ads1

Isnin, 26 Februari 2018

‘Bangkai ikan paus’ dengan sisa plastik kelihatan terkeluar daripada mulutnya menggemparkan Manila Bay!


Kadang-kadang, kempen di iklan media massa dan papan iklan tidak cukup untuk menyedarkan orang ramai. Oleh itu, Greenpeace Phillippines datang dengan idea yang kreatif, membuat replika yang unik untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula sisa sampah.
Greenpeace Phillippines mencipta paus bersaiz sebenar dengan sisa plastik meluap keluar daripada mulutnya.
Baru-baru ini, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan mencipta paus daripada plastik dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai salah satu masalah yang paling serius di dunia: pencemaran plastik.
Replika ikan paus sepanjang 15 meter ini telah dicipta oleh pertubuhan amal untuk kempen itu dan ia dibuat sepenuhnya daripada sisa plastik.
Replika ikan paus itu juga digambarkan dalam keadaan menyedihkan di mana ‘haiwan’ itu ditemui berhampiran tepi pantai di Manila Bay dengan sisa plastik meluap daripada mulutnya, yang menandakan bagaimana makhluk laut menderita akibat sisa plastik yang terapung di perairan laut sejak sedekad yang lalu.
Kempen ini ditubuhkan untuk memberi gambaran kepada orang ramai bagaimana sampah plastik memberi kesan kepada muka Bumi kita dan mengapa kita semua perlu mengitar semula sampah yang boleh dikitar semula. Kita boleh menggunakan bekas biodegradable sebagai alternatif seperti rami dan kaca.
Biboy Royong, pengarah kreatif projek ‘Paus Mati’ berkata bahawa inspirasi untuk kempen itu datang daripada ikan paus sepanjang 38 meter yang telah mati akibat makan sisa plastik, jaring ikan, cangkuk, tali, dan dawai keluli.
“Kami mereka bentuk replika ini berdasarkan bentuk, warna, tekstur, dan saiz ikan paus sebenar”
“Kami juga memilih untuk menunjukkan ikan paus itu kelihatan seperti sudah reput sehingga kami terpaksa membentuk tekstur pada kulit menggunakan sampah plastik yang kami kumpulkan. Kami ingin mengejutkan masyarakat di kawasan itu. Kami berusaha untuk membuat replika itu kelihatan seperti realistik. “
“Kami berharap usaha kami ini dapat menyedarkan masyarakat supaya berhenti menggunakan plastik.”
Apabila replika itu pertama kali diletakkan di pantai, ramai orang berpendapat bahawa ia adalah ikan paus yang sebenar dan menjadi tular di internet selepas ramai orang berkongsi gambarnya.
Rupa-rupanya, kempen Greenpeace Phillippines berjaya menyentuh hati orang ramai kerana mereka tidak melakukan pengiklanan kempen di media sosial. Mereka hanya bergantung kepada orang ramai untuk menyebarkan gambar itu dan secara tidak langsung kempen itu tersebar luas.
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Greenpeace Phillippines atas kerja keras dan idea kreatif mereka dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya pencemaran plastik. Ia memberi impak besar kepada orang ramai kerana mereka dapat melihat akibatnya jika kita terus mengambil mudah perkara ini.
Sumber: goodtimes
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan