Kejadian yang amat memilukan ini telah berlaku di negara Singapura apabila seorang wanita yang berusia 41 tahun telah menuntut keadilan untuk dirinya sendiri atas kejadian yang berlaku pada tanggal 8 Februari 2015 kerana dirinya telah dirogol oleh seorang lelaki yang bekerja di sebuah tempat pembinaan di Macritchie Reservior Park.
Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berllaku ketika dia sedang berjalan pada siang hari sebelum ia didatangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dikenali dengan nama sebagai Pramanik Liton pada ketika itu berusia 24 tahun dengan mengajak wanita berkenaan melakukan hubungan badan dengannya.
Sejurus sahaja mendengar penjelasan dari lelaki itu, wanita berkenaan terkejut dan dengan segera menolak permintaan suspek berkenaan. Dalam keadaan yang marah kerana perminytaannya ditolak, suspek dengan segera telah mengeluarkan sebilah pisau serta mengugut mangsa sebelum dipercayai diculik serta mengheret mangsa ke dalam hutan yang berdekatan.
Suspek juga didapati telah merogol mangsa sebanyak dua kali sebelum memaksa wanita berkenaan melakukan seks songsang dan kemudian telah melepaskan wanita berkenaan selepas itu. Kejadian yang memalukan itu berlaku pada pukul 1.43 petang sehingga pukul 3.35 petang pada tanggal 8 Februari 2015 tahun lalu.
Setelah suspek puas melakukan perkara jijik berkenaan , suspek telah membuat keputusan untuk membuang sebilah pisau yang digunakan untuk mengugut mangsa telah dibuang ditempat kejadian dan terus meninggalkan mangsa terkapai-kapai. Pengesan Gurkha juga berjaya menemui bahan bukti berkenaan dan mengesahkan terdapat cap jari suspek pada sebilah pisau berkenaan.
Selepas sahaja kejadian itu berlaku, mangsa juga dalam keadaan trauma dan ketakutan telah menghubungi suaminya dengan segera (pada kejadian itu merupakan teman lelaki mangsa) yang sedang berada di sebuah cafe yang berada berdekatan di kawasan taman berkenaan. Tanpa berlengah lagi, teman lelaki mangsa juga telah mengajak mangsa ke balai polis berdekatan untuk membut laporan tentang kejadian buruk yang telah berlaku pada mangsa.
Setelah dua hari laporan dilakukan, pihak polis juga telah berjaya memberkas suspek yang pada ketika itu berada di tempat kerjanya.
Semasa kes tersebut dibicarakan, terdapat satu kejadian yang amat mengejutkan telah terbongkar. Suspek bukan sahaja merogol dan mengunakan kekerasan terhadap mangsa, malah suspek juga turut melakukan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan apabila selepas merogol mangsa, suspek dikatakan mengorek kemaluan mangsa dengan mengunakan jarinya untuk mengeluarkan air maninya di dalam kemaluan mangsa kerana tidak mahu wanita itu mengandung dari perbuatan kejinya itu.
Suspek juga turut memberikan duit kepada mangsa berjumlah S$50 iaitu (RM155) bagi menyuruh mangsa mendapatkan ubat-ubatan bagi mengelak dari hamil.
Kes perbicaraan itu juga telah berlangsung selama tiga hari dengan mewakili Hakim Choo Han Teck dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun kepada suspek serta 24 sebatan untuk dua pertuduhan iaitu serangan seksual dengan merogol mangsa secara paksaan tanpa kerelaan mangsa dan menyerang.
Kepada wanita-wanita diluar sana, anda seharusnya selalu berwaspada dengan persekitaran di luar sana. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku kepada kita di luar sana. Zaman sekarang sudah ramai yang telalu mengukut nafsu tanpa memikirkan kesannya. Jenayah sudah pasti berada di mana-mana. Sentiasalah berhati-hati jika berjalan sendirian.
Sumber: Sehinggitmedia.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan