Semua benda memerlukan wang dalam dunia hari ini. Sebab itulah manusia sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan wang, sah atau tidak, itu bukan soalnya. Asalkan boleh mengaut untung dengan cara mudah, segalanya dilakukan dengan rela hati.
Selalu kita mendengar cerita suami penyangak yang tergamak menjual isteri sendiri untuk kepuasan nafsu lelaki hidung belang, namun kali ini terbalik pula. Suami pula menjadi bahan dagangan!
RM147 untuk ‘khidmat’ suami
Seorang wanita ditahan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia apabila didapati menjual suaminya bagi tujuan seks. Mereka ditangkap polis negara itu di sebuah hotel ketika menunggu pelanggan yang dahagakan belaian si suami.
Laporan itu disahkan oleh jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan yang mengatakan wanita itu mengiklankan perkhidmatan suaminya melalui group di Facebook.
Isteri yang jual suami. Lelaki itu diperdaya dan wanita itu menawarkan suaminya untuk tujuan seks di FB. Wanita itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.
Sudah 4 kali jual suami
Lebih mengejutkan lagi wanita itu kadangkala melayan pelanggan bersama suaminya untuk aksi ranjang bertiga atau threesome. Malahan, wanita itu sudah 4 kali sebelum ini menjual suaminya.
Ini adalah seks komersial. Yang cukup menarik ini dilakukan pasangan suami isteri
Ketika disoalsiasat polis, wanita itu mengakui melakukan kesalahan itu demi wang semata-mata.
Sumber: Harian Metro , Tribun News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan