ads1

Khamis, 28 September 2017

Rupanya Lagenda Lanun Jack Sparrow Memang Wujud Dan Beliau Adalah Melayu Islam. Ini Buktinya.


Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu.

Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silamaMelayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock).
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi “flintlock” yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu.. Lagenda lanun Melayu “the 19th Malay Regiments of British Royal Navy”
Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British.

 

 

 

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dan segala ilmu-ilmu pelik) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy – dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???).. nak buat cerita konon fiksyen la apsal nama cam dekat2 je ni.. bilangan orang pun sama.. ini hollywood dah kantoi nih!

Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg “pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa” didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai.

Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy.. dan.. belayar, mereka berpecah ke Britain.. laut arab.. dan Amerika
Selepas itu.. dari tahun 1813 sehingga tahun 1842… saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain.. sehinggakan.. terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London
Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga… diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British.
Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai “the Curse Regiments”.. bourne to sails at sea in eternity…

“Bourne to Sails at Sea for Eternity” bukan sumpahan… tapi… pilihan…
These Cursed Regiments.. selepas membel0t menentang British India…diaorang tak boleh balik kampung halaman.. sebab orang kampung, pembesar dan sultan.. akan bunuh atau hukum dorang sebab ‘berkerja’ dengan penjajah = dalam erti kate lain.. orang kampung akan pandang diaorang macam Pembelot Negara
Entah hidup lagi ke tidak diaorang ni semua pun tatau la.. tapi memang salah satu dari lipatan sejarah orang Melayu yang amat hitam, kerja dengan penjajah British dan Napolean Bonaparte lawan balik penjajah British… dia tak pernah setia kepada sesiapapun sesuka hati dia je.. sebab tu orang melayu kalau kata perkataan “lanun” adalah juga bermaksud membuat benda sesuka hati dia je tak ikut peraturan.



p/s : Tidak hairanlah jika dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng-dalam filem nama Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan ‘Singapore’.

Sumber:Karang Media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan