ads1

Ahad, 21 Januari 2018

Gelandangan ini memberikan kotnya kepada wanita yang kesejukan, tanpa dijangka kehidupan lelaki ini telah berubah lima hari kemudian

Menjadi lumrah kebanyakan manusia yang suka mengadili seseorang berdasarkan apa yang mereka lihat melalui cara berpakaian. Apabila satu pasangan kekasih telah bertemu dengan seorang gelandangan yang tidak mementingkan diri dan menawarkan kotnya kepada pasangan ini dalam cuaca yang sangat sejuk, mereka tahu, sesuatu perlu dilakukan kepada lelaki ini, dan jangan terlalu cepat menyalah anggap golongan gelandangan.
Pasangan Charlotte Ellis dan Taylor Walden telah terkandas di stesen keretapi bawah tanah London’s Convent Garden pada bulan Januari 2017 dalam cuaca yang sangat sejuk dan mereka telah ketinggalan keretapi terakhir.
Mereka yang berasa risau dan kesejukan tiba-tiba telah disapa oleh satu suara yang datang dari arah belakang. Dari rupanya, lelaki ini seorang gelandangan bernama Joey. Joey menawarkan kotnya dan dengan segera Charlotte telah mengambilnya. Taylor pula memandangnya dengan wajah yang pelik.
Kredit : Getty Images/Alexandra Arciszewski/EyeEm
Pasangan ini telah duduk bersama Joey dan mula berbual. Charlotte telah menulis di dalam Facebooknya, “Ada sesuatu yang lain mengenai lelaki ini, yang menunjukkan keikhlasan.”
Charlotte Ellis membuat keputusan untuk mengajak lelaki gelandangan ini pulang ke rumah bersamanya.
Charlotte menulis, “Tiada siapa yang patut ditinggalkan dalam keadaan cuaca yang seperti ini. Saya tidak kata kamu semua patut mempercayai semua orang yang kamu temui di tepi jalan, tetapi kepada siapa yang kamu rasa dengan pasti untuk mempercayainya!”
Charlotte juga memahami ada segelintir orang yang akan kurang bersetuju dengan tindakannya kerana biasanya ‘kebanyakan orang  dengan segera terus mengadili’ . Tetapi bagi Charlotte Ellis, beliau merasakan, tidak semua golongan gelandangan itu adalah penyalahguna dadah atau alkohol dan mereka bukan orang yang jahat.
Selepas mendengar pelawaan Charlotte, Joey telah menolak dengan baik tetapi akhirnya dia menerimanya selepas Taylor berkata kepadanya, “Jika kamu tidak mengikut kami pulang ke rumah, saya juga tidak dapat membawa teman wanita saya ini pulang ke rumah.”
Kredit : Getty Images/Universal Images Group
Apabila mereka sampai di rumah, pasangan ini dan rakan barunya, Joey telah minum bersama dan berbual sambil berkongsi cerita dan kisah lampau dengan tanpa disedari, mereka telah menjadi seperti rakan karib.
Charlotte menulis, “Ada sesuatu mengenai dirinya yang saya tidak boleh jelaskan. Ia seperti sesuatu perkara yang telah ditakdirkan. Saya tidak mengharapkan semua orang untuk memahami.”
Charlotte menulis lagi, “Sebagai rasa terima kasih, Joey telah memberi kotnya kepada Taylor. Pada pandangan saya, hadiah itu merupakan satu makna yang besar lebih daripada hadiah lain yang saya dan Taylor pernah terima.”
Pada keesokan harinya, Charlotte berasa risau untuk memberitahu ibunya yang beliau telah membawa masuk seorang gelandangan ke dalam rumahnya. Mujurlah ibunya memahami selepas menemui Joey.
Charlotte Ellis berkata, “Pada mulanya, rakan-rakan dan keluarga berfikir kami telah hilang akal dan bersangka buruk. Kemudian kami memperkenalkan Joey kepada mereka dan dengan serta merta Joey telah diterima sebagai rakan oleh mereka kerana semua dapat melihat keikhlasan dan kejujuran yang terdapat di dalam dirinya.”
Kredit : Facebook /Taylor Walden
Charlotte juga berkongsi dengan pengguna Facebook bagaimana beliau telah membantu Joey untuk menjadi seorang yang lebih baik. Charlotte menulis, “Kami membawanya ke restoran makanan India, kami memotong rambutnya dan kami memberinya sebuah telefon. Rakan saya memberinya pakaian yang baru. Mereka bermain bola bersama, menonton wayang dan bermain ‘playstation’. Joey juga membantu ibu memberi makan kudanya dan menyertai makan malam kami.”
Lima hari kemudian, Joey telah menghadiri satu temuduga kerja dan dari situ, Joey telah diterima bekerja di satu syarikat.
Dalam Facebooknya, Charlotte memberi kesimpulan, “Kadangkala apa yang seseorang itu mahukan ialah seseorang yang dapat memberi kepadanya sedikit masa. Seseorang boleh memulihkan kepercayaan dirinya dengan bersikap berperikemanusiaan. Saya berkongsi kisah ini dengan satu sebab sahaja, sila luangkan sedikit masa dan bertanya kepada mereka, bagaimana hari mereka. Biar mereka tahu, masih ada orang di luar sana yang peduli dan mengambil berat. Hanya berikan sedikit sahaja masa anda. Ia tidak mengeluarkan apa-apa belanja.”
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber : Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan