ads1

Selasa, 19 September 2017

Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz

Orang dewasa sepatutnya menjadi contoh yang baik untuk golongan muda ikuti, tetapi berbeza dengan kejadian mencuri tabung derma Tahfiz yang dilakukan oleh sepasang suami isteri di sebuah stesen minyak di Kerteh pada jam 2 petang semalam.

Semasa kejadian, suspek pasangan suami isteri yang berusia antara 30-an hingga 40-an itu bekerjasama untuk mengalih perhatian pekerja di kaunter stesen minyak tersebut dan lelaki itu berjaya melarikan sebuah tabung derma yang terletak berhampiran pintu.
Ketua Polis Daerah Superintendan, Mohd Said Ibrahim memberitahu segala pergerakan pasangan itu berjaya dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berdekatan di kaunter.
Malah, CCTV menunjukkan suspek lelaki itu pura-pura bertanya kepada seorang pekerja wanita manakala pasangannya dikatakan membuat bayaran kepada seorang pekerja lelaki.
Kemudian, lelaki berkenaan terus mengambil tabung semasa pekerja sedang leka dan terus keluar meninggalkan tempat kejadian.
“Kita sedang menyiasat berhubung kerugian itu dan pembabitan suspek dengan kes kecurian tabung derma yang pernah dilaporkan sebelum ini,” jelasnya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek ini diminta segera menghubungi balai polis berhampiran untuk diambil tindakan lanjut,” sambungnya sebelum mengakhiri perbualan.
Sumber:ROTIKAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan