ads1

Selasa, 6 Mac 2018

Buli Kawan Di Sekolah. Inilah Hukuman Bapa Pada Anaknya Yg Buat Ramai SETUJU .

 SEORANG bapa mengambil satu langkah yang kontroversi apabila memaksa anaknya untuk berlari ke sekolah selepas kanak-kanak itu tidak dibenarkan menaiki bas sekolah selama tiga hari.
Anak Bryan Thornhill yang berumur 10 tahun itu dilaporkan telah membuli pelajar lain di dalam bas sekolah yang dinaikinya dan menyebabkan dia kemudian dilarang menaiki bas itu bagi durasi tersebut.
Thornhill, yang nyata tidak bersetuju dengan tindakan anaknya membuli murid lain itu, menghukum anaknya untuk berlari sejauh 1.6 kilometer selama seminggu sebagai hukuman.

Selepas itu, Thornhill bertindak memuat naik rakaman video anaknya yang berlari ke sekolah dalam keadaan hujan menerusi laman Facebooknya untuk dilihat umum.

Di dalam rakaman berdurasi 3 minit 56 saat itu, Thornhill turut memberikan ulasan dan penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Hai semua, selamat datang ke ‘lebih baik kamu mendengar cakap ayah 2018’. Anak saya terlibat dengan masalah buli yang menyebabkan dia dihalang menaiki bas selama tiga hari.

“Saya tidak akan bertoleransi serta tidak boleh (terima kelakuannya). Dengan itu dia perlu berlari ke sekolah lebih kurang satu batu (1.6 kilometer). Jadi sepanjang minggu ini dia ada pengalaman berlari,” katanya dalam video berkenaan.


Thornhill juga mendedahkan bahawa hukumannya itu telah memberi kesan positif kepada anaknya, apabila guru di sekolah anaknya itu berkata, kanak-kanak tersebut kini bersikap lebih baik.

“Minggu ini, dia tidak terlibat dalam sebarang masalah pun di sekolah selepas dikenakan hukumun ini.

“Manakala minggu lalu pula dia benar-benar tidak dapat dikawal. Inilah yang dinamakan parenting,” katanya yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat itu.

Melalui video itu juga, Thornhill menggesa ibu bapa untuk lebih tegas dengan anak mereka bukan untuk menakutkan mereka, sebaliknya untuk mengajar mereka menjadi seorang yang lebih baik.


“Kami akan memastikan yang gugu-gurunya di sekolah menyenangi perangainya dan memastikan dia tidak menganggu rakan sekelasnya.

“Ajar anak anda, jangan jadi seorang kawan, jadilah seorang ibu bapa, itu yang diperlukan anak-anak zaman ini,” ujarnya.

Tindakannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang memuji tindakannya namun ada juga yang mengatakan dia mendera anak bagi mendapatkan perhatian.


“Saya rasa tindakan ini sangat bagus. Anaknya mungkin berasa penat selepas berlari untuk ke sekolah dan sekali gus menjadikannya lebih fokus dan tidak ganggu orang lain,” tulis Montoya Evans di ruangan komen

“Jadi, anda membuli anak anda bagi mengajarnya untuk tidak membuli? Apa salahnya jika anda hanya bertanyakan secara baik kepadanya kenapa dia bertindak sedemikian,” tulis Anna Dillon.

Thornhill bagaimanapun menggalakkan para netizen untuk berkongsi video tersebut kepada semua orang kerana katanya mesej yang ingin disampaikan sangat penting.




Kredit : MyNewsHub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan