ads1

Ahad, 11 Mac 2018

(Video) Seorang Gadis Melompat Ke Dalam Tasik Dan Jatuh Betul-Betul Dekat Seekor Buaya, Namun Ramai Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi Selepas Itu!

FLORIDA – Buaya selama ini dikenali sebagai binatang buas, bukan sahaja haiwan malah manusia tidak terkecuali daripada menjadi makanannya.
Namun, sebuah rakaman video yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini, membuktikan anggapan tersebut tidak sepenuhnya benar.
Dalam video tersebut kelihatan beberapa pengunjung di sebuah tasik di Florida, Amerika Syarikat, tidak merasa terancam dengan kehadiran seekor buaya di tasik itu.
Buaya itu kelihatan jinak dan tidak menunjukkan gerakan agresif ketika didekati manusia.
Malah, seorang gadis nekad melompat ke tasik dan jatuh tepat di dekat buaya tersebut.
Apa yang terjadi sungguh mengejutkan, buaya itu tidak bertindak balas sama sekali dengan kehadiran gadis itu meskipun bunyi percikan air boleh saja membuatnya merasa terancam.
Gadis itu pun boleh berenang dengan aman menuju tepi tasik.
Video ini sebenarnya sudah pernah ditayangkan di YouTube pada Julai 2017 lalu, namun menjadi viral selepas dimuat naik semula oleh akaun Facebook PR Informa.
Ia ditonton 1.3 juta kali  dan sudah dikongsi lebih dari 23,000 kali.
Melihat kepad video itu, pelbagai andaian diberikan netizen.
“Mungkin buaya itu seekor vegetarian dan tidak memakan daging putih,” tulis pemilik akaun Sheilla Lynette.
“Tidak bolehkah untuk tidak bodoh, ketika gadis itu dimakan, mereka akan membunuh buaya itu,” tulis pemilik akaun Chriss Hurf.
“Ini benar-benar tidak masuk akal sebagai ibu bapa. Buaya boleh sahaja dengan cepat menerkamnya di air dan kemudian memburu yang lain, ” tulis akaun Victor A Ortiz Arriaga.
“Adakah ada orang yang ingin menerangkan apa yang saya tonton? Adakah ini video penipuan atau buaya itu bodoh,” tulis Gaksimah Isaacs.
Credit : suara.tv

Tiada ulasan:

Catat Ulasan