ads1

Sabtu, 31 Mac 2018

15 Foto Ini Membuatkan Sesiapapun Mengeletar Ketakutan Sehinggakan Merasakan Nyawa Dihujung Tanduk!

Apabila bercakap tentang hal mengerikan atau sesuatu yang membuatkan anda seram, kebanyakan orang akan terus mengaitkannya dengan hantu.
Malah, ia bukan hanya mengenai hantu atau penampakan yang tidak jelas!
Ini boleh menjadi perkara yang kita alami atau sering ditemui.
Contohnya, terjumpa eskalator yang berlubang, terlihat ular di dalam kereta, atau duduk di tebing yang curam dan tinggi, jika tidak berhati-hati, boleh berdepan dengan maut!
Bukan sahaja membuat kita seolah-olah ingin meraung, namun berjaya membuat kita takut dan berkemungkinan mengambil langkah seribu!
Berikut adalah kejadian yang berlaku dengan deretan gambar yang dipetik daripada sumber di halaman BrightSide di bawah.
Sesetengah gambar mungkin akan menakutkan anda sehingga ke tahap yang anda rasa hidup anda berada di penghujung!
1. Sistem keselamatan kereta paling selamat dan paling moden.
Tiada siapa yang akan berani untuk membantu kereta anda, sehingga anda sendiri tidak akan berani masuk.
2. Pada pandangan pertama, kucing ini sedang duduk di atas tongkat, tetapi cuba untuk periksa sekali lagi.
Kayu kayu terperangkap dalam badan kucing.
3. Ramai pemandu pemula mengalami peristiwa buruk di jambatan ini.
Ia memerlukan kemahiran tahap dewa jika anda ingin keluar dari jambatan ini.
4. Amaran keras, foto ini akan membuatkan tangan anda berpeluh.
Geez, jangan cuba aksi ini. Gegar lutut dibuatnya.
5. Awasi langkah anda.
Jangan terjebak dalam lubang eskalator ini.
6. Kadang-kadang berus gigi tidak terlalu penting.
Terutama jika terdapat haiwan ini dalam berus gigi anda.
7. Peraturan utama: jangan melihat ke bawah.
Melulu? Bersiaplah untuk menangis sepanjang hari dengan kaki gementar!
8. Aduhai, siapakah juga ingin menggunakan tandas jika ternyata ada katak beracun di dalam lubang tandas.
9. Semasa mengubahsuai rumah, semua orang keluar untuk ‘berpindah’.
Termasuk labah-labah gergasi ini.
10. Waaww, lilin kucing yang comel …
lain jadikan apabila lilin ini terbakar sepenuhnya?
11. Sebaik sahaja pintu lif dibuka dan anda melihat pemandangan ini.
Lebih baik turun tangga.
12. Tempat meletak kereta ini seperti di dalam filem seram.
Diharapkan selamat.
13. Apabila cahaya dan imaginasi membentuk bayangan seperti ini.
Ubahsuai atau biarkan saja?
14. Foto kanak-kanak di hadapan akuarium kaca zoo lebih seperti adegan dalam filem seram.
15. Kerja pembaikan Diabaikan.
Jika kulit sahaja sebesar ini, bagaimana pula ularnya.
Kredit:viralkan.win

12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.

Ilmu membaca kepribadian seseorang adalah seni. Walaupun tidak terbukti secara seratus persen namun, bisa menjadi patokan awal dalam menilai seseorang.
Bentuk tubuh yang diberikan Tuhan kepada manusia, termasuk bibir tidaklah tanpa makna dan arti. Bentuk bibir seorang wanita boleh menggambarkan tentang kemampuan komunikasi dan menjaga hubungan dengan orang lain; baik dalam hubungan perniagaan, sosial, ataupun dalam hubungan asmara.
Bibir juga dapat menandakan tanda kesihatan yang dialami oleh seseorang. Contohnya, gangguan saluran pencernaan dapat menyebabkan bibir membengkak. Demikian pula dengan orang yang susah buang air besar atau sembelit, bibir bawahnya akan kelihatan membengkak.
Berikut cara mudah mengetahui kepribadian seorang wanita menurut 12 bentuk bibir.
1. Bibir Tipis Di Atas dan Di Bawah
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Bibir tipis di atas dan di bawah menyatakan individu yang rasional dan tegas, menyukai kehidupan yang rutin, dan efisien dalam pekerjaannya.
Meski agak pemalu…
…. tapi dia seorang pekerja keras yang tak kenal batas waktu (workholic).
Bibir yang tipis ini menunjukkan karakter yang tidak emosional.
2. Bibir Tebal, Ukuran Sama
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Bibir yang tebal dengan ukuran yang sama menunjukkan seorang perempuan yang memiliki keseimbangan emosional.
Mereka ialah wanita yang dapat memberi dan menerima secara seimbang, emisional dan sensual.Selain itu…mereka dapat mengekspresikan pendapatnya secara terbuka, tiba-tiba, dan penuh kejutan.
Ia memiliki selera humor yang tinggi dan senang ketawa. Bercakap secara lepas dan berterus terang pada topik tanpa berbelit-belit, spesifik, langsung, dan tepat pada sasaran.

3. Bibir Bawah Lebih Tebal
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Bibir bawah yang lebih tebal memberikan kesan sedang mencibir, tetapi sesungguhnya ia bererti pemiliknya adalah orang yang sensual.
Perempuan dengan bibir bawah yang tebal menunjukkan ketidakmampuan dalam melakukan hubungan timbal balik. Dia hampir-hampir tidak pernah memberi respon atau umpan balik yang seimbang pada setiap kesempatan untuk menjaga kelancaran komunikasi.
4. Bibir Atas Lebih Tebal
Bibir atas yang lebih tebal menyatakan perempuan yang senang memberi dan memperhatikan orang lain.
Perempuan ini memiliki kemampuan komunikasi yang baik. Bila kemampuannya ini ditingkatkan, mereka boleh menjadi pemidator yang hebat.
Seorang negotiator memerlukan kemampuan ini.

5. Bibir Bulat, Penuh
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Perempuan dengan bibir yang penuh, bulat dan sama besar; baik bahagian atas maupun bibir bahagian bawah menandakan perempuan yang penuh dengan perhatian, sensitif dan komunikatif.
Secara sosial dia mudah bergaul, banyak orang yang mengikuti petunjuknya kerana disampaikan dengan bahasa yang mudah dipahami.
6. Bibir Besar
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Wanita dengan bibir besar yang melewati batas normal menunjukkan wanita ini mempunyai selera tinggi (mahal dan mewah).
Meskipun demikian,…
…. sisi positif wanita dengan bibir seperti ini adalah sifatnya yang murah hati dan ekspresif.
Dalam komuniti, dia termasuk orang yang vokal, terutama jika mendapat tekanan.
7. Bibir Tidak Terlalu Tebal dan Terlalu Tipis
Wanita dengan bibir yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu tipis memberikan indikasi kepribadian yang penuh dengan kesetiaan dan loyal tinggi.
8. Bibir Kecil Terkatup
12 Jenis Bentuk bibir boleh menggambarkan kepribadian seseorang.
Bibir kecil yang terkatup rapat menandakan perempuan yang egois dan tidak ramah.
Bila wanita, ia mempunyai sifat yang suka “judges” atau percakapannya selalu menyakiti hati orang lain.
Bila bibir jenis ini disertai dengan bentuk bibir yang melengkung ke bawah, maka ia menandakan ketidakbahagiaan dan ketidakpuasan dalam banyak persoalan.
Wajah orang dengan bibir ini selalu kelihatan murung.
Bibir melengkup ke bawah juga menandakan orang yang keras kepala dan selalu menuntut.
9. Bibir Lurus
Perempuan dengan jenis bibir yang lurus menandakan seorang yang dapat mengawal diri dengan baik.
10. Bibir Atas Lebih Menonjol
Perempuan dengan bibir atas yang lebih menonjol keluar dibandingkan dengan bibir bawah menandakan perempuan yang selalu mencari-cari masalah atau mencari-cari kesalahan orang lain.
11. Bibir Bawah Lebih Menonjol
Perempuan dengan bibir bawah yang lebih menonjol dibandingkan dengan bibir atas menandakan perempuan yang kata-katanya tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Perkataannya harus dicerna dan dipahami menurut konteksnya.
12. Bibir mulus
Perempuan yang memiliki bibir atas dan bibir bawah yang mulus menandakan perempuan yang memiliki kepribadian mampu memberikan penilaian yang bagus kepada orang lain.
Kata-kata yang keluar dari mulut perempuan yang memiliki kepribadian seperti ini, umumnya sopan dan terkawal.

Ini adalah menurut kajian saintis dan pakar motivasi , keadaan dan sifat sebenar pemilik bibir mungkin berubah mengikut situasi kehidupan masing2.
Kredit:buletinmedia.com

Cerai Isteri Sebab Dah Gemuk. Lepas Dia Kahwin Baru Tiba2 Menyesal Bila Tau Ex Isterinya Ada..

Cerai Isteri Sebab Dah Gemuk. Lepas Dia Kahwin Baru Tiba2 Menyesal Bila Tau Ex Isterinya Ada..
Seperti diceritakan oleh seorang lelaki. Lepas ngorat di FB, dia akhirnya dapat kahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi sebab dia tiba-tiba jadi berisi, lelaki tu layan sambil lewa isterinya, nafkah zahir batin buat tak tahu je. Akhirnya bercerai. Tapi lepas bercerai, isterinya terus kahwin baru dan lelaki tu menyesal bila tau…..

KAHWIN SELEPAS NGORAT ISTERI DI FB

Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Saya add dia di facebook. Dari facebook saya tengok dia memang ramai peminat.
Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik etc. tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.

TAK BAGI NAFKAH

Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja di mana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. dia tak pernah meminta dari saya. dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.
Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat bodoh saja dengan cerita dia. bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya sembhanyang berjemaah tapi saya suruh dia sembahyang dulu.

TAK SELERA BUAT HUBUNGAN INTIM

Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat dan jadi gemuk. apabila isteri mahukan seks di malam hari dan cuba memeluk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyentuh dirinya. lama-kelamaan isteri minta saya berterus terang.
Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam ex girlfriend saya dulu. isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.

ISTERI USAHA UNTUK KURUS

Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit snediri. isteri hanya diam dan tidak membantah.
Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gugur. saya terlalu kecewa dan saya salahkan dirinya. sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.
Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. saya juga suka buka facebook dan instagram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik. apabila isteri sudah tidur saya akan membuka laman web luc#ah. isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah.
Saya langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia gugur kerana saya merasa geli dengan dirinya. dia cuba untuk memeluk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. sejak itu hubungan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah.

ISTERI MULA BERUBAH

Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. kalau saya tak call dia pun tak call saya. malam-malam kalau saya tak peluk dia, dia juga tak peluk saya. saya nampak dia sibuk melayan whatsapp tapi saya buat bodoh kerana ego dan saya pun layan telefon.
Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. mereka sudah banyak kali keluar bersama. saya confront isteri saya dan dia mengaku. dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.
Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.

PELUANG KEDUA TAPI AKHIRNYA BERCERAI

Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia sembahyang jemaah, puji dirinya macam-macam. namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi.
Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjany.a. akhirnya dengan berat hati saya menceraikan dirinya dengan talak satu. sepanjang iddah saya seperti gila talak, kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu-rayu.

EX-ISTERI BAHAGIA LEPAS KAHWIN BARU

Mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu. sedangkan saya masih seorang diri.
Pengajarannya, janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya. hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami. jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila-bila. kita tak tahu jodoh macam mana.
Ingat lelaki je ke boleh cari lain. perempuan pun boleh cari lain jugak.
Sumber :khalifahmailonline
Kredit : sempoiviral

Jumaat, 23 Mac 2018

50 Juta Data Pengguna Facebook Bocor, Mark Zuckerberg Tampil Minta Maaf


23 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, akhirnya memohon maaf semalam, terhadap kesilapan syarikatnya hingga menyebabkan kebocoran data 50 juta pengguna laman media sosial itu.

Ketika sidang media, termasuk muncul di televisyen Amerika Syarikat malam kelmarin, bilionair berusia 33 tahun itu berkata: “Ini kejadian pecah amanah yang besar dan saya memohon maaf ia terjadi.

“Tanggungjawab kami kini memastikan ia tidak berlaku lagi.”

Beliau juga juga berjanji memastikan perisian atau aplikasi tidak boleh mencuri data peribadi pengguna selepas skandal Cambridge Analytica yang terdedah enam hari lalu.

Skandal itu menyebabkan nilai saham Facebook yang dianggar bernilai AS$50 bilion dengan Zuckerberg sendiri bernilai AS$5 bilion, merosot 10 peratus.

“Kami mempunyai tanggungjawab melindungi data peribadi anda, dan jika kami gagal berbuat demikian, kami tidak layak berkhidmat untuk anda,

“Kami perlu pastikan tiada lagi Cambridge Analyticas (CA) di luar sana,” katanya.

Firma perunding data Britain, CA didedahkan menyediakan laporan profil psikologi 50 juta pengguna Facebook menerusi aplikasi ramalan personaliti yang dihasilkan penyelidik dikenali sebagai Aleksandr Kogan.

Aplikasi itu dimuat turun kira-kira 270,000 pengguna tanpa menyedari ia turut ‘mengambil’ data rakan mereka secara tidak sengaja, kerana ketika itu peraturan Facebook membenarkan ia berlaku.

CA yang mempunyai pejabat di London, New York, Washington, Brazil dan Malaysia, digantung daripada Facebook minggu lalu,

Zuckerberg berkata, pihaknya bukan saja bersedia mematuhi peraturan tambahan kerajaan, malah beliau sendiri akan memberi keterangan kepada Kongres jika diperlukan.

Beliau juga berkata, Facebook memberi jaminan menghentikan sebarang campur tangan dalam pilihan raya pertengahan penggal November depan, serta pilihan raya di India dan Brazil.

Sumber: Telegraph
Kredit:siakapkeli

Lelaki tua ini telah menghabiskan 30 tahun dengan menanam pelbagai jenis bunga untuk isterinya yang buta dan hasilnya sangat mengagumkan!

Lelaki tua ini telah menghabiskan 30 tahun dengan menanam pelbagai jenis bunga untuk isterinya yang buta dan hasilnya sangat mengagumkan!
Setiap bulan Mac hingga April, sebuah rumah di Shinsho-cho, Miyazaki, Jepun akan menjadi tumppuan orang ramai. Apa yang menariknya di sekitar rumah itu terdapat ‘selaut’ bunga-bungaan berwarna merah jambu yang sangat memukau pandangan.
Bunga-bungaan itu ditanam sendiri oleh seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Kuroki. Percaya atau tidak dia telah mengambil masa 30 tahun untuk menanam semua bunga di situ. Dengan semua yang dilakukan tujuannya hanya satu, untuk melihat isterinya tersenyum lagi.
Lautan bunga berwarna merah jambu boleh dilihat di sekitar rumah Kuroki
Isteri Kuroki dikatakan telah menjadi buta ketika berusia 53 tahun akibat diabetes. Dia mula berasa tidak senang dengan keadaan itu, mana tidaknya dunianya yang terang dahulu kini bertukar menjadi gelap gelita. Dia juga tidak lagi dapat berinteraksi dengan orang lain membuatkan dia mula mengasingkan diri dengan dunia luar. Perkara ini sangat merisaukan Kuroki.
Kuroki dan isterinya telah berkahwin selama lebih daripada 60 tahun sejak tahun 1956
Jadi, untuk menghiburkan isterinya, Kuroki telah berhenti kerja di ladang dan memutuskan untuk menanam bunga di sekeliling rumahnya. Dia berharap bunga itu dapat membuatkan isterinya tersenyum lagi. Tetapi, lain pula yang berlaku selepas itu.
Ramai pengunjung mula datang ke rumahnya untuk menikmati dan melihat sendiri keindahan pemandangan di situ. Oleh kerana semakin ramai pelawat yang datang setiap hari, isterinya sudah tidak berasa kesepian lagi.
Walaupun isterinya tidak dapat melihat bunga yang cantik, dia mula tersenyum lagi setelah menerima kehadiran ramai pengunjung
Kuroki dikatakan telah menghabiskan masa selama 2 tahun untuk menyiapkan halaman belakangnya. Dia terpaksa memotong pokok, menanam benih dan beberapa tahun kemudian, puluhan ribu bunga Chi Sakura tumbuh mekar di sekitar rumahnya.
Hasilnya melebihi apa yang dijangkakan oleh Kuroki
Bagi yang merancang untuk ke Jepun jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan isteri Kuroki. Dia mungkin tidak dapat melihat tetapi wanita itu penuh dengan kasih sayang dan kaya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Kehadiran orang ramai berjaya menghilangkan kesepian dan kesedihan wanita ini. Kini, dia tidak lagi berasa kesunyian dan suaminya bahkan selalu berada di sisinya
Pengunjung yang datang melawat akan dapat melihat keindahan lautan bunga sakura dan akan tersentuh oleh cerita cinta Kuroki. Semoga bunga-bunga ini akan terus mekar, sama seperti cinta Kuroki terhadap isterinya yang tercinta!
Kredit:Era Baru

25 Foto Cosplay Bahan Yg Ada Dalam Rumah Buatkan Kamu Tak Boleh Tahan Gelak ! Lebih-lebih Lagi No 6

1. Durotan “Warcraft: The Beginning”
2. “Tiger Mask”
3. Slardar “Dota 2”
4. Lord Boros
5. Mirana “Warcraft”
6. Moriarty “Sid Story”
7. Es krim Paddle Pop
8. Bloody Roar
9. Tracer “Overwatch”
10. Reaper “Overwatch”
11. Pertanyaan: Siapa yang lebih cocok?

12. Akun media sosial zaman now
13. Mercy “Overwatch”
14. Sepertinya dia suka es krim ya hehe
15. Cloud Strife
16. Symmetra “Overwatch”
17. Anime
18. Batman
19. Se-hun “EXO”
20. Tobi “Naruto”
21. Mei “Overwatch”
22. Angemon “Digimon”
23. Uefa Euro 2016
24. Samkok Junior
25. Sakura “Naruto”
Mana menurutmu yang paling kocak?
sumber: mukabukuviral