ads1

Ahad, 17 September 2017

Menyedihkan! Kerana satu insiden ketika bayi, hidup kanak-kanak berubah, dia mengalami kerosakan otak dan lumpuh sebelah badan

Lima tahun yang lalu, bayi perempuan ini digoncang dengan teruk oleh bapanya sehingga menyebabkan doktor mengatakan anak kecilnya tidak akan mampu hidup lama. Namun, siapa sangka pada saat harapan semakin tipis, bayi comel ini terselamat dan dapat meneruskan hidup.
Beberapa tahun kemudian, ibunya berkongsi kisahnya dengan memberitahu orang lain- “Jangan menggoncang bayi anda.”
Kini Cheyenne Rae, 5, adalah seorang kanak-kanak comel yang sihat dan ceria. Setiap hari dia begitu teruja untuk pergi ke sekolah.
“… dia muncul terus dan bertanya apa yang akan dipakai hari ini, perempuan memang suka akan pakaian,” tulis ibu Cheyenne, Amy Owensby, pada halaman Facebook Prayers for Cheyenne Rae.
Namun di sebalik keceriaan kanak-kanak ini siapa sangka ada kisah pilu yang dialaminya lima tahun lalu, cerita yang sungguh menyentuh hati…
Kanak-kanak ini dikatakana telah mengalami kerosakan otak yang teruk selepas digoncang oleh bapanya ketika  dia berusia 8 bulan.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Pada hari 17 Ogos 2012, Owensby telah menghantar Cheyenne yang berusia 8 bulan untuk bersama ayahnya, James Davis Jr., untuk lawatan rutin setiap hujung minggu kerana mereka telah berpisah.
Satu jam setengah kemudian, Owensby menerima panggilan dari Davis yang mengtakan bahawa Cheyenne tidak bernafas.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Apa yang membawa kepada keadaan kritikal bayi perempuan itu adalah apabila Davis menggoncang tubuh anak perempuannya dalam keadaan marah supaya Cheyenne berhenti menangis.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Cheyenne kemudian dibawa ke Greenville Memorial Hospital dengan menggunakan helikopter.
“Saya tidak dapat bayangkan tubuhnya yang tidak bermaya ketika dibawa oleh helikopter,” kata Owensby.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Tindakan kasar Davis telah membuatkan keadaan bertambah buruk. Gongcangan yang dilakukan telah membuatkan tengkorak bayi perempuannya patah dan menyebabkan otaknya membengkak dan berdarah.
Davis pada mulanya berbohong untuk menutup kesalahan yang dilakukan, tetapi akhirnya mengaku bersalah.
Dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara pada tahun 2013.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Owensby hanya dibenarkan memegang Cheyenne seminggu selepas kejadian yang dahsyat itu. Cheyenne kemudian menghabiskan bertahun-tahun untuk pulih dari kecederaan yang teruk, menjalani pelbagai pembedahan dan sesi terapi.
Malangnya, doktor terpaksa membuang separuh daripada otaknya, yang menyebabkan dia lumpuh pada sebelah kanan tubuhnya.
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Pada bulan Mei 2015, Cheyenne masih bergelut akibat akibat kejadian itu. Owensby menulis di Facebook bahawa anak perempuannya tidak berjalan, dan hanya melompat menggunakan satu kaki kerana mengalami masalah keseimbangan.
“Setiap hari dia bergelut untuk meneruskan hidup setelah apa yang berlaku kepadanya .. dia tidak boleh memegang anak patung dan cawannya dalam masa yang sama,” kata Owensby.
Bagaimanapun, Cheyenne yang berani “biasanya melakukan segalanya dengan senyuman.”
Kredit: Facebook | Prayers For Cheyenne
Berikutan proses pemulihan Cheyenne yang sukar, Owensby berharap agar kisah yang dikongsikan dapat memberi pengajaran kepada orang ramai, “Jangan sekali-kali menggoncang bayi.”
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan