Sekiranya setiap tahun anda menyambut hari lahir pada 30 December, anda bertuah. Sebab utamanya ialah, pada tahun 2011, orang yang berkongsi tarikh lahir dengan anda yang tinggal di Samoa tidak berpeluang untuk menyambut tarikh penting ini dalam hidup mereka.
Pada tahun 2011, sebuah negara bernama Samoa telah melangkau tarikh hari lahir anda ( 30 December) atas faktor ekonomi dan perdagangan. Sebelum bercerita mengenai garis waktu dan masa, kita kenalah tahu serba sedikit dahulu mengenai negara ini.
Latar Belakang Negara Samoa
Samoa terletak di lautan pasifik, tidak jauh daripada Australia dan New Zealand. Mengikut sejarah, disebabkan kedudukan Samoa yang terlalu jauh, hanya pada tahun 1900 barulah negara tersebut dijajah oleh negara-negara eropah berkuasa besar ( sedikit lewat berbanding negara kita yang dijajah pada tahun 1511).
Pada tahun 1900, Samoa akhirnya telah dijajah oleh Jerman. Namun disebabkan peperangan dan pergolakkan yang berlaku pada tahun 1914, Samoa akhirnya jatuh ke tangan New Zealand yang merupakan negara jajahan British. Hanya pada tahun 1961 barulah Samoa merdeka.
Zon Waktu Negara Samoa
Sejak dibangku sekolah kita belajar mengenai Garis Tarikh Antarabangsa, dimana sesiapa yang melintasi garisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari. Kepulauan Samoa yang terdiri daripada Samoa dan Samoa Amerika terletak di antara garisan ini. Jadi, mereka perlu untuk memilih waktu negara mereka.
Disebabkan perdagangan Kepulauan Samoa ( Samoa dan Samoa Amerika) dan hubungan ekonomi yang rapat dengan California, Amerika Syarikat, negara ini telah termakan dengan pujuk rayu pedagang Amerika pada ketika itu. Lalu, pada tahun 1892, kepulauan ini telah menukar waktu menjadi 3 jam sahaja di belakang California.
Tetapi, seiring dengan waktu, Samoa telah menjalinkan hubungan perdagangan yang rapat dengan Australia dan New Zealand. Namun, disebabkan perbezaan masa, hubungan perdagangan hanya boleh dilakukan sebanyak 3 atau 4 hari seminggu.
Akhirnya selepas bersabar selama 119 tahun, Samoa menukar zon waktunya daripada UTC -11 kepada UTC +13, sekaligus memudahkan semua urusan jual beli dengan rakan perdagangan barunya. Tetapi kesannya, negara ini terpaksa melangkau hari Jumaat, 30 Disember 2011.
Namun, Samoa Amerika tetap mengekalkan zon waktu mereka yang lama, sejajar dengan tarikh Amerika. Disebabkan sekarang Samoa dan Samoa Amerika merupakan dua buah negara yang mempunyai zon waktu berbeza, Garis Tarikh antarabangsa kini memotong antara kedua-dua negara tersebut.
Garis Tarikh Antarabangsa hanyalah garis yang direka oleh manusia. Sekiranya kita berdiri diantara Samoa dan Samoa Amerika, memang kita tidak nampak garis itu dengan mata kasar. Namun, garis yang hanya wujud diatas peta ini sebenarnya membenarkan kita untuk merentas masa macam dalam filem Hollywood. Bayangkan sekiranya anda tinggal di Samoa pada 1 Januari, anda boleh langkah ke pulau sebelah sana ( Samoa Amerika) dan anda berada pada 31 Disember. Menarik, bukan?
Sumber:
1. Wikipedia
Kredit:iluminasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan