ads1

Selasa, 13 Mac 2018

RAMAI YANG TERTIPU! PERCAYALAH BAHAWA APA YANG ANDA LIHAT ADALAH BATU, BUKAN HAIWAN SEBENAR!



Kehebatan artis Jepun Akie Nakata (dikenali hanya sebagai Akie) bukan lagi suatu rahsia. Dengan menggunakan batu-batu kecil dia berjaya ‘menukar’ bentuk batu menjadi haiwan yang sangat comel.
Menurutnya dia mendapat ilham daripada setiap bentuk semula jadi batu yang ditemui.
Akie juga percaya bahawa setiap batu mempunyai watak mereka sendiri. Oleh itu, sejak dia masih kecil lagi dia sudah mula mengumpul batu. Dia dikatakan mula melukis pada batu sekitar tahun 2011.
Dia mula melukis pada batu setelah menjumpai sebiji kerikil yang menyerupai arnab ketika dia sedang berjalan-jalan melintasi sebatang tebing sungai.
Setelah menjumpai batu-batu yang diperlukan, Akie memilih setiap watak untuk batu tersebut dengan berhati-hati.
Dia mengambil masa untuk memikirkan bagaimana dia mahu mempamerkan setiap haiwan yang dipilih. Dia  kemudian dengan teliti mula melukis pada permukaan batu dengan cat akrilik.
Walaupun kebanyakan orang akan mengatakan bahawa batu bukan organisma hidup, tetapi jika dilihat dengan sekali pandang adalah sukar untuk membezakannya dengan haiwan yang sebenar.
Akie percaya setiap batu mempunyai cerita untuk diberitahu dan dia mahu untuk ‘menghidupkan’ cerita-cerita tersebut dalam bentuk lukisannya.
Kadang-kadang Akie bercakap pada batu-batu ketika dia melakukan kerja-kerja mengecat untuk merasai dan menghayati watak lukisan tersebut.
Sebenarnya banyak lagi hasil karya daripada batu yang dihasilkan artis berbakat ini. Berikut adalah beberapa lukisan batu yang telah dihasilkan, sangat teliti, kemas dan sekali pandang memang nampak real!
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan