Menurut Cik Ajaii, ibunya merupakan mangsa yang kesembilan dan beberapa hari selepas kejadian, barulah pihak berkenaan mengambil tindakan menurap dan membaki semula lubang jalan tersebut. Namun, tindakan itu sudah terlambat kerana kemalangan itu telah menyebabkan mangsa hilang keupayaan.
HARI ini aku rasa nak kongsi kisah tragik yang menimpa ibu saya yang tersayang. Biasanya aku jarang-jarang nak bercerita tetapi entah kenapa hari ini aku rasa nak lepaskan kesal dan sedih yang aku rasa. Ini bebenang (thread) aku.
Ceritanya bermula hujung 2015, masa itu aku sem 1 di UTHM. Seminggu sebelum final, masa itu mak datang bawa KFC, duduk bersembang di kafe TDI. AKu dah nampak mak macam sedih saja tetapi entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin dia tak nak aku pergi program anak angkat di Mersing.
Jadi beberapa hari selepas itu, entah macam mana, aku batalkan. Kemudian aku terus call mak dan beritahu aku tak jadi pergi ke program itu.
Like seriously dia sangat-sangat gembira dan suruh aku balik, memandangkan jarak rumah aku dengan UTHM itu hanya mengambil masa 30 minit lebih kurang. Mak dah rancang macam-macam untuk kitorang sebab mak memang suka luangkan masa dengan aku keluar berdua naik motosikal.
Minggu itu, setiap hari mak call. "Adik, mak dah servis motosikal mak dah. Dah tukar tayar, dah tukar minyak hitam. Rasanya kalau pergi rumah Abang Long naik motosikal pun boleh ni. Kalau penat, dua-dua sandar tepi highway" seloroh mak.
Rumah Abang Long aku di Kajang dan mak bawa skuter saja.
Jadi selepas itu, mak ambil keputusan untuk mengambil aku di Uni hari Sabtu sebab dia nak bawa aku jalan-kalan pusing Parit Raja sambil pergi ke pasar membeli ikan mayong. Nak masak asam pedas kegemaran aku dan mak.
Dipendekkan cerita, sampailah hati Sabtu, 5 Disember 2015. Pagi itu mak mesej, "Adik, mak dah gerak ni". Then entah kenapa aku boleh terlajak tidur. Sedar-sedar ada missed called dari nombor mak. Aku call semula dan masa itu jam 7.40 pagi dan mak mesej jam 7.30 pagi.
Tiba-tiba suara lelaki pula yang menjawab panggilan aku guna handphone mak. Masa itu darah aku dah mula berderau, dah memang fikir yang bukan-bukan.
"Ini nombor mak awak ke? Mak awak kemalangan dekat depan bla.. bla.. bla.. Tolong datang cepat," kata lelaki itu.
Aku dah menggigil, aku terus call kakak aku dan suruh dia pergi kepada mak segera. Dia macam tak faham sampai aku jerit dekat dia.
"CEPATLAH!!!!"
Selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian sebab aku di hostel. Aku dah berteriak dan menjerit semuanya. Aku call BF aku masa itu kebetulan kawan dia bawa kereta. Dia naik basikal dan ambil kereta kawna dia terus bawa aku pergi ke Hospital Kluang.
Sampai saja di hospital, semua salahkan aku.
"Kenapa mak ambil kau? Kenapa mak tak beritahu mak nak ambil kau?"
Aku sangat-sangat down pada masa itu. Aku masuk wad kecemasan zon merah, mak tak sedar, cuma boleh gerakkan jari saja. Aku lost sangat pada masa itu.
Doktor panggil waris dan aku antara yang masuk. Doktor beri penjelasan segala-galanya. Mak tak ada luka tetapi berlaku pendarahan di belakang kepala. Mak dirujuk ke HSAJB memandangkan Kluang tiada pakar neuro.
Tanpa berlengah lagi, terus tandatangan surat kebenaran dan ambulans bawa mak terus ke Johor Bahru.
Sebenarnya mak aku bukan dilanggar atau melanggar kenderaan lain tetapi mak terlanggar lubang besar di lorong kiri jalan besar disebabkan orang-orang atasan yang tidak sedar (dengan keadaan jalan itu) sehingga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi mangsa.
Percaya atau tidak, mak aku mangsa kesembilan yang terjatuh disebabkan lubang itu. Esoknya, alih-alih jalan itu sudah dibaiki.
Dua bulan selepas mak koma, dia sedar semula tetapi segala-galanya berubah. Mak lumpuh seluruh badan kecuali tangan kanan. Mak tak boleh bercakap dan cuma minum susu menggunakan rice tube. Melihat keadaan mak begitu benar-benar meruntun hati aku. Badan mak semakin susut dan susut.
Kami sediakan banyak perkara untuk mak. Beli katil khas, beli tilam angin, suction machine, pampers, susu Ensure, dressing kit memandangkan kepala mak ada luka bekas pembedahan dan lehernya ditebuk.
Sadly after her last birthday celebration, dalam seminggu selepas itu mak tiba-tiba demam panas dan kerap kena sawan. Jam 12 tengah malam call ambulans dan bawa mak pergi ke hospital sebab tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Sampailah satu hari itu, doktor panggil adik beradik aku semua dan menjelaskan tentang keadaan mak. Dia kata mak alergik pada ubat dan itu membuatkan badan dia keluar merah-merah dan bengkak. Bacaan pada orang seperti hati dan buah pinggang juga menunjukkan bacaan yang tidak normal. Doktor kata bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Again, it's break our heart.
Doktor kata incase apa-apa yang berlaku, nak buat CPR tak? Kami setuju untuk tak bagi CPR sebab tak nak mak lagi terseksa. If this her day, kami redha.
Tidak lama selepas kami keluar dari bilik doktor, doktor yang lain datang berjumpa dengan kami.
"Inilah masanya yang sesuai untuk ajar mak mengucap sebab mak tengah nazak," katanya.
Kami nak masuk tetapi doktor yang seorang lagi tak bagi. Kurang dari seminit kemudian dia keluar dan beritahu kami mak dah tak ada. This is her last fight, she give up.
Cuma disebabkan lubang jalan yang sepatutnya diselenggara tetapi orang yang sepatutnya tidak berbuat demikian dan orang lain menjadi mangsa.
Walaupun kau saman dan menang kes duit, tak boleh kembalikan orang yang kita sayang. Hari ini, genap empat bulan mak dah pergi.
So gais, kalau korang jumpa mana-mana lubang yang berbahaya, lagi-lagi untuk penunggang motosikal, sila laporkan kepada JKR, MP atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab sebelum kes yang sama berlaku pada orang lain. Aku pun tak nak orang lain rasa betapa sakitnya kehilangan orang yang aku sayang.
Dan kalau korang nak saman, tiba-tiba ada pihak nak hulur duit suruh kau tutup mata, tolong abaikan mereka. Mereka cuma nak lari dari tanggungjawab. Banyak kes langgar lubang yang kita tak tahu sebab tak pernah ada mangsa yang buka mulut.
Tolonglah, ada dasar prihatin kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal. Berhati-hatilah dan ingatlah orang yang kita sayang. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tetapi disebabkan kecuaian orang lain, kita yang menjadi mangsa.
Itu saja dari saja, maaf seandainya ada terkasar bahasa. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya.
Kredit:the reporter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan