ads1

Selasa, 23 Januari 2018

Anak kepada penghantar tong gas Ini telah berbohong bapanya memiliki sebuah Mercedes-Benz. Kerana malu setelah kantoi anaknya berbohong, bapa ini telah bertindak..!

Walaupun kadangkala kita berasa tidak mahu, setiap dari kita pasti pernah berbohong. Pada sesuatu perkara yang ingin kita sembunyikan, maka ia telah menyebabkan kita berbohong.

Dan dengan berbohong itu, ia tidak akan memberi kebaikan dan tidak pernah menyelesaikan satu masalah. Kerana ia pasti akan disusuli dengan pembohongan yang lain.
Seorang netizen telah menceritakan kisah lampau mengenai diri dan ayahnya. Suatu masa dahulu, beliau seorang yang suka bermegah dan berpura-pura. Netizen ini berbohong kepada rakan-rakannya bahawa ayahnya adalah seorang yang kaya raya dan memiliki kereta mewah Mercedes-Benz. Tanpa disangka, setelah mendapat tahu bahawa anaknya telah berbohong mengenai dirinya, bapa ini telah melakukan satu tindakan yang mengejutkan dan memberi pengajaran.
Dahulu di dalam kelas Adi (nama samaran) terdapat seorang murid bernama Ali yang berasal dari keluarga yang kaya. Bapanya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Setiap kali apabila terdapat barang permainan baru yang berada di pasaran, Ali akan membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan di kelas. Semua pelajar yang berada di kelas tersebut merasa irihati dengan Ali yang bertuah.
Untuk menutup malunya dari menjadi bahan ketawa rakan-rakan, Adi pun telah berbohong dengan menjawab, “Ayah saya juga seorang ketua, sama kaya dengan ayah kamu dan bawa Mercedes juga.”
Mendengar jawapan Adi, rakan-rakannya menjadi iri hati dan ada pula yang seakan meragui jika Adi ini telah berbohong. Jika benar ayah Adi seorang ketua yang memandu Mercedes, semua rakan-rakan boleh melihat ayah Adi pada Hari Ibu Bapa yang diadakan dua hari kemudian.
Ayah Adi berasa teruja untuk datang ke sekolah Adi dan melihat anaknya belajar sehingga sanggup meminta cuti dari majikannya. Tetapi tiba-tiba Adi telah berkata kepadanya, “Ayah, nanti Hari Ibu Bapa, ayah tidak perlu datang ya..”
Ayah ini menjadi keliru dan bertanya kepada Adi mengapa dia tidak perlu pergi ke sekolah pada Hari Ibu Bapa. Setelah mendengar penjelasan dari Adi, ayah ini telah ketawa besar dan tidak langsung menjadi marah dengan pembohongan anaknya itu.
Ayahnya mengenakan pakaian berjenama POLO dengan rambutnya disikat rapi dan misainya telah dicukur. Kasutnya pula dari kasut kulit yang mahal.
Dalam hati Adi berkata, “Amboi, ayah nampak berbeza betul hari ini…” Adi berasa lega tetapi hatinya masih berasa tidak tenang dan takut nanti apabila Adi pulang dari sekolah, rakan-rakanya akan bertanya, “Mana kereta Mercedesnya?”
Pada waktu rehat, Adi telah berbisik kepada ayahnya, “Ayah… ayah pulang dulu ya. Petang nanti ayah datang jemput Adi.”
Ayah Adi berkeras untuk menunggu anak lelakinya ini sehingga habis waktu persekolahan untuk pulang bersamanya. Dalam hati Adi, dirinya sudah pasrah dan akan menerima sahaja hakikat pembohongan yang telah dilakukannya. Jika terbongkar, dia berasa sudah tidak kisah lagi.
Kemudian, tanpa disangka, ketika Adi dan ayahnya pulang dari sekolah dan berjalan ke tempat meletak kereta, Adi menjadi terpegun melihat ayahnya memang betul telah membawa Mercedes ke sekolah. Adi sendiri berasa tidak percaya. Rakan-rakan Adi melihatnya menaiki kereta Mercedes bersama ayahnya dan keluar dari perkarangan sekolah, meluncur laju dengan megah.
Kredit foto: youtube.com
Di dalam kereta, Adi melihat ayahnya dengan penuh tanda tanya. Tetapi ayahnya hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Ayah Adi memandu kereta Mercedes ini sehingga ke tempat kerjanya. Ketika ayah Adi turun dari kereta tersebut, majikannya telah bertanya sambil ketawa, “Bagaimana? Hari Ibu Bapa anak kamu berjalan dengan lancar?”
Ayah Adi menjawab sambil tersenyum, “Ya, semuanya berjalan lancar, bos! Terima kasih ya bagi pinjamkan kereta ini. Menyusahkan bos saja!”
Majikan ayah Adi datang kepada Adi sambil mengusap kepalanya, “Kamu ini, kecil-kecil dah pandai bermain pura-pura ya! Cuba kamu pergi angkat tong gas paling kecil dekat sana tu.”
Adi menurut permintaan majikan ayahnya dan cuba untuk mengangkat tong gas itu, tetapi tidak terdaya. Tong gas itu hanya berganjak sedikit sahaja.
Majikan ayah Adi ketawa besar, “Hai, tong kecil pun kamu tidak kuat mengangkatnya? Lihat ayah kamu. Satu tangan pun dia sudah boleh mengangkat tong gas yang besar ini!”
Ayah Adi pun berkata, “Bos kata apa pada anak saya? Saya hanya mahu anak saya berada dalam keadaan baik sahaja di sekolah. Nanti apabila sudah berjaya dalam pelajaran dengan kelulusan yang baik, bolehlah dia bekerja di syarikat besar. Jangan jadi seperti saya ini. Bos suruh dia angkat tong gas macam tu, manalah dia boleh…”
Timbul rasa insaf di dalam hati Adi. Teringat pada satu masa dahulu. Apabila tiba waktu hujan, ayahnya dapat berehat seketika kerana tidak perlu menghantar tong gas. Kalau disuruh hantar juga, upahnya menjadi dua kali ganda. Jadi apabila disuruh, ayahnya menjadi orang pertama yang menawarkan diri untuk bekerja pada waktu cuaca yang tidak baik itu. Kalau satu tong gas seberat 40 kilogram yang dihantar kepada sebuah rumah, ayah Adi boleh mendapat upah RM3.00 sebuah.
Kredit foto: Getty Images/Mohd Rasfan
Kemudian Adi teringat, semua barang permainannya, makanan kesukaan dan keperluannya ke sekolah adalah datang dari hasil titik peluh ayahnya mengangkat tong gas ini.
Dalam hatinya yang telah insaf berkata, “Yang ayah pikul itu bukan tong gas. Itu semua adalah pembiayaan hidup kami sekeluarga. Jadi, mengapa pula saya perlu menjadi malu dengan pandangan dan kata-kata rakan di sekolah?”
Pekerjaan dengan titik peluh yang halal itu, tidak perlu diukur sama ada ia bertaraf tinggi atau rendah. Ibu dan bapa yang bekerja memerah keringat dan membanting tulang empat kerat demi menyara keluarganya adalah satu perkara mulia yang seharusnya dibanggakan. Mengapa pula perlu merasa malu dengan pekerjaan bertaraf rendah mereka. Tidak perlu untuk berbangga, bermegah dan berpura-pura untuk mendapat nama dan dipuji kerana pekerjaan bapa. Bukan kita yang bekerja mencari nafkah, melainkan merasai pengalaman bekerja itu kelak.
Kisah ini hanya sebagai pengajaran. Jangan membuat diri berasa bangga dan megah dengan sesuatu yang kita tidak mampu dan tidak mempunyai hak untuk memiliki. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa yang bekerja keras membesarkan kita.
sumber: mediahijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan