ads1

Sabtu, 3 Mac 2018

Bayaran Pelacur Remaja Bangladesh Cuma RM1.80 Sahaja. Inilah Kenape Boleh Dapat Harga Murah….


DHAKA – Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.
Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan ‘panas’ itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.
Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.
“Saya lebih berisi setelah mengambil ‘ubat’ ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari,” kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.
Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.
Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.
Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.
Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.
Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat. – Reuters
sumber : pakcikli00.wordpress.com
Pelacur ini guna ubat kuat menahan kekuatan pelangan
Lebih kurang 200 000 pelacur atau pekerja seks komersial Bangladesh mengambil dadah steroid lembu (cow steroids) agar kelihatan lebih montok dan subur. Pekerja seks ini tidak kira baru atau lama, muda atau tua, akan diberikan ubat penggemuk lembu supaya awet muda, segar dan menggiurkan.
Untuk pekerja seks remaja dan muda berusia 12-14 tahun, suntikan adalah lebih sesuai. manakala pekerja seks yang lebih tua biasanya mereka akan mengambil dadah steroid lembu jenis pil atau tablets.
“Ini adalah cara terpantas untuk membuat gadis kelihatan montok dan menyembunyikan umur sebenar sekiranya masih remaja,” kata Rokeya ketika ditanya oleh AFP.
Ubat penggemuk lembu yang biasanya dikenali dengan nama Oradexon itu dijual dengan harga murah dan mudah dibeli di kedai-kedai ubat. Seorang pekerja seks bernama Shahinur Begum mengaku beliau kelihatan tua kerana menjanda akibat bercerai dengan suaminya kerana muflis dan memiliki seorang anak.
“Oradexon memberiku seluruh tubuh, membuat saya kelihatan menarik”. Ibu ayam di rumah pelacuran memberinya ubat untuk menambah berat badan dan membuat beliau ketagih. Sehingga sekarang, beliau nampak gemuk dan berisi.
Sebahagian pekerja seks itu mengeluh kerana memiliki badan yang terlalu kurus sehingga kekurangan pelanggan lelaki berhidung belang. Tetapi apabila mengambil ubat penggemuk lembu tersebut maka tubuh mereka terus menjadi montok dan pelanggan pun memilih mereka. Secara purata mereka mampu melayan 6 lelaki setiap hari dengan memakan ubat penggemuk lembu tersebut sebanyak 2 kali sehari.
sumber : pakcikli00.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan