ads1

Khamis, 5 Oktober 2017

'Di depan saya, dia (perompak) rogol isteri saya'


SELATAN SUMATERA, INDONESIA - Hancur luluh hati seorang suami apabila dia terpaksa menyaksikan dengan matanya sendiri isterinya dirogol salah seorang dari tiga perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya, lapor Tribun.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, 12 September lalu di kediaman Eko, 39 dan isterinya, Nurwahyuni di Dusun 6, Desa Kemu Ulu, Kecamatan Pulau Beringin, tiga perompak bersenjata tajam telah memecah masuk ke rumah mereka. 

Menceritakan kembali saat kejadian itu, Eko berkata, tiga suspek berkenaan telah mengetuk pintu rumah mereka sebelum dipecah masuk. Suspek kemudian menggunakan cadar dan mengugut Eko untuk berdiam diri. 

Pada ketika kejadian, Nurwahyuni yang berada di dalam bilik mandi terus keluar dan menghampiri suaminya yang sedang diugut. Eko sempat menjerit meminta tolong daripada jiran berdekatan, namun kepalanya telah dipukul menyebabkan berlaku pendarahan teruk di kepala. 

Suspek kemudian mengikat Eko dan Nurwahyuni dengan tali dan dibawa ke sebuah pondok kosong yang jaraknya 100 meter dari kediaman mereka. 

Di pondok itulah, salah seorang suspek telah merogol Nurwahyuni di depan mata Eko sendiri yang berada dalam kesakitan. 

"Di depan saya, dia memperkosa isteri saya," kata Eko. 

"Oleh kerana suspek mempunyai senjata tajam, saya berusaha melarikan diri untuk meminta bantuan," katanya yang ketika kejadian, dua lagi suspek sedang sibuk mengeledah dan mencari barang berharga di rumah, namun gagal menemui apa-apa. 

"Tiada barang berharga di rumah saya. Jadi mereka hanya mengambil telefon bimbit Nokia X2 saya," kata Eko. 

Bagaimanapun, dalam keterangan Eko mengakui bahawa dia mengenali suara dua suspek namun tidak tahu nama mereka. Sementara itu, dia juga mengenali wajah suspek yang ketiga, juga tidak diketahui namanya. 

Difahamkan, dua daripada tiga suspek, Misran, 21, dan Kurniawi, 23 telah ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, suspek ketiga, Idi, masih diburu polis. 

Siasatan awal mendapati, suspek bernama Misran yang mendalangi kejadian itu di mana suspek pada awalnya telah menyasar untuk mencuri sebuah motosikal milik mangsa.


Sebelum melaksanakan jenayahnya itu, Misran telah mengintap kawasan sekeliling kediaman pasangan berkenaan dan kemudian mengajak Kurniawi dan Idi untuk membantunya dalam kejadian jam 8 malam itu. 

Kurniawi dan Idi memakan topeng baju yang diambil dari ampaian, sementara Misran hanya memakai topi telah mengetuk pintu rumah mangsa.

Selepas melakukan rompakan dan merogol mangsa, Misran terus melarikan diri, manakala Kurniawi melarikan diri ke hutan di Pulau Beringin. 

Dalam tempoh diburu polis, Misran kerap berpindah tempat selama beberapa hari sebelum memutuskan untuk pergi mencari kerja di Jakarta selama tiga hari. Namun, usahanya tidak menjadi lalu dia kembali dan menumpang di rumah rakannya sebelum ditahan polis. 

Sementara itu, Kurniawi pula ditahan di sebuah pondok pada waktu subuh, Isnin lalu. Siasatan juga mendapati Kurniawi dan Idi pernah berulang kali dipenjara di atas kesalahan jenayah. 

Misran didakwa di mahkamah dan bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Manakala Kurniawi pula bakal dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun. 

Nurwahyuni dan Eko berharap, kesemua suspek dikenakan hukuman yang berat dan juga berharap suspek ketiga yang masih bebas ditahan segera.

Sumber:TheReporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan