ads1

Jumaat, 1 September 2017

Wajah seorang bapa! Pengangkut barang memikul 100 kg bungkusan sambil memegang tangan anak kecilnya

Kasih seorang bapa itu tidak mengenal beban. Seorang bapa di China ini jika boleh sanggup memikul gunung di bahunya demi memberi perlindungan dan kebahagiaan kepada kehidupan anak lelakinya.
Ran Guanghui adalah seorang pengangkut barang di barat daya China telah menyentuh hati jutaan pengguna media sosial apabila fotonya membawa barangan berat 100 kilogram dengan satu tangan sambil memegang tangan anak lelakinya menuruni tangga telah menjadi tular di media sosial.
Kredit : Xu Kangping
Foto menyentuh hati ini telah diambil oleh seorang wartawan di Chongqing tujuh tahun yang lalu. Tetapi ia menjadi tular di media sosial China sempena Hari Bapa yang lalu.
Pada ketika itu Ran Guanghui berusia 41 tahun dan anak lelakinya, Ran Junchao berusia tiga tahun. Ran membawa anaknya ke tempat kerja kerana isterinya tidak dapat menjaga anaknya ketika itu.
Kredit : Xu Kangping
Foto itu diambil ketika Ran Guanghui menuruni tangga yang panjang dengan barangan seberat 100kg diangkut di belakangnya. Ran Junchoa yang masih kecil mengikuti dengan memegang tangan bapanya.
Tangga itu dituruni dengan perlahan kerana Ran Junchoa yang masih kecil tidak dapat berjalan dengan pantas sambil bapanya itu menahan berat di belakangnya dan berjalan dengan sabar memimpin tangan anak lelakinya.
Kredit : Xu Kangping
Ran Guanghui merupakan ribuan pengangkut barang yang bekerja di Chongqing, sebuah bandaraya yang padat dengan penduduk seramai 30 juta orang.
Ran Guanghui dan isterinya berasal dari kawasan pendalaman di Chongqing, China dan mereka telah berpindah ke pusat bandar kerana mahu mencari kehidupan yang lebih baik.
Kredit : Xu Kangping
Ran Guanghui bekerja sebagai pengangkut barang sementara isterinya bekerja di sebuah restoran. Pasangan itu membawa bersama anak mereka Ran Junchoa ke bandar supaya mereka boleh bersama-sama menjaganya.
Wartawan yang mengambil gambar itu, Xu Kangping mengingati tarikh foto itu diambil iaitu pada 20 Jun 2010.
Kredit : Xu Kangping
Katanya, tangga yang didaki dengan memikul barangan itu amat tinggi serta jauh dan bapa yang tabah ini memikul barangan yang sangat berat.
Perjalanan menaiki dan menuruni tangga itu bukan satu kerja yang mudah. Bapa ini sanggup mengangkut barang yang berat dengan berulang alik melalui tangga itu sebanyak 20 kali sehari dengan beban di belakangnya demi mencari kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.
Kredit : Xu Kangping
Perjalanan melalui tangga itu boleh sejauh 200 meter ke 500 meter dengan tangga dan jalannya yang kadangkala berliku dan licin.
Berat barangan yang dipikul kadangkala mencecah berat sehingga 500 kilogram pada satu masa. Pada tahun 2010 itu, upah yang dibayar kepada Ran Guanghui adalah kira-kira RM5.oo dalam satu perjalanan.
Kredit : Xu Kangping
Xu Kangping berkata, Ran Guanghui hanyalah buruh biasa seperti buruh lain di China. Tetapi kerja keras yang ditunjukkan demi menunjukkan kasih sayang yang tulus kepada anak lelakinya dalam keadaan yang sukar adalah satu perkara yang hebat dan patut dijadikan tauladan.
Apabila foto itu disiarkan di akhbar tempatan, kisah Ran Guanghui menyentuh hati jutaan rakyat di China.
Kredit : Xu Kangping
Ran Guanghui memberitahu Xu Kangping yang segala kerja kerasnya adalah semata-mata kerana anak lelakinya.
Katanya, sebagai seorang bapa dia tidak pernah merungut dan mengadu akan kerjanya walau bagaimana sibuk dan penat kerjanya itu.
Kredit : Xu Kangping
Ran Guanghui berkata lagi, dia sanggup bekerja untuk 20 tahun lagi demi memberi kehidupan yang selesa kepada anak lelakinya.
Kini, usia Ran Guanghui sudah mencecah 48 tahun dan masih bekerja sebagai pengangkut barang dengan pendapatan RM161.00 sehari melakukan kerja berat itu. Dengan usianya sudah meningkat melakukan pekerjaan yang berat, kadangkala kesihatannya terjejas.
Kredit : Xu Kangping
Ran Guanghui bekerja setiap hari sepanjang tahun kecuali bercuti beberapa hari pada Tahun Baru Cina apabila pasar dan kedai ditutup pada waktu itu.
Awal tahun ini, lelaki yang sangat berjimat dalam hidupnya ini telah mengumpul wang sejumlah RM257,429.33 dan telah membeli sebuah rumah pangsa untuk keluarganya.
Kredit : Xu Kangping
Ran Junchoa yang kini berusia 10 tahun tidak pernah berasa malu dengan pekerjaan bapanya.
Di sekolah, Ran Junchoa seorang murid yang pintar dan bekerja keras. Dia telah dilantik menjadi ketua kelas dan sentiasa cemerlang dalam pelajarannya.
Bapanya Ran Guanghui berkata, anak kesayangannya itu bertambah nakal setiap hari tetapi dia berasa sangat bangga dengan pencapaian akademiknya.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan