ads1

Sabtu, 30 September 2017

Hero sebenar! Demi seorang budak lelaki, lelaki ini terus terjun ke kolam, walaupun dengan bersut mewah!

Ada petikan yang mengatakan bahawa dunia ini masih ramai orang yang baik, tetapi jika anda tidak menemuinya, maka jadilah orang yang baik itu.
Tidak susah sebenarnya untuk menjadi seorang baik, anda tidak perlu memberi ribuan ringgit atau menghadiahkan barangan mewah, tetapi cukup dengan menghulurkan tangan pada saat mereka memerlukan bantuan.
Apa yang dilakukan pemuda ini adalah sesuatu yang luar biasa. Walaupun dia bersut mewah dan sedang melakukan pengambaran perkahwinan siapa sangka dia memutuskan untuk terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki.
Dia tanpa berfikir panjang terus menyelamatkan budak tersebut tanpa mengira apa yang dipakainya dan apa yang sedang dilakukannya ketika itu.
“Wajahnya ditenggelami air dan dia bergelut, dia benar-benar bergelut untuk menyelatkan diri,” kata Clayton Cook kepada CTV News.
Cook dikatakan sedang mengambil gambar perkahwinan dengan isterinya, Brittany Ross Cook, di Victoria Park di Kitchener, Ontario, Kanada ketika kejadian tersebut berlaku.
Kredit: ©Facebook | Hatt Photography
Pemuda itu kemudian pantas beridir di tepi kolam dan menarik kaki kanak-kanak lelaki itu untuk menariknya keluar dari kolam. Pengantin perempuan yang ketika itu sedang tersnyum dan bersedia untuk mengambil gambar kemudian menyedari akan apa yang dilakukan suaminya yang menarik budak itu keluar dari kolam.
“Clay melompat dan berkata, ‘Capai tangan saya,’ dan kanak-kanak akhirnya berjaya mencapai tangan Clay dan Clay segera menariknya keluar,” kata Brittany Ross kepada CBC News.
Kredit: ©Facebook | Hatt Photography
Kanak-kanak lelaki yang hampir lemas itu dikatakan mengikuti pasangan pengantin itu bersama dua orang kanak-kanak lain sebelum kemalangan itu berlaku.
Dia nampaknya telah ditolak oleh salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.
Kredit: ©Youtube Screenshot | CTV News
Menurut Ross Cook lagi kanak-kanak itu sedang bermain-main ketika salah seorang antara mereka bergurau dengan menolak seorang lagi kawan mereka sehingga jatuh ke dalam kolam. Mereka juga mungkin tidak sedar bahawa apa yang dilakukan adalah sesuatu yang berbahaya.
Imej-imej Cook yang sedang menyelamatkan kanak-kanak itu telah dirakam oleh seorang jurugambar dari London, Darren Hatt yang terlibat dalam pengambaran foto perkahwinan Cook dan isterinya.
“Pengantin perempuan itu menjerit dan menunjuk ke arah sungai. Sebaik sahaja saya berpaling, pengantin lelaki sudah berada di sungai dan sedang menarik seorang kanak-kanak lelaki ” beritahu jurugambar Hatt kepada CBS News.
Bagi Brittany Ross suaminya kini adalah seorang hero. Suaminya walau bagaimanapun seorang yang begitu merendah diri dan baginya apa yang dilakukan itu bukan lah sesuatu yang luar biasa.
Dia tidak berfikir panjang untuk melompat menyelamatkan budak lelaki itu kerana baginya apa yang penting adalah budak itu dapat diselamatkan.
Kredit: ©Youtube Screenshot | CTV News
Imej-imej dramatik semasa Cook menyelamatkan budak lelaki tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook Hatt Photography .
“Itulah dipanggil HERO sebenar!” kata satu pengguna Facebook.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan