ads1

Selasa, 26 September 2017

” LEPAS BUAT MEDICAL CHECKUP DI HOSPITAL, SAYA DISAHKAN PREGNANT 5 MINGGU. SAYA TERKEJUT SAMPAI NAK PITAM “

Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaikum Admin KRT. Maafkan sy, sy gunakan fake akaun untuk buat luahan ni. Sy seorang perempuan yg berumur awal 20an. Sy baru saja menamatkan pengajian degree. Sy taktau nak start cerita ni dari mana.
November 2016 adalah detik paling pahit bagi sy. Sy tak datang period selama 2bulan, lepas buat medical checkup disebuah hospital swasta, sy disahkan pregnant 5 minggu. Masa tu, sy terkejut sampai nak pitam. Sy tak pernah terlanjur dgn sapa2, bahkan saya takda teman lelaki pun. Sy sngt menjaga ikhtilat sy.
Keluarga sy start marah dan benci dengan sy. Sy dianggap sbgai anak yg memalukan keluarga. Keluarga sy agak ternama, sebab ayah sy bisnesman. Demi menjaga nama baik keluarga, sy telah dipaksa berkahwin dgn sepupu sy. Sepupu sy setuju nak bantu keluarga kami. Kami nikah pada januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan bercerai pada September 2017 bila sy dah bersalin dan habis pantang.
Selepas berkahwin, sy ikut menetap dengan suami di KL. Suami sy seorang deliver domino Pizza. Pada awal perkahwinan sy amat tertekan. Sampai demam selama seminggu. Tapi suami sy sngt prihatin dgn sy, dia menjaga sy dgn baik, even masa sy demam dia lah yg mandikan sy, lap badan sy, masakkan bubur untuk sy. Namun sy bersyukur dia seorang yg sngt menjaga solat. Tapi ketika nya sy malu juga bila sepupu yg agak rapat dari kecil sekarang dia dah nampak semua aurat sy ketika dia mandikan sy. Dia kata kat sy, jngn fikir bukan2, anggap jer mcm seorang abang jaga seorang adik.
Sy selalu menangis kat dia, dan cakap kat dia yg sy tak mengandung pun, sy tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yg dia percayakan kata2 sy. Dia selalu bagi sy kata2 semangat. Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing2. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala sy masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil sy, tapi kami tak pernah melakukan hubungan kelamin. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap sy.
Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yg awkward. Yelah, sepupu yg selalu mengusik sy masa zaman sekolah, kini dah jadi suami sy. Dulu dia seorang yg periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang.
sy tak bekerja, hanya suami jer bekerja. Sy pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah sewa. Sebulan rm500, tapi yg buat sy terharu , suami sy tetap bagi sy rm500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dgn baki rm700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor , bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterus nya. Keluarga belah sy langsung tak ambil peduli pasal sy, hanya kakak sy jer yg selalu melawat sy kat rumah.
Bulan april yg lalu, satu perkara telah berlaku. Sy tak tahu samaada sy nak gembira ataupun sedih. Pada satu pagi perut sy sakit sngt, darah mengalir dari alat sulit sy dgn kuantiti darah yg banyak. Sy ingatkan period. Masa tu sakit bercampur gembira, sy fikir sy tak pregnant, sy ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni dihospital kerajaan. Rupa nya, ada ketumbuhan di rahim sy, doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid sy terbantut pda hujung tahun lepas.
Doktor suruh sy jalani operation untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju. Segala kos operation, suami sy tanggung dgn duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas operation, dia ambil cuti selama 2minggu untuk jaga sy dalam pantang. Saya mula jatuh cinta dgn sikap prihatin dan penyayang dia terhadap sy. Tapi sy tak bagitau. Sy malu kalau sy bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari operation, keluarga sy dtg jumpa suami sy. Ayah sy mintak supaya kami bercerai lebih awal. Sy disuruh sambung sijil master. Sy geram dgn tindakan selfish ayah.
Tapi suami sy seakan menurut saja permintaan pakcik dia. Bulan puasa yg lepas, dia naik pejabat agama untuk urusan dokumen penceraian. Sy sedih. Sy dah terlanjur sayangkan suami sy. Raya baru ni sy ada bertanya pada dia.
“Abang betul ke nak bercerai dgn sy?”
Dia hanya gelak.
“Betul la, kan haritu perjanjian nya mcmtu.”
Walaupun dia ketawa, tapi sy tau yg dia jugak sedih nak bercerai dgn sy. Mungkin ego lelaki yg membuatkan dia susah nak cakap yg dia jugak sayangkan sy, atau mungkin dia taknak bergaduh dgn ayah sy. Lepas Dengar dia cakap macamtu. Sy tak jadi nak luahkan perasaan sy pada dia.
Hujung bulan ni, kami akan naik kemahkamah untuk lafaz talak. Sy sedih sngt. Sy tak bercerai dengan dia. Sy sayang suami sy sngat2. Sy rasa sy takkan jumpa dah lelaki yg baik mcm sepupu sy ni. Masa takda orang nak percaya dgn sy, dia jer lah yg selalu bimbing dan percaya dgn apa yg sy cakap dulu.
Sy mohon sngt pendapat kakak2 , apa yg sy perlu buat untuk selamatkan perkahwinan sy ni. Perlu ke sy bagitau cepat perasaan sy pada dia. Mohon semua doakan yg terbaik untuk sy dan suami.
Sumber : KRT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan