ads1

Isnin, 12 Mac 2018

Seorang hartawan terlantar sakit dan bertanyakan empat isteri sama ada mereka akan setia berada di sisinya. Jawapan isteri pertama membuatnya menitiskan air mata

Seorang hartawan terlantar sakit dan bertanyakan empat isteri sama ada mereka akan setia berada di sisinya. Jawapan isteri pertama membuatnya menitiskan air mata
Seorang hartawan yang kaya mempunyai ’empat orang isteri’ dan beliau menyayangi isteri keempat lebih dari isteri-isteri yang lain.
Gambar sekadar hiasan
Hartawan ini memanjakan isteri keempat dengan hadiah dan memastikan kehidupannya sentiasa mewah dan selesa.
Suatu hari, sesuatu telah menimpa hartawan ini dan telah menyedarkannya akan isteri mana yang paling setia dan akan menjaga kebajikan dirinya dengan baik.
Gambar sekadar hiasan
Hartawan ini juga begitu menyanjungi isteri ketiganya. Beliau amat berbangga dengan isteri ketiga ini kerana dia sangat cantik dan selalu akan menayangkan isteri cantik ini di hadapan rakan-rakannya.
Walaupun beliau berbangga dengan isteri ketiga, hartawan ini sentiasa mempunyai perasaan bahawa pada suatu hari isteri ketiga ini akan meninggalkannya dan mengikut lelaki lain.
Gambar sekadar hiasan
Hartawan ini juga menyayangi isteri kedua dengan perasaan yang sangat mendalam. Isteri kedua amat penyabar orangnya dan bersikap memahami.
Setiap kali hartawan ini berdepan dengan masalah, berasa keletihan atau mengalami hari yang buruk dalam hal pekerjaan, beliau akan mendapatkan isteri kedua ini dan meminta nasihatnya lalu dia akan dapat meredakan perasaannya.
Isteri pertama hartawan ini amat setia kepadanya dan isteri pertama amat mahir dalam hal menguruskan rumahtangga dan melakukan kerja rumah.
Oleh kerana sentiasa dibebani kerja rumah yang banyak, rupanya selalu nampak keletihan dan lesu.
Hartawan ini tidak begitu berkenan dengan isteri pertama dan mengabaikannya kerana isteri pertama telah tua dan tidak lagi menarik perhatian seperti isteri-isteri yang lain.
Gambar sekadar hiasan
Hartawan ini kemudian mendapat berita yang beliau tidak akan pulih daripada penyakitnya dan terpaksa menerima hakikat yang beliau akan meninggal dunia tidak lama lagi.
Dan seperti orang lain yang tidak akan hidup lama, hartawan ini berfikir dalam hatinya, ” Saya mempunyai empat orang isteri tetapi saya akan terlantar dan meninggal dunia seorang diri, satu perkara yang agak malang di akhir hayat ini.”
Gambar sekadar hiasan
Kemudian, hartawan ini telah memanggil keempat-empat orang isteri ke hospital dan berada di sisi katilnya.
Hartawan ini telah memandang isteri keempat dan berkata, “Kamu adalah wanita yang saya paling sayang di dalam hidup ini dan saya telah memberikan kamu segala-galanya yang kamu impikan dan banyak lagi. Adakah kamu sanggup setia berada bersama saya sehingga saat akhir saya menghembuskan nafas terakhir dan selepas saya telah tiada lagi di dunia ini?
Isteri keempat ini menjawab, “Kamu jangan mengharap saya boleh setia bersama kamu.” Isteri ini kemudian telah pergi tanpa menoleh kembali.
Gambar sekadar hiasan
Perkataan isteri keempat ini bagai ditusuk dengan pisau ke hati dan hartawan ini berasa sangat sakit bagai pisau itu dibenamkan sehingga ke hujung hatinya.
Kemudian hartawan ini berpaling kepada isteri ketiganya dan berkata, “Saya menyayangi kamu dengan sepenuh hati ini. Apabila melihat suami kamu yang akan meninggal dunia tidak lama lagi, adakah kamu akan berada berada di sisi saya dan menjaga saya sepanjang saya masih lagi bernyawa?
Isteri ketiga menjawab dengan mata yang dingin dan membosankan, “Tidak, ada banyak lagi urusan di dalam kehidupan ini yang saya mahu lakukan dan saya tidak mahu menghabiskan masa di bilik hospital ini dan menjaga kamu. Jika kamu meninggal dunia, saya tidak akan teragak-agak untuk berkahwin lain.”
Gambar sekadar hiasan
Hartawan ini berasa tercengang dan terkejut dengan perkataan isteri ketiga. Air mata mengalir keluar daripada mata ke pipinya. Wajahnya sudah semakin hilang harapan apabila melihat isteri keduanya dan bertanykan perkara yang sama seperti kepada isteri keempat dan ketiga.
Katanya, “Saya selalu akan datang kepada kamu apabila meminta pandangan dan nasihat. Kamu membantu saya setiap kali saya ditimpa masalah dan kini saya meminta bantuan kamu buat kali terakhir. Adakah kamu akan bersama saya sehingga saya tiada lagi di dunia ini?
Isteri kedua melihat hartawan ini dengan wajah yang sedih dan menjawab dengan lembut, “Saya minta maaf. Pada kali ini, saya tidak dapat membantu kamu lagi. Saya telah melakukan banyak perkara untuk kamu.” Isteri kedua bangun dan menarik langkahnya yang berat menuju ke pintu dan keluar dari bilik hospital itu.
Hartawan ini menjadi pilu apabila melihat wanita yang disayanginya telah pergi meninggalkannya.
Tiba-tiba terdengar suara di sudut bilik itu dan berkata, “Saya akan tinggal di sini dan menjaga kamu. Saya akan berada di sisi kamu dan juga akan mengikut kamu ke mana sahaja kamu akan pergi walaupun selepas kamu meninggal dunia.” Isteri pertama telah menjawab walaupun soalan itu belum ditanya oleh suaminya.
Hartawan ini melihat isteri pertama yang sedang berdiri di sebelahnya. Rupanya sangat pucat dan tidak terdaya. Tangannya sangat kasar kerana telah melakukan pelbagai kerja rumah selama bertahun-tahun dengan sabar dan rambutnya telah memutih sehingga menampakkan dirinya yang telah tua.
Hartawan ini memegang tangan isteri pertama dan meletakkan ia ke dadanya dan mula menangis.
Gambar sekadar hiasan
Lelaki ini tidak pernah melayan isteri pertamanya dengan baik seperti yang berhak diterimanya, namun begitu hanya wanita yang sudah tua ini sahaja yang sanggup setia berada di sisinya.
Gambar sekadar hiasan
Kisah ini adalah satu kiasan yang boleh terpakai kepada kita semua. Kita mempunyai empat orang isteri di dalam kehidupan ini.
Isteri keempat ialah badan kita. Kita menghabiskan banyak masa, usaha dan wang untuk menjaga badan kita supaya ia nampak menarik.
Kita menghiasi badan dengan pakaian yang cantik dan menghabiskan wang yang banyak untuk mengikut gaya terkini. Namun, badan kita tidak akan bertahan dengan kehendak terkini apabila masa semakin berlalu dan tiada apa lagi yang tinggal bagi kita untuk dipandang dengan keadaan yang menarik.
Isteri ketiga ialah status sosial, kuasa dan kekayaan. Kita berusaha mendapat pengiktirafan diri dan kekayaan semasa kita masih hidup hanya untuk kehilangan segala-galanya setelah kita meninggal dunia.
Isteri kedua mewakili keluarga dan rakan-rakan kita. Apabila kita masih hidup, keluarga dan rakan-rakan akan bertindak seperti batu yang kita genggam dan kita boleh bergantung harap kepada mereka pada bila-bila masa kita memerlukannya. Akan tetapi, tidak kira berapa rapat perhubungan mereka bersama kita, mereka tidak akan dapat mengikut kita selepas kita meninggal dunia.
Isteri pertama ialah nyawa dan diri kita yang sebenar. Kita sering mengabaikan sebahagian besar daripada diri kita dan dibutakan dengan kekayaan, pangkat serta darjat di dunia.
Perkara yang paling penting dalam kehidupan ialah kita hendaklah sentiasa menjadi diri sendiri dan menjaga jiwa nurani supaya kekal bersih dan terpelihara. Hanya itu sahaja bekalan yang akan kekal dan boleh dibawa ke akhirat selepas kita meninggal dunia.
Diharap menjadi renungan bersama!
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan