ads1

Rabu, 14 Mac 2018

Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu Sendiri

BEBERAPA hari lalu, kecoh di Indonesia apabila seorang anak bertindak menyembelih ibunya sehingga kepala terpisah dari badan hanya kerana tidak diberikan wang tunai.
Seperti yang dilaporkan, pihak polis telah berjaya menangkap suspek kurang 24 jam selepas suspek melarikan diri sejurus membunuh ibunya, dengan kejam.
Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu
Kejadian yang berlaku di sebuah sawah padi di wilayah Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia itu menyaksikan suspek yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk menetak ibunya, Sutarmi Mad berkali-kali sehingga kepala mangsa putus.
Dalam sebuah rakaman video yang baru sahaja tersebar, Sumudi mengakui tidak menyesal melakukan perkara kejam itu malah berasa puas.
Melalui video berdurasi 18 saat tersebut, seorang lelaki bertanyakan kepada Sumudi sama ada dia menyesal setelah bertindak demikian, namun dengan spontan dan bersahaja suspek menjawab tidak.
Setelah ditanya apakah dia puas dapat membunuh wanita itu, Sumudi turut tertawa dan mengaku puas sebelum perakam beristighfar dengan jawapan bersahaja dari suspek.
Menurut pihak polis, suspek sebelum ini mempunyai sejarah gangguan mental dan pernah dimasukkan ke sebuah hospital disebabkan kondisinya itu.
Justeru polis akan membawa Sumudi untuk pemeriksaan mental bagi mendapat lebih informasi mengenai tahap kewarasan suspek.
Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu
Ketika ditahan, polis menemui parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.
Suspek ketika ini ditahan di Balai Polis Kebumen dan melalui kesalahan pembunuhan berencana dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup.
HANYA disebabkan tidak diberi wang tunai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menyembelih ibu kandungnya sendiri sehingga mati di tengah kawasan sawah padi.
Kejadian itu berlaku di daerah Kebumen, Jawa Tengah itu berlaku setelah lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk memenggal kepala ibunya, Sutarmi Mad sehingga putus.
Menurut saksi kejadian, Jumadi, suspek tiba di sawah tempat ibunya bekerja sebelum meminta wang sebanyak 500,000 rupiah (RM137) pada tengah hari Jumaat lalu.
Apabila permintaannya ditolak, lelaki tersebut mengamuk dan mengancam untuk membunuh ibunya sekali gus menyebabkan wanita tersebut berlari ke tengah sawah kerana berasa takut.
Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang daripada begnya dan bertindak mengejar ibunya yang menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kemudian menetak leher ibunya berkali-kali.
“Selepas permintaannya tidak dituruti. Tiba-tiba pelaku mengambil sebilah parang dari dalam beg dan langsung menebas leher ibunya dengan parang,”jelas Junadi yang menyaksikan kejadian tersebut.
Tambahnya, kebanyakan saksi di tempat kejadian tidak mampu membuat apa-apa dan tiada siapa berani mendekatinya kerana berasa amat takut.
Jenazah ibunya kemudian dibawa pihak berkuasa ke sebuah hospital berhampiran untuk dijalankan proses autopsi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Arief Bahtiar, berdasarkan siasatan polis suspek pernah menghidap gangguan mental sebelum ini.
Malah penduduk sekitar yang mengenali Sumudi mendakwa suspek memang terkenal dengan sikap panas baran selain sering memarahi ibu dan adik kandungnya jika tidak diberi wang.
Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu
Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.
Tambahnya lagi, ketika ditahan, pemuda yang mempunyai tatu di seluruh mukanya itu tidak sedikit pun menyesal atas tindakannya, malah mengakui sedar ketika membunuh ibunya dengan kejam.
Sejumlah barang bukti juga berjaya ditemui pihak polis antaranya parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.
Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu
Justeru, bagi tindakan seterusnya, polis akan membawa suspek untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital terdekat berdasarkan sejarahnya yang mempunyai penyakit itu.
Disebabkan perbuatannya itu, Sumudi berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati atau pun hanya penjara seumur hidup. – MYNEWSHUB,CC/EZ

Sumber dari MediaHijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan