ads1

Selasa, 13 Mac 2018

BAPA TERUJA MELETAKKAN TANGAN PADA PERUT ISTERINYA YANG HAMIL, LIHAT REAKSI BAYI DI DALAM PERUT BERKENAAN



Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keseluruhan proses kehamilan sememangnya sungguh hebat dan ajaib yang boleh berlaku dalam kehidupan anda.
Sepanjang tempoh 9 bulan itu bukan sesuatu yang mudah, terutamanya kepada mereka yang mengalami alahan teruk, keinginan untuk makan sesuatu makanan dan perubahan mood secara tiba-tiba. Itu baru sedikit. Tidak ditambah lagi dengan bengkak pada kaki, lenguh pada bahagian peha dan sebagainya.
Namun, ada juga banyak saat berharga dan menakjubkan yang boleh berlaku semasa kehamilan, seperti keluarga ini.
Nasib baik bakal bapa ini mempunyai kamera di tangan bagi merakamkan bayinya yang mula menendang di dalam rahim. Bakal ibu berkenaan sedang dalam fasa-fasa akhir kehamilan dan berasa tidak sabar untuk melihat bayinya dilahirkan dengan selamat.
Rakaman di bawah ini benar-benar menggambarkan perspektif betapa indahnya proses kehidupan dan anda boleh saksikan sahaja menerusi rakaman berkenaan.
Sumber: YouTube
kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan