ads1

Khamis, 28 September 2017

Ibu bapa rela jaga maruah dan abaikan aduan anak jadi mangsa buli di asrama


Sudah puas anak mengadu yang dirinya menjadi mangsa buli di asrama sekolahnya. Namun ibu bapanya tidak endah dan menganggap anaknya itu menipu. Biarpun berkali-kali pelajar terbabit melaporkan dia dipukul, dipaksa melakukan perkara yang tidak diingini sehingga melakukan perbuatan yang tidak senonoh, ibu bapanya tetap berkeras tidak mahu menukarnya ke sekolah lain dengan alasan malu dengan saudara mara dan jiran.

Ini kerana sebelum ini mereka sangat berbangga apabila anak sulung mereka dapat masuk ke sekolah berasrama penuh itu dan sememangnya menjadi impian pasangan ini yang tidak mahu menempatkan anak mereka di sekolah biasa. Ibu bapa jenis apakah ini? 


SALAM admin, hide Facebook saya. Nak dijadikan cerita, masa saya tulis ini, saya sedang bergaduh besasr dengan suami mengenai anak sulung saya. Kami sudah berkahwin hampir 18 tahun dan Alhamdulillah dikurniakan tiga orang anak lelaki. 

Masalah saya admin, anak sulung saya sekarang berada di sebuah asrama penuh. Setiap hari dia call dan kata nak keluar dari asrama sekolah itu sebab tidak tahan dibuli.

Saya dan suami pula memang tidak akan membenarkan kerana, di mana kami nak letak muka dengan jiran dan saudara mara kalau mereka tahu anak kami tiba-tiba keluar dari asrama itu? Dan sejak dari dulu lagi kami sangat bangga bila anak dapat masuk asrama itu. 

Masalahnya admin, setiap kali anak call saja, suami mesti akan panas baran dan menengking dia di dalam telefon. Selepas itu, dengan saya sekali turut menjadi mangsa kemarahannya. Dia menyalahkan saya sebab tidak pandai menjaga anak, sedangkan saya seorang surirumah berbanding dia yang bekerja di pejabat, memang tiada banyak masa bersama anak.


Salah saya ke, admin? Lagipun saya sudah banyak kali beri ieda supaya anak tukar asrama tetapi suami berkeras hati mahu anak sulung kekal di asrama itu. Walau apa pun, kami memang tidak mahu dia masuk ke sekolah biasa. Malulah kami dengan anak-anak jiran dan kawan suami yang lain serta saudara mara lagi. 

Sekarang pun anak-anak lain dah jadi takut sebab abang dia ada call mereka juga, mengadu dipukul, tiup kipaslah dan ada sekali dia beritahu ada pelajar senior yang melakukan perkara yang tidak senonoh pada dia. Saya dan suami? Memang tidak percaya sebab itu asrama budak-budak pandai.

Bantulah saya admin, apa patut saya buat? 

Confessor di Kisah Rumah Tangga



Sumber:The Reporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan