ads1

Khamis, 22 Mac 2018

Kisah cinta sejati pasangan kekasih yang berkongsi hari lahir dan berakhir dengan tragedi menyayat hati pada detik yang sama

Kisah cinta sejati pasangan kekasih yang berkongsi hari lahir dan berakhir dengan tragedi menyayat hati pada detik yang sama
Pasangan kekasih ini dilahirkan pada tarikh, hari dan bulan yang sama serta tahun yang sama. Dan mereka juga menuntut di universiti yang sama. Ditakdirkan mereka telah jatuh cinta selepas menyedari mereka berkongsi hari lahir yang sama serta beberapa perkara lain yang secara kebetulan tidak dapat dijelaskan dengan perkataan.
Apa yang lebih mengejutkan bagaimana mereka juga ditakdirkan untuk meninggalkan dunia ini bersama-sama.
Pasangan kekasih yang menuntut di sebuah universiti di Thailand dalam bidang seni bina ini bertemu buat kali pertama apabila seorang pemuda lelaki telah kehilangan kad pengenalan. Nasibnya baik apabila seorang gadis jelita telah menemui kad pengenalan tersebut dan memulangkan kepadanya.
Menerusi kejadian yang telah ditakdirkan ini, mereka telah mendapati berkongsi hari lahir yang sama iaitu pada 5 Jun 1997
Selepas kejadian tersebut, pasangan ini merasakan mereka telah ditakdirkan untuk bersama, jadi mereka telah bertukar nombor telefon masing-masing. Tidak lama kemudian, perhubungan biasa bertukar menjadi perhubungan cinta.
Namun begitu, kebetulan yang sama bukan setakat berkongsi tarikh hari lahir yang sama sahaja.
Secara kebetulan juga, pasangan kekasih ini datang daripada keluarga tunggal dan tinggal di rumah yang beralamat dengan nombor 3
Sebagai tambahan, plat nombor kereta mereka berakhir dengan nombor 39!
Apabila mereka keluar berjanji temu bersama, perhubungan mereka dipenuhi dengan gelak ketawa dan kegembiraan. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga satu tragedi yang telah mengubah kehidupan gembira ini buat selama-lamanya.
Semasa mereka sedang membantu menyelesaikan tugasan masing-masing di universiti pada satu malam, tiba-tiba perut mereka berasa lapar.
Pasangan ini kemudian telah keluar untuk menikmati hidangan larut malam. Malangnya, mereka telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang akhirnya meragut nyawa mereka berdua.
Pada 25 Februari 2018, pasangan kekasih ini telah memandu kereta Suzuki dan apabila mereka sedang keluar dari pintu masuk universiti, sebuah kereta dari arah bertentangan telah melanggar kereta pasangan ini.
Kedua-dua pasangan kekasih ini telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Pihak polis menemui satu kebetulan yang dirasakan mereka agak luar biasa semasa sedang memeriksa kad pengenalan pasangan ini.
Selepas pemeriksaan dan siasatan lanjut, pihak polis telah mendapati mereka juga telah meninggal dunia pada waktu yang sama!
Selepas tragedi kemalangan ini, kedua-dua ibu bapa mereka telah membuat keputusan untuk mengadakan upacara pengebumian pasangan kekasih ini secara bersama, dengan tujuan mereka boleh menjaga satu sama lain selepas ini.
Upacara pembakaran mayat kedua pasangan ini telah dijalankan pada 3 Mac 2018.
Semasa upacara pengebumian, foto-foto pasangan ini semasa mereka masih hidup telah diletak berdekatan ruang legar tempat pengebumian.
Nampaknya mereka telah menjalani kehidupan yang gembira dan tiada apa yang perlu disesalkan. Cuma umur mereka sahaja yang tidak panjang.
Hidup ini penuh dengan kejutan yang tidak dijangka. Siapa yang tahu terdapat pasangan di dunia ini yang berkongsi pelbagai kebetulan yang sama dalam kehidupan dan mengakhiri kehidupan bersama pada masa yang sama dengan suatu kebetulan juga.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan