Ketika anda menggunakan berus gigi, adakah anda akan menggantinya secara rutin 2-3 bulan sekali atau menunggu hingga bulu berusnya benar-benar rosak?
Anda sebenarnya boleh memanfaatkan berus gigi yang ingin dibuang atau sudah rosak untuk digunakan pada hal lain seperti memberus kasut, cawan dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, rupanya terdapat berbagai fungsi lain dari berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi yang anda tidak tahu:
Membersihkan Rumah
1. Anda boleh memberus sudut jendela yang susah untuk dibersihkan.
Membersihkan Rumah
1. Anda boleh memberus sudut jendela yang susah untuk dibersihkan.
2. Keyboard komputer kotor? No problem! celah-celah keyboard pun akan dapat dibersih menjadi seperti baru!
3. Celahan pada sambungan jubin mudah berdebu. Celahan ini sukar dibersihkan kalau anda hanya menggunakan penyapu biasa.
4. Anda juga boleh menggunakan berus gigi untuk memberus kasut. Mungkin anda pernah dengar memberus kasut dengan menggunakan ubat gigi akan membuat kasut jadi lebih putih.
4. Untuk mencuci dasar pada gelas memang lebih susah dibersihkan, jika lama tidak dibersihkan maka bakteria mudah tumbuh dan berkembang biak.
Anda tidak perlu susah-susah membeli berus khusus mencuci gelas. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bahagian dasar gelas.
Caranya sangat mudah saja. Ambil pemetik api dan berus gigi lalu panaskan bahagian belakang kepala berus gigi tersebut selama beberapa saat.
Beberapa detik kemudian, bahagian yang dipanaskan akan mula menjadi lembut. Tekukkan menjadi dua bahagian seperti di gambar.
Bahagian yang ditekuk dapat membersihkan bahagian bawah gelas secara efektif. Tidak usah pening lagi.
Anda juga boleh membuat berus berbentuk L dengan cara yang sama. Tetapi kali ini yang anda perlu panaskan adalah bahagian leher berus gigi saja.
Dengan ini, anda boleh menggunakan berus L ini untuk memberus dasar gelas yang lebih lebar.
Aksesoris
Langkah pertama : Bersihkan berus gigi yang tidak digunakan, pilih yang pemegangnya lebih tebal. Sebaiknya pilih yang warnanya lebih terang, dengan begini hasilnya akan lebih bagus.
Aksesoris
Langkah pertama : Bersihkan berus gigi yang tidak digunakan, pilih yang pemegangnya lebih tebal. Sebaiknya pilih yang warnanya lebih terang, dengan begini hasilnya akan lebih bagus.
Langkah kedua : Cabut semua bulu berus gigi dengan penyepit. Proses ini agak sedikit renyah, hati-hati jangan sampai tangan tersepit.
Setelah selesai cabut, pemegang akan kelihatan seperti ini. Bulunya boleh dibuang kerana tidak akan terpakai lagi.
Langkah ketiga : Masak air panas hingga mendidih, lalu rendamkan gagang berus gigi ke dalam air sekitar 10 minit sampai lembut. Lalu ambil pelahan-lahan dengan tuala. Putar gagang ke bentuk gelang dengan lembut.
Anda boleh buat mengikut kesukaan sendiri. Di putar-putar sedikit akan kelihatan lebih berdimensi.
Orang yang tidak tahu pasti tidak akan menyangka bahawa gelang tersebut diperbuat dari batang berus gigi. Prosesnya juga tidak rumit, lihat sekali langsung boleh buat. Hasilnya pun sangat indah. Jom yang tertarik boleh mencuba.
Mencantikkan Tubuh
Anda juga boleh menggunakan berus gigi untuk bersolek, seperti alis, rambut, bibir, kuku, dan lain-lain.
Tempat Menyimpan Berus Gigi
Anda boleh membuatnya sendiri. Siapkan kira-kira 5-6 berus gigi dan penutup botol. Potong kepala berus gigi lalu lekatkan ke dalam penutup botol seperti dalam gambar dan selesai. Mudahkan?
Rantai Motor
Rantai motosikal kotor? Gabungkan dua berus gigi yang sudah tidak digunakan dan lekatkan kedua batang pemegangnya.
Jagung
Bagi anda yang suka makan jagung tetapi tidak suka rambut jagung, anda boleh menberus jagung sebelum direbus. Rambut jagung akan jatuh dengan bersih sedia untuk dimasak.
Cat
Kembangkan kreativiti anda dan mulailah mengecat dengan berus gigi.
Aktiviti ini sangat sesuai buat ibu dan anak meluangkan masa bersama-sama…
Banyakkan kegunaan dari berus gigi? Sayang kalau ianya dibuang begitu saja! Apakah anda ada idea lain untuk memanfaatkan berus gigi yang tidak digunakan lagi? Tulis di komen ya..
Sumber : Bicara Islam Via How
Tiada ulasan:
Catat Ulasan