewasa dan enam orang kanak-kanak.
7. 3,000 maut disambar petir di gereja
ki7
Sebuah daerah di Itali, Brescia telah menyaksikan sebuah lagi kejadian kilat berlaku pada tahun 1769. Kejadian kilat tersebut berlaku di Gereja St Nazaire telah menyalakan 90 tan ubat bedil yang terletak di dalam bilik kebal. Letupan yang terhasil kemudiannya telah membunuh kira-kira 3,000 orang dan telah memusnahkan enam bandar di daerah tersebut.
8. Tiga maut ketika bermain bola
Pada tahun 2008, satu kejadian ribut petir yang berlaku dan telah mengorbankan tiga orang pemain bola sepak Kemboja serta telah mencederakan tiga orang pemain lain. Difahamkan bahawa perlawanan bola sepak tersebut berlangsung ketika musim tengkujuh.
Kesemua mangsa berumur 20-an dikatakan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan untuk memperkenalkan permainan tersebut kepada anak-anak muda yang lain.
9. 18 kanak-kanak bersekolah maut di Uganda
ki9
Sebuah lagi kejadian kilat telah berlaku di sekolah rendah di barat Uganda pada tahun 2011. Kejadian tersebut telah membunuh 18 orang pelajar dan mencederakan 50 orang yang lain. Kilat tersebut dikatakan berlaku di sekolah rendah Runyanya di daerah Kiryandongo yang terletak kira-kira 225 km (135 batu) barat laut Kampala.
Kejadian yang sama telah berlaku di daerah Zombo, sekitar 380 km utara Kampala yang telah menyebabkan 21 orang murid terbakar. Berita tragis ini telah dilaporkan oleh media tempatan di Uganda.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan