ads1

Jumaat, 12 Januari 2018

Wanita Ini Biarkan Anak Lelakinya Memilih Pakaiannya Setiap Hari, Ini Apa Yang Terjadi Selepas Tujuh Hari

Adalah normal apabila baju-baju yang dipakai oleh anak kecil ini dipilih oleh ibubapa mereka. Tapi kali ini caranya adalah sedikit berbeza apabila seorang ibu telah mengambil keputusan untuk membiarkan anak lelakinya memilih pakaian apa yang patut dipakai setiap hari selama seminggu. Hasilnya didapati agak menarik apabila baju yang dipilih anak lelakinya sangat cantik.
Walaupun mempunyai dua orang anak lelaki, namun Summer masih kelihatan cantik dan bergaya.
Suatu hari, Summer mendapat idea untuk membenarkan anak lelakinya, Rockwell yang berumur 3 tahun untuk memilih apa yang patut dipakainya selama seminggu. Selama seminggu itu, Rockwell telah menjadi penggaya peribadi kepada ibunya.

Rockwell dan adik lelakinya Phoenix.

Budak lelaki ini mengambil tugasan itu dengan serius, dan memilih baju apa yang dipakai oleh ibunya. Berikut adalah setengah dari pakaian yang dipilih oleh anaknya.
’Rockwell memilih skirt berwarna kelabu, baju Bob Dylan dan sarung kaki berwarna hitam. “Ini adalah pilihan yang baik” kata ibunya. “Ibu akan ulang pakai macam ini lagi.” Selepas itu, anak saya melihat kaki saya dan mencadangkan kasut yang harus dipakai. “Adakah awak rasa saya patut pakai kasut ini?” Saya bertanya kepada anak saya. “Ya” anak saya bercakap tanpa berfikir panjang. “dan hoody berwarna biru ini.”
Summer berasa gembira melihat cara anaknya memilih pakaian untuk dirinya. Dia akan mengambil apa sahaja pakaian yang dia nampak tetapi pada masa yang sama dia akan memikir betul-betul, dengan apa yang boleh disesuaikan. Sebagai contoh, anak saya kata “Jika ibu memakai baju yang bercorak bunga, maka stokin ibu mesti ada corak bunga.” Saya gembira melihat bagaimana otaknya berfungsi.
Pada awalnya saya agak risau untuk keluar dengan berpakaian seperti ini. Tapi apa yang memeranjatkan apabila saya mendapati orang memandang saya dalam cara yang pelik dari kagum. Di tempat menunggu bas, ada seorang perempuan yang datang ke saya dan berkata dia suka stokin saya.”
“Ianya merupakan hari yang saya paling suka. Pilihan baju itu adalah tribute kepada Mickey Mouse!” kata Summer.
“Tak semestinya perlu pakai kasut yang sepadan setiap hari”
Yang ini paling sukar. Rock mengambil keputusan untuk menggayakan saya dengan tiga jenis baju yang berbeza. Selepas itu, dia ingin memilih seluar apa yang patut dipakai.
Selepas itu, dia memilih dua belah kasut yang berbeza. Jujurnya, saya tak pasti sama ada dia sedar atau tidak yang kedua-dua belah kasut itu adalah berbeza.
Ianya mungkin agak kelakar, tetapi Summer mendapati kesemua pakaian yang dipilih oleh anaknya itu cantik tetapi memerlukan sedikit penambahan. Beliau berkata setiap kali anaknya memilih baju untuk dirinya, beliau berasa gembira ketika melihat di cermin.
Summer mencadangkan agar lebih banyak ibu di luar sana untuk membenarkan anak mereka menukar gaya pemakaian mereka.
“Saya rasa gembira yang saya mampu mengalakkan lebih ramai ibu untuk turut serta. Ianya menyeronokkan apabila kita boleh membawa keseronokan ke dalam kehidupan orang lain juga” kata Summer.
Akhirnya tidak semua orang kisah bagaimana gaya pemakaian kita. Kita sering memikirkan apa yang sesuai untuk dipakai setiap hari sedangkan kita perlu menjadi terlalu terikat. Limitasi yang wujud itu adalah bukan dibuat oleh orang. Tetapi diri kita yang tetapkan. Saya mengunakan kasut yang berbeza selama dua hari dan tiada siapa yang perasan sehingga saya beritahu.
Kadang-kadang anda patut hidup dengan mudah. Ianya bagus untuk anda dan anak anda. Tidak perlu mengambil sesuatu itu dengan serius. Ianya hanya sekadar pakaian sahaja.
Adakah anda berani membenarkan anak anda menggayakan anda? Sila kongsikan pandangan anda tentang gambar-gambar ini.
Sumber:Taiko Tai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan