ads1

Rabu, 28 Februari 2018

15 Potret Orang Tertidur Mati Ini Boleh Buat Anda Ketawa Sampai Nangis, No 9 Memang Tidur Gaya Tak Masuk Akal

TRIBUNTRAVEL.COM – Seperti yang kita tau tidur adalah bahagian terpenting dalam hidup untuk mengembalikan stamina.
Sayangnya banyak orang kadang kurang tidur kerana mengejar target atau tugas.
Kalau sudah begini, terkadang orang boleh tertidur di mana saja.
Misalnya ditempat kerja, acara seminar, bahkan di kendaraan umum.
Bahkan saking tak sadarnya posisi tidur mereka pun terlihat begitu lucu hingga ada yang mendokumentasikannya.
Tak percaya?
Berikut ini 15 potret posisi tidur di tempat umum paling gila yang dimuatnaik TribunTravel.com dari brightside.me.
1. Rak buku sebagai katil peribadi
 (brightside.me)
Semoga saat terbangun doi tak jadi bangan bulan-bulanan penjaga perpustakaan.
2. Bukti jika rakan kerjanya sangat melindungi privasi.
 (brightside.me)
Sampai dibikinkan “rumah” .
3. Mungkin ini adalah ketiduran paling membanggakan.
Anak(flickr.com)
Jelas saja, apalagi sampai didatangi bekas presiden Amerika Serikat, Barack Obama.
4. Lelah dengan semua pekerjaan?
 (brightside.me)
Me time banget.
5. Ketika lelah melanda, di mana saja juga oke dah.
 (brightside.me)
6. Posisi PW
 (brightside.me)
Sampai gak ingat kalau ada penumpang lain?
7. Yang penting yakin
 (brightside.me)
8. Bahkan saat di Academy Awards
 (brightside.me)
Pewe kan di mana pun itu?
9. Empuk bener
 (brightside.me)
Ngomong-ngomong itu istri, ibu, pacar, atau siapanya ya?
10. Bahkan di acara TV saja tak menutup kemungkinan.
 (brightside.me)
11. Yakin deh ini adalah posisi paling nyaman.
 (brightside.me)
Setuju enggak?
12. Mungkin dia lelah dikejar tugas.
 (brightside.me)
13. Ditutup rapat-rapat agar tak mendengar suara di sekitar.
 (brightside.me)
14. Selain tidur, dia juga pandai menyeimbangkan tubuh.
 (brightside.me)
15. Kalau ada lalat masuk enak nih.
 (brightside.me)
Bonus
 (wartakota)
(TribunTravel.com, Tertia Lusiana)

12 contoh kelakuan bapa semasa menjaga anak yang membuatkan para ibu was-was!


Dalam isu penjagaan anak, kita pasti dapat membezakan antara cara ibu menjaga anak dengan cara kaum bapa. Perbezaan dari segi layanan dan kebajikan anak-anak ini ternyata membuatkan semua ibu di dunia ini tidak percaya untuk meletakkan anak-anak di bawah jagaan suami sendiri.
Kadangkala bapa akan menjadi ‘kurang matang’ dalam menjaga anak-anak atau mungkin sikap gurauan bapa itu tidak boleh diterima oleh si ibu. Berbeza sungguh dengan kaum ibu yang akan melayan karenah anak-anak dengan penuh kesabaran dan kelembutan.
Lihat 12 contoh di bawah dan beritahu kami mengapa para ibu tidak mempercayai suami masing-masing?
#1 Anak dibiarkan tidur terdedah, dia pula sedap tidur sambil memakai kelambu
#2 Apabila bapa sedang tidur, pijak kepala anak pun dia tidak perasan
#3 Siapa yang jaga siapa ini?
#4 Minta tolong suami dodoikan anak tetapi dia pula yang dibuai mimpi
#5 Supaya si bapa boleh tidur dengan aman, dia mengikat kaki anaknya agar tidak terjatuh dari katil
#6 Anak tidak mahu makan? Gunakan cara ini…
#7 Apalah nasib punggungku dijadikan pelapik tetikus… Oh ayah
#8 Bapa dan anak kini bertukar menjadi raksasa bakul
#9 Ayah uji dahulu mainan kamu ini. Kalau selamat, baru kamu dapat main ya nak?
#10 Kegigihan seorang bapa demi memastikan puterinya dapat bermain buaian
#11 Sekejap ya sayang? Ayah nak tengok berita saham sekejap
#12 Lima minit lagi sayang. Ayah sedang berperang. Doakan ayah menang ya!
Kredit:Era Baru

Kalau Korang nak Tahu, Abah Aku tu Bodoh! Perangai Kalah Syaitan

Tak tahu nak mula dari mana sebab ia sudah berakhir. Tetapi aku rasa aku perlu kongsi sesuatu yang sehingga ke hari ini aku tak boleh hadam apa yang terjadi pada mak aku. Pada aku, mak masih muda, umur baru 43 tahun, ada 6 anak. Dia selalu meluah perasaan pada aku sebab aku anak yang dah mula mengerti apa kesedihan yang mama aku hadapi. Umur aku? baru 18 tahun. Orang lain bergelut soal pakwe makwe, kerja, study. Aku? Bergelut isu keluarga yang tak pernah sudah kerana jantan bernama ayah. Hati aku dah keras asyik dihidangkan drama realiti playboy tua tak sedar diri. Tambahan pula aku anak perempuan sulung.
Pengajaran pada perempuan yang mungkin mengeluh belum bertemu jodoh, bersabarlah. Jangan jadi terdesak sehingga kita tak tahu dengan siapa yang kita akan tinggal serumah, sebantal dan segalanya. Kedua, jangan jadi perempuan bangang dan percaya bulat-bulat pada lelaki yang sudah beristeri. Tambahan anak ramai pula kononnya dia tidak bahagia. Bullshit itu semua. Maaf jika sepanjang perkongsian yang panjang berjela ini akan membuatkan korang annoyed and bosan.
1. Mak, sekolah tak habis. Last Tingkatan 1. Erti kata lain, dia jenis yang memang tidak terbuka pergaulan. tak pandai cakap banyak-banyak. Apa yang ada, dia terima saja. Berkahwin pada usia yang muda dengan suami yang berasal dari kampung yang sama. Rumah mak dan abah dekat, sampai boleh nampak bumbung rumah. Abah aku askar, yang jenis masuk hutan jarang balik. Maklah yang menguruskan anak dari A-Z dengan apa saja yang ada. Adik-adik aku Alhamdulillah, sangat memahami dan berdikari.
2. Semua bermula 7 tahun lepas semasa kami tinggal di utara Malaysia. Kami semua dapat tahu abah kahwin lain di Siam dengan anak dara. Entah mana dia kena. Fuh, time itu aku rasa macam Wau! Adik bongsu, 1 tahun, makan nasi dengan telur setiap hari, duit sekolah pun dicatu.
“Kau boleh menikah lain? Duit elaun isteri yang tentera potong itu saja yang kau tinggalkan pada kami 7 beranak untuk hidup?”
Abah dah mula angkat tangan dan kaki pada mak masa ini.
3. Episod kejam berterusan bilamana betina itu asyik merengek nak perhatian. Biasalah, isteri muda. Bila abah keluar hutan, dia nak masa dengan abah. Huhu.. Dasar tua ganyut, lupa anak isteri yang ada di rumah. Aku rasa abah aku itu bodoh sampai level langit bila dia bawa perempuan itu datang rumah kami. Rumah kami kecil saja, rumah sewa. Malam itu, masa aku nak tidur di ruang tamu (kami memang tidur di ruang tamu saja), bentang toto, dan abah beritahu mak suruh dia tidur dengan anak-anak.
“Kau pergi tidur di luar dengan anak-anak. Madu kau nak tidur dalam bilik!”
Aku ingat sampai bila-bila kebodohan jantan itu. Mak aku tidur luar bilik, aku dengar dia menangis. Sampainya hati, Ya Allah. Oh ya, sepanjang 17 tahun kahwin, katil tak pernah ada, kelengkapan rumah seadanya saja. Oh jantan, aku benci dia!
4. Isteri baru ini ada kereta dan bekerja. Mak selalu kata,
“Dia nak tumpang senang dengan isteri itu kot, mak kan tak kerja”
Fuh, aku sedih gila time itu. Tempoh 2 tahun perkahwinan tersebut, kami selalu berhubung dan dikunjungi oleh madu dia. Madu itu pun dah ada rumah sewa berdekatan dengan rumah kami. Cuma mama tak tahu dan tak pernah dibawa ke sana. Aku tak diizin campur hal tersebut. Nak pergi sana naik apa? Yelah, kami cuma ada motosikal buruk, lesen pun tak ada. Naik moto angkut kami adik-beradik pergi balik sekolah sesi pagi dan sesi petang. Adik kecil aku selalu cakap yang madu itu selalu cakap anak-anak itu kotor dan pakai tak up to date. Sedihnya aku, pastinya mak hanya memendam rasa. Budak nak membesar dan baju pakai yg mana ada ja. itu pun sebab dia bukan peduli keperluan kami.
5. Suatu hari, entah ini satu sinaran baru atau ujian. Aku tengok abah balik tiap-tiap minggu pada dia, tak melekat dengan handphone seperti biasa, spent time dengan anak-anak. Seolah-olah abah dah tak ada bersama dengan perempuan itu. Mak cakap perempuan itu pun dah tak datang rumah dah. Baiknya mak aku, siap cuba telefon madu itu pun tak dapat dihubungi. Jadi mak assume madu dia sudah diceraikan. Aku buat hal aku, malas nak peduli. Janji aku jadi anak mak yang baik, tak susahkan dia.
6. Dalam masa terdekat itu, datang satu lori perabot ke rumah kami. Mak tak berani tanya dari mana datang perabot itu sebab mak dah diajar kaki dan tangan. Jadi sekali lagi, kami assume, perabot itu datang dari rumah bekas isteri kedua abah sebab ada bekas perabot yang digunakan. Meja makan, almari, katil, TV, kabinet dapur dan serba engkap semuanya. Aku nampak mak happy bila dia dapat semua itu. Suami yang selalu ada di depan mata dan kelengkapan rumah yang tak pernah ada. walaupun perabut itu milik bekas madu dia punya yang berkahwin tak sampai 2 tahun. Tapi mak, dah hampir 20 tahun kahwin baru nak merasa.
7. Ya, benar. Ini bukan pengakhiran indah apabila lelaki itu katanya berkursus di selatan selama sebulan. Balik dari situ, mak cakap dia dapat rasa yang abah mula buat perangai lama. Entah kali ini kahwin atau tidak. Tapi mak aku dijauhi dan diboikot. Perkara ini berlarutan sehingga mak dan abah tak bercakap selama 5 bulan. Dia hanya bercakap dengan adik-adik aku yang bongsu. Kami 4 beradik ke atas diabaikan sepenuhnya.
Abah balik pada perangai lamanya, melekat pada handphone. Di depan mata aku, mak tanya abah nak makan ke tak. Tapi abah diam saja. Mak sendukkan nasi dan letak di depan baah di depan TV. Kalau dia makan, dia akan makanlah. kalau dia tak nak makan, nasi itu akan dibiar sepi. Mak akan angkat nasi itu dan disimpan di dapur. Meluat aku tengok keadaan itu. Tapi aku takleh nak marah mak sebab dia memang macam itu.
Mungkin aku panggil ini sinaran even ia adalah dugaan. Suatu malam, aku tengah baring di dalam bilik, aku terdengar abah mengamuk. Aku keluar dan lihat, abah sedang cekik mak. Adik bongsu aku menangis. Abah tak berhenti dan masih jelas ayat yang aku anggap pengakhiran semua derita kami selama ini.
“Malam ini aku ceraikan kau!”
Rumah sepi. Cengkaman tangan dilepaskan dan mak terbatuk-batuk, mungkin sakit dicekik. Abah keluar dari rumah, mak bangun dan suruh kami semua tidur. Ayat tenang, tapi muka mak takkan aku lupa. Kami menurut dan masuk ke bilik. Urusan penceraian sedang berjalan. Mak naik teksi saja pergi ke pejabat agama untuk buat aduan penceraian. Aku rasa kosong, kami keluar dari rumah yang banyak membawa duka ini. Mulakan hidup di kampung mak sejak awal tahun ni. Aku nak bergerak pun rasa tak boleh. Nak sambung belajar, kasihan dengan mak. Akhirnya aku kerja di sebuah CC untuk aku mencari wang untuk adik-adik sekolah. Mak jual nasi lemak. Dari aku kerja di sini, aku jumpa group Kisah Rumah Tangga. Aku rasa aku muda untuk harungi semua ini. Tapi aku tahu, mak aku lagi sedih. Matilah lelaki dalam hidup aku, selain adik beradik aku. – KRT via Kisah Malaya

JANGAN HALANG SUAMI KAHWIN LAGI. CORETAN MENGEJUTKAN ISTERI NI BUAT RAMAI WANITA SETUJU

Bila dengar suami nak kahwin lagi je, mesti ramaiisteri jadi berang. Tapi lepas baca coretan seorang isterini, tak sangka ramai yg setuju. Ada logiknya. Tak caya jom baca. Kongsikan jika bermanfaat. ðŸ¤¢ðŸ¤¢
Jangan Halang Suami Kahwin Lagi. Coretan MENGEJUTKAN Isteri Ni Buat Ramai Wanita SETUJU | Khalifah Mail Online – Bila dengar suami nak kahwin lagi je, mesti ramai isteri jadi berang. Tapi lepas baca coretan seorang isteri ni, tak sagka ramai yang setuju. Ada logiknya. Tak caya jom baca. Kongsikan jika bermanfaat.
PENING KEPALA SIMPAN SUAMI “TAK ELOK”
Bagi sy senang.. Pergilah nak nikah pun. Xmau rebut klu dh xelok..kan kan. Buat apa simpan. Stress. Lelaki ni makin tua nmpk je handsome sbb mrk tak beranak. Isteri jaga mkn pakai masalah dia pun kita selesaikan.
Ada nmpk lelaki /suami lps pejabat pakai lawa2. .wangi..romantic lps kawin…?
Klu isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang mkn…xterurus lah anak org tu. Itu belum lg lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin…
JANGAN LUPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA MADU BARU
Relaks…salam tgn bakal madu tu…ucap terima kasih. Nak sgt ‘jaga’ suami kita. Perempuan ni klu ada suami org suka kat dia, mrk tiba2 akan rasa spt wirawati! Lelaki dh masuk umur 40an..xde masa dah nak layan tgk wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik?….mimpi lah.

Gambar Hiasan
Lelaki sll kata mrk lebih cerdik dr wanita. Siap dgn bukti dr Al Quran. Tp kita tgk byk juga bukti di akhir hidup wanita yg lebih bahagia.
Apa yg di tulis dlm Al Quran tu sbgi panduan. Berkahwin lebih dr satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan.
Cuba baca byk kisah2 dlm syurga. SubhanAllah cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Klu pembantu bidadari dah cantik apa lg isteri kita yg jadi PENGHULU BIDADARI. sabar saudara..dunia ni sekejap je. Tak pyh tggu kiamat utk ke syurga. Buat baik dan sabar je. Dunia kita tenang, mati kita selesa..kiamat kita berjaya.
TAKYAH TAKUT HARTA SUAMI JATUH KAT ORANG LAIN
Takut harta jatuh ke tgn wanita lain?…In shaa Allah xkemana. Yg baik tentu jd hak isteri jua. Hukum faraid ada…Allah tau semua. Anak2 dan diri sendiri lebih berharga. Bygkan suami / bekas suami terpaksa beli kasih syg anak2 dgn wang. Penat….penat.
Sllnya org yg byk kawin ni …xde harta..hutang adalah. Kerja spi tua.
Klu suami nak kawin lg, bagi suami tu jadual. Seminggu je dlm sbln mai dtg rmh. Dlm 3 mggu tu kita relaks..pergi spa, pergi masjid, riadah dgn anak2. Buat perkara yg lama kita teringin buat. Biar bini baru tu uruskan semua hal mkn minum pakaian sakit pening dia. Itu yg dia nak..kannn. ingat bhw syurga sgt mudah bagi kita wanita.
..Solat pun kelam kabut..5 waktu pun mcm nak perang klu buat…quran sethn sekali buka…itupun baca dlm hati…puasa harap bln Ramadhan je ..itupun byk tidur dr bantu isteri…Ini ada lagi nak tanggung beban. Konon.
NIKMAT SUAMI KAHWIN LAIN
Kdg2 wanita tak nmpk nikmat sebenar bila suami kawin lain. Allah nak bagi CUTI! Cukup bulan kita terima nafkah je. Allah akan cukupkan sbb kita dah bagi laluan mudah pd org lain.

Gambar Hiasan
Suami mana tak syg isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri tetap isteri. Tanpa isteri mana mrk dpt title ‘ayah’. Lebih2 lg anak dh besar.
Hidup mesti ada penghujung. Susah lah nak tgk org nikah lebih dr satu ni bahagia. ..pening serba tak kena adalah. Siang malam pegang calcalator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke bini baru tgk husband pegang hp WA anak2 dan isteri pertama? Stress…..
Jgn fikir nafsu..fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap nya 10 minit je…faham kannnn.
Sy suka Tun Mahathir dlm buku nya. ..Org yg kawin lebih dr satu ni mengambil hak org lain yg sepatutnya kawin. Org bijak ckp tu. Bijak dlm segala segi. Bukan Tun jahil agama. Sbb dia arif maka dia tak mau susah..tak mau luka kan hati isteri dan anak.
Yg ckp pun ustaz..lelaki tetap lelaki. .bak kata guru agama sy di Bahrain ni. Dlm agama ni byk lg hal yg jauh lebih penting. Sy belajar fiqh bab zakah and inheritance dh 2 bln tak habis2…sy belajar tajweed dah 2 thn masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik. Belajar bahasa arab? Penuh dinding dgn nota. ..see a lot of things more important.
(Alhamdulilillah suami sll beri semangat belajar. Siap buat jadual utk sy dan sanggup keluar waktu pejabat dgn izin bos sbb nak hntr sy dan jemput sy. Bukan sy xleh drive di negara arab ni tp dia kata nak tumpang pahala…)
PENGAJARANNYA ADALAH…..
Byk perkara yg lebih berfaedah nak buat di hujung usia. Org dok sibuk kumpul harta akhirat. ..awk dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dgn suppliments .
Klu isteri tak cantik..bawa ke spa..
Klu isteri tak wangi mandikan air bunya. Klu isteri tak pandai hntr kursus. Klu isteri dh tua cermin lah diri dr atas ke bawah..depan dan blkng. Perut isteri gelebeh sbb dah brp nyawa hidup dlm nya. Dh brp tahun suami guna? Perut suami pula buncit sbb isteri bagi mkn 4 kali sehari…
Bagi isteri tua..jgn jelous lah klu wanita cantik peluk suami kita yg dh tua…kita tau kan…kann…shhhh.
Tgk wanita muda mmg cantik dgn warna warni dan senyuman. Wajah wanita berusia nmpk sejuk dgn rona2 kehidupan dan pengalaman.
Klu betul wanita tu cantik dan bijak xlah sangkut pd yg tua.
Lelaki / suami jgnlah dek krn nafsu kamu maka kamu campak kan wanita / isteri dlm kepayahan dan kesusahan. Tau tak brp byk wanita yg jumpa kaunseling, doktor, bomoh utk rebut lelaki tak guna (bak kata spt lagu Yuna). Bila wanita / isteri silap maka dosa nya kamu juga tanggung.
Nauzubilllahiminzalik
Alhamdulilillah suami sy sgt brtgghwb. Out of 10 dpt 6 dlm list kehidupan dah cukup baik. Tentu iblis sll duduk atas bumbung rumah tp sy kalah kan dgn Istigfar. Klu dia silap sy anggap dia sdg di uji dan di ganggu syaitan. Klu hati marah sy pandang kelengkapan dlm rmh…baju sy, makan minum sy, duit belanja sy. Mana boleh lengkap! Sultan pun tak pernah cukup!
Tp sy syg Rasullullah lebih dr suami.
Krn suami, anak, harta, pangkat semua SEMENTARA. Mrk tak boleh bantu sy dlm kubur dan hari akhirat. Nak capai nikmat byk2 sabar. Tp klu lah dh spi giliran sy..sy akan anggap Allah nak gantikan yg jauh lebih baik iaitu MASA. KREDIT KRT.

Video: Ibu Muda Tolak Anak Dalam Terusan . Tergamak Ibu Ini Sanggup Bertindak Seperti Binatang!

SEORANG ibu muda di Thailand berdepan dakwaan membunuh selepas sengaja menolak anaknya ke dalam terusan di daerah Bang Bua Thong.
Wanita berusia 21 tahun yang dirahsiakan identitinya itu telah ditahan Isnin lalu selepas mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung di Terusan Khlong Ton Noon.
Polis Daerah Bang Bua Thong berkata, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan tersebut selama tiga jam.
“Hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CTTV) di kawasan itu mendapati, suspek yang berbaju oren dilihat menyeberangi jambatan sambil memimpin tangan anaknya.
“Manakala dalam satu  lagi rakaman CCTV menunjukkan dia pulang secara berseorangan sejam kemudian,” kata polis yang dipetik portal Bangkok Post.
Tambah polis, wanita berkenaan ditahan ketika sedang menunggu bas di Bang Bua Thong kerana mahu melarikan diri.
Ketika ditahan, wanita itu telah menyalin pakaian asalnya dan turut membawa sebuah beg yang dipenuhi pelbagai barangan.
Siasatan awal mendapati, wanita itu mengaku membunuh anaknya kerana tekanan selepas berpisah dengan suami.
Suspek yang juga merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat memberitahu anaknya sebelum ini dijaga oleh ibunya dengan diberikan segala pembelanjaan kewangan.
Namun pernah beberapa kali, ibunya akan membawa cucunya itu ke tempat kerja wanita terbabit sekiranya mereka mengalami pertengkaran. 
Kredit: MYNEWSHUB.CC

Selasa, 27 Februari 2018

Bosan Dengan Lelaki, Wanita Mexico Kahwini Pokok


DEMI menyelamatkan alam semula jadi, sekumpulan wanita di Mexico dilaporkan sanggup mengahwini pokok!

Lapor Metro.uk, lebih daripada 30 aktivis wanita memeterai perjanjian sehidup-semati dengan pokok-pokok berkenaan di dalam upacara perkahwinan yang diadakan di San Jacinto, Amilpas, wilayah Oaxaca, Ahad lalu.
Upacara perkahwinan yang mengikut tradisi mazhab Katolik tersebut dikatakan sebagai simbolik memupuk kesedaran khalayak ke atas isu pembalakan haram yang semakin membimbangkan di wilayah tersebut.
Difahamkan, Oaxaca merupakan salah satu dari lima negeri yang berhadapan dengan masalah pembalakan yang teruk dan ia dikawal oleh golongan penjenayah.
Justeru itu, upacara perkahwinan dengan pokok ini diadakan bagi membolehkan masyarakat sedar akan kepentingan memelihara sumber alam jadi.
Dalam upacara perkahwinan itu juga, kesemua wanita terbabit turut diminta menanam 16 jenis anak pokok lain.
Menurut ketua kumpulan aktivis, Richard Torres, beliau mengatakan perlindungan alam sekitar sepatutnya menjadi salah satu komitmen utama kerajaan kerana mereka dipilih oleh rakyat. 
Sumber:MYNEWSHUB.CC


Biara Thamkrabok: pusat rawatan pemulihan dadah yang hardcore


Apabila kabus pagi beransur hilang dari Biara Thamkrabok, tebing-tebing granit tinggi yang melitupi patung Buddha gergasi akan mula kelihatan. Menjelang tengah hari, anda boleh menemui sekumpulan warga asing yang duduk di atas serambi kayu yang menghadap kolam sambil berbual dengan para sami mengenai takdir, kepercayaan dan karma.
thamkrabok pusat rawatan pemulihan dadah percuma thailand
Anda mungkin menyangka biara ini merupakan suatu tempat untuk mencari ketenangan rohani. Namun, pada hakikatnya, tiada seorang pun pelawat yang berkunjung ke biara ini sebagai pelancong. Hampir kesemua orang yang datang ke Thamkrabok sedang bergelut dengan ketagihan dan mencari rawatan di klinik detoks di situ.
Terletak sejauh lebih kurang dua jam perjalanan arah utara dari Bangkok, anda mungkin tidak akan menjumpai tempat yang tersembunyi ini jika anda tidak tahu kewujudannya. Namun, bagi warga Thai dan segelintir orang asing dari Barat yang ingin mengatasi masalah ketagihan, Thamkrabok bukanlah satu nama asing bagi mereka. Biara ini sudah mula ditubuhkan sejak tahun 1957 lagi dan terkenal dengan rawatan detoks cold-turkey dengan resipi rahsia minuman teh herba yang boleh menyebabkan pesakit muntah.
thamkrabok pusat rawatan pemulihan dadah percuma thailand selepas minum teh herba akan muntah
Kompleks biara yang merangkumi sebuah kantin dan asrama yang berasingan untuk lelaki dan wanita ini menerima pesakit yang kebanyakannya terdiri daripada warga Thai terutamanya yang mengalami masalah ketagihan opioid, syabu dan ketagihan alkohol. Setiap rawatan diberikan secara percuma namun pesakit harus bersetuju untuk menghabiskan masa sekurang-kurangnya 14 hari di sana (7 hari untuk warga asing). Selain itu, pesakit perlu meminum teh yang dibancuh pada setiap petang selama lima hari berturut-turut dan berjanji tidak meninggalkan kawasan biara tanpa kebenaran atau tanpa sami pengiring.
Pada bulan Januari 2016, Jeremy Nemeh, 38, seorang artis dan pakar akupunktur yang berasal dari Australia telah dipaksa mendaftarkan diri sebagai pesakit di biara ini. Ketika itu, ibunya membuat rancangan supaya mereka berdua dapat berjalan-jalan melihat tokong di sekitar Thailand kerana ibunya tahu Jeremy amat sukakan kawasan suci dan meditasi. Namun, ibunya terus membawa Jeremy ke Thamkrabok sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan nyawa anak kesayangannya itu. Kini, Jeremy sendiri telah menjadi seorang sami di biara itu sambil membantu orang lain yang memerlukan rawatan.
Nemeh mula terjebak dengan heroin setelah didiagnos dengan penyakit yang memerlukannya untuk bergantung dengan ubat tahan sakit. Hari demi hari, sudah banyak ubat tahan sakit diambil namun lama-kelamaan ia tidak lagi berkesan. Mula berjinak-jinak dengan pil opioid untuk menghilangkan sakit, Nemeh kemudian belajar mengenali morfin dan akhirnya terjebak dengan heroin.
jeremy nemeh bersama pesakit dari luar negara berbincang mengenai keyakinan diri dan kawalan sacaat rawatan pemulihan dadah
Sama seperti Nemeh, terdapat dua orang lagi pesakit dari Kanada yang juga ketagihan opiat selepas mendapati ubat tahan sakit tidak lagi berfungsi untuk menghilangkan kesakitan. Salah seorangnya adalah Alexandra Sheichuk yang berusia 22 tahun dari Calgary, Alberta. Sheichuk juga dibawa ke Thamkrabok oleh ibunya yang mengetahui kewujudan biara ini melalui rakan-rakan.
Sheichuk telah bergelut dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 12 tahun lagi namun isu menjadi semakin rumit 2 tahun kemudian apabila diberi ubat Tylenol 3 yang mengandungi kodeina untuk merawat sakit belakang yang dialami akibat tarian balet. Ironinya, Sheichuk sudahpun berada dalam rawatan pemulihan ketika itu. Akhirnya, dia mula mengambil pil yang disangka OxyContin namun sebenarnya merupakan fentanil, iaitu sejenis opiat yang lebih kuat daripada heroin.
Sheichuk menyukai rawatan di Thamkrabok kerana mereka tidak menggunakan sebarang ubatan mengandungi dadah yang merupakan punca utama masalah ketagihannya. Di Thamkrabok, semua pesakit menjalani rawatan detoks fizikal sambil diajar tentang disiplin dan kebergantungan diri melalui sumpah kudus yang dipanggil sajja.
thamkrabok pusat rawatan pemulihan dadah percuma thailand bancuh teh herba
Sajja merupakan sebarang bentuk ikrar atau janji baik yang dibuat kepada diri sendiri misalnya berjanji tidak akan menunjukkan kemarahan selama dua jam setiap hari, sentiasa memuliakan ibu bapa atau menahan diri daripada penggunaan dadah. Apa yang paling penting adalah setiap kali janji ditepati, perasaan kesempurnaan dan kawalan diri akan meningkat, menjadikan seseorang berasa lebih berkuasa untuk mengawal diri sendiri.
Menurut salah seorang ketua sami di biara tersebut, Vijit Akarajitto, sajja akan membina kekuatan mental untuk memberikan para pesakit keyakinan dan kawalan diri daripada terjebak kembali dengan najis dadah atau alkohol. Namun, tiada jaminan tentang kadar kejayaan rawatan di situ kerana semuanya bergantung atas diri sendiri. Para pesakit yang telah meninggalkan biara pula tidak pernah datang buat kali kedua untuk rawatan susulan atau seumpamanya.
thamkrabok pusat rawatan pemulihan dadah percuma thailand selepas minum teh herba akan muntah cold turkey merokok pun dilarang
Pernah dikhabarkan terdapat seorang pesakit pernah membuat cubaan melarikan diri dari biara. Apabila cubaan kali keduanya tidak berjaya, para sami yang menangkapnya telah memukul dan memasang rantai bola besi di pergelangan kakinya. 
Walaupun tiada statistik tepat tentang keberkesanan rawatan di biara ini, satu kajian pernah dijalankan dengan mengikuti 65 orang pesakit di Thamkrabok. 90% daripadanya telah berjaya menamatkan program dan 60% pesakit telah pulih sepenuhnya daripada ketagihan walaupun selepas setahun.
Menurut Nemeh, dia tidak lagi mahu mendapatkan sebarang rawatan perubatan di Australia. Ini disebabkan rawatan biasa akan menyebabkan rantaian dadah yang berterusan. Selepas satu dadah tidak berkesan, mereka akan mencuba pula dadah yang lain.
thamkrabok pusat rawatan pemulihan dadah percuma thailand selepas minum teh herba akan muntah cold turkey
Di Thamkrabok, Nemeh tahu dia akan menghabiskan masa yang panjang di sana dan masa panjang itulah yang akan menyembuhkan dirinya. Ditambah pula dengan kehadiran pesakit-pesakit lain yang menghadapi situasi yang sama, maka keadaan tidaklah seteruk yang disangka.
Sheichuk juga terinspirasi daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di Thamkrabok. Merekalah yang banyak memberi tunjuk ajar dan Sheichuk hanya perlu lakukan apa yang mereka telah buat.
Pokok pangkalnya, rawatan ketagihan ini sebenarnya perlu datang dari hati dan atas kerelaan si penagih itu sendiri. Jika dipaksa minum teh herba, diberi ubat itu dan ini atau dibaca segala macam jampi, namun si penagih tidak kuat semangat, bila-bila masa sahaja mereka akan kembali terjebak dengan dadah.
Sumber:iluminasi.com