Sekembalinya dari percutiannya, seorang lelaki telah membawa pulang sebilangan batu biru yang sangat cantik. Permukaan batu tersebut begitu licin dan apabila ada cahaya yang terkena padanya, batu tersebut kelihatan jelas. Batu tersebut kelihatan berwarna biru dan seperti bercampur dengan sedikit warna putih.
Lelaki itu mengambil beberapa gambar batu yang ditemuinya dan dimuat naik ke internet. Ramai netizens yang melihat batu tersebut berasa kagum dengan keindahan batu berkenaan.
Tidak lama selepas itu, ada seorang pakar batu yang kebetulan melihat status tersebut telah memberi komen mengenai batu itu. Menurutnya batu tersebut sebenarnya sangat berharga. Rupa-rupanya batu tersebut adalah batu ‘Larimar’.
‘Larimar’ adalah batu yang sangat jarang ditemui. Hingga kini tiada kaedah atau sistem untuk mengelaskan bagaimana batu ini ditemui.
Ia biasanya ditemui berwarna biru laut dengan garis putih di tengah-tengah yang kelihatan seperti buih putih di laut. Semakin gelap warna batu tersebut, semakin tinggi harga batu jika dijual.
Bijih biru yang indah ini kini banyak dihasilkan di Dominika dan ia juga merupakan batu rasmi negara tersebut. ‘Larimar’ sangat jarang ditemui terutama di China dan biasanya bijih cantik ini sering dijadikan manik dan perhiasan.
Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan