ads1

Selasa, 19 September 2017

Satu daripada 8,000 kelahiran, dengan hanya satu teran, wanita ini berjaya melahirkan bayinya yang masih di dalam kantung ketuban!

Seorang wanita tidak sangka akan melahirkan bayinya lebih awal daripada yang dijangka. Pada usia kandungan yang baru mencecah 29 minggu dia akhirnya melahirkan bayinya dalam keadaan pra matang. Apa yang menariknya bayinya, Ean dilahirkan masih lagi dalam kantung ketubannya yang masih belum pecah.
Ean Jamal dilahirkan di dalam kantung ketuban
Kantung ketuban dipenuhi dengan cecair yang berfungsi untk menjaga dan memberi keselesaan kepada bayi ketika berada di rahim serta menyediakan dengan bendalir supaya ia dapat bernafas dan mendapatkan makanan atau minuman daripada ibu. Semasa proses bersalin air ketuban akan pecah dan cecair keluar.
Raelin Scurry, dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, tidak menjangka akan bersalin awal, pada awalnya dia berfikir bahawa kesakitan yang dialaminya hanyalah hanyalah Braxton Hicks – kekejangan yang berlaku pada pertengahan dan akhir kehamilan.
Pada awalnya dia tidak begitu menghiraukan kesakitannya, tetapi selepas 45 minit dia merasakan kesakitan yang berterusan semakin yang menyakitkan dia kemudian memutuskan untuk terus ke hospital. Memandangkan kontraksinya semakin kerap dia sudah tahu sudah tiba masanya untuk dia meneran.
Raelin, bersama pasangan dan anak perempuannya, melahirkan Ean dengan hanya satu teran
Ean hanya seberat 3lb 1oz ketika dia dilahirkan tetapi beratnya mula bertambah dan dia juga mula diberi susu
“Saya menghubungi 911 kerana saya sangat takut.”
“Mereka tidak dapat memahami saya kerana jeritan saya kerana kontraksi. Jadi saya menyerahkan telefon itu kepada tunang saya, saya menarik seluar saya dan mendapati kepalanya sudah keluar.”
Dengan hanya sekali teran, bayinya selamat dilahirkan di dalam kereta. Apa yang lebih mengejutkan dia menyadari bahawa bayinya masih berada di dalam kantung ketubannya.
Raelin dengan kandungan yang berusia 29 minggu ketika melahirkan bayinya
Bayi comel itu dilahirkan dengan berat 3lb 1oz. Kelahiran seperti ini dikatakan sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada satu dalam 80,000 kelahiran.
Ibu hamil juga lebih kerap memiliki kaedah c-seksyen daripada kelahiran secara normal untuk melahirkan bayi mereka. Kadang-kadang bayi dilahirkan dengan kantung yang hanya menutup kepala mereka, ini disebut kelahiran caul (caul bith).
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan