ads1

Selasa, 12 September 2017

(video) Wanita menyelusuri ‘Flying Fox’ hampir dibaham buaya yang mengintainya dari sebuah kolam

Aktiviti luar dan lasak sepatutnya menghidangkan pengalaman yang menyeronokkan di samping menikmati keindahan alam yang tersergam indah. Tetapi, aktiviti lasak juga mungkin bermakna boleh berlakunya kejadian yang bahaya dan tidak diingini.
Sebuah rakaman yang berjaya dirakamkan menunjukkan seorang wanita hampir dibaham reptilia besar semasa melakukan aktiviti ‘Flying Fox’. Hal ini merupakan sebuah pengalaman yang pastinya mahu dielakkan oleh semua orang.
Anda perlu berhati-hati kerana kawasan paya dan kolam menjadi kawasan utama bagi buaya, dan melihatkan kepada peluang yang terhidang, buaya itu cuba untuk mendapatkan makan tengah harinya.
Aktiviti yang mendebarkan itu turut ditambahkan dengan debaran kemunculan buaya yang mahu menerkam mangsa untuk dijadikan makanannya.
Di Florida, kawasan seperti tasik, kolam dan paya menjadi habitat dan penempatan buaya-buaya.
Kemunculan buaya tersebut pastinya menimbulkan ketakutan dan meningkatkan aliran adrenalin kepada mereka yang melakukan aktiviti tersebut.
Menurut laporan Little Things, pengajar wanita tersebut menunggu dengan cemas selepas ternampak kelibat buaya yang muncul dengan tiba-tiba. Nasib baik perkara buruk tidak berlaku kepada wanita tersebut, dan dia selamat sampai menyelusuri kolam tersebut.
Tonton video yang mendebarkan ini:

Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan