Sukar untuk percaya sudah 20 tahun rupa-rupanya sejak kemalangan ngeri yang melibatkan Puteri Diana sehingga dia terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris.
Tetapi warisannya diteruskan oleh anak-anak dan cucu-cucunya, badan-badan amal dan pergerakan yang disokongnya sewaktu hayatnya dahulu serta rakaman yang ditangkap dalam kedua-dua dokumentari dan gambar-gambar yang disimpan di dalam filem.
Antara foto-foto yang paling memberi kesan emosi ialah foto-fotonya yang diambil semasa perlawanan polo. Ia diadakan di Guards Polo Club di Windsor beberapa hari sebelum pernikahan dirajanya dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981.
Imej beliau di acara itu menunjukkan wanita cantik itu memakai dua jam tangan di pergelangan tangannya, tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat makna yang tersembunyi di sebalik semua itu?
Foto yang ditunjukkan di dalam profilnya, beliau memakai cincin pertunangan berlian dan sapphire yang kemudiannya diwariskan kepada Puteri Kate beserta dua jam tangan.
Memakai dua jam sekaligus? Menurut Marie Claire, jam emas itu adalah milik Puteri Diana, manakala jam yang lebih besar di bawah yang bertali kulit itu adalah milik tunangnya, Putera Charles.
Dia memakai jam tangan itu sebagai sebuah penghormatan kepada pertunangannya. Jam itu juga sebagai tanda sokongan kepada tunangnya yang bertanding dalam perlawanan polo hari itu yang dikatakan akan membawa tuah dalam perlawanan itu.
Walaupun perkahwinan antara pasangan itu tidak kekal lama, perbuatan manis itu telah dianggap sebagai sangat romantis, terutama kerana pasangan itu berkahwin beberapa hari kemudian.
24 Feb 1981, Westminster, London, England, UK
Kredit: Hulton-Deutsch Collection/CORBIS
Malah pada hari ini, orang di seluruh dunia masih ingat akan Puteri Diana kerana kebaikannya. Beliau sesungguhnya wajar untuk dijadikan contoh tebaik sebagai antara kerabat diraja yang berjiwa rakyat.
Beliau telah pergi dengan meninggalkan warisan, dan anak-anaknya yang dihormati – Putera William dan Putera Harry dan sehingga kini mereka masih meneruskan tradisi ibu mereka yang rendah hati dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan hari ini.
Ia bukan kali pertama ahli keluarga diraja ini dilihat memakai item sentimental. Kate Middleton kini memakai cincin pertunangan sapphire bernilai £ 32 juta (RM 176 juta) milik Puteri Diana. Ia diberikan kepada Kate oleh Putera William untuk memastikan ibunya menjadi sebahagian daripada majlis khas mereka pada 29 April 2011 yang lalu.
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan