ads1

Rabu, 21 Mac 2018

Ibu Nekad Campak Bayi Dari Jambatan 118 Kaki, Puncanya Buat Ramai TERKEJUT

 SAO LUIS: Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang terjadi kepada seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan yang terselamat selepas dicampak dari sebuah jambatan setinggi 118 kaki oleh ibunya sendiri.
Carla Regina Mendes, 23, mencampak bayinya Thallyer Barros dari Jambatan José Sarney di Sao Luis, Brazil, petang Ahad lalu dipercayai akibat mengalami tekanan mental dan kemurungan.
Thallyer yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan setelah terjatuh ke dalam sungai berlumpur itu diselamatkan dua pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Bayi malang itu kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan pihak polis mengatakan Mendes akan dihantar untuk menjalani ujian psikiatri dan berdepan tuduhan cubaan bunuh bergantung kepada hasil ujian.

Menurut keluarganya, ibu muda itu pernah menjadi mangsa noda dan menjalani rawatan mental di sebuah hospital. – Dailymail
Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan