ads1

Isnin, 19 Mac 2018

(VIDEO) Cahaya 'Misteri' Terkam Teksi Sebelum Terbabas Menjadi Tanda Tanya


Baru-baru ini, sebuah rakaman yang memaparkan cahaya yang dikatakan 'hantu' menerkam sebuah teksi sehingga terbabas merempuh sebatang pokok tular di media sosial.

Video tersebut dilaporkan dirakam di Hong Kong pada 9 Februari oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan lain yang berada di belakang teksi tersebut.

Pada mulanya, teksi tersebut dilihat dipandu di jalan yang agak gelap sebelum satu cahaya putih muncul dari arah tepi jalan secara tiba-tiba  dan dengan pantas menerkam teksi tersebut.


Kejadian yang menyeramkan itu telah membuatkan pemandunya takut dan tidak dapat mengawal kenderaan sebelum teksi itu dilihat terbabas jalan bertentang dan merempuh sebatang pokok.

Klip video itu telah mendapat lebih dari 80,000 tontonan dan menerima pelbagai respon dari netizen.

Sumber- Daily Star
kredit:siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan