Dunia Hari Ini
ads1
Isnin, 23 April 2018
‘Lelaki Kebal’ Diserang Ular, Beruang, Jerung
SIAPA sangka seorang lelaki yang sepatutnya telah mati akibat diserang beruang, jerung dan ular dengan teruk masih lagi terselamat dan hidup seperti orang lain.
Lapor
BBC News,
Dylan McWilliams, 20, mengalami tiga tragedi besar dalam hidupnya apabila terpaksa berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang telah menyerangnya sehingga boleh membawa maut.
Kali pertama, individu dari Colorado, Amerika Syarikat itu berhadapan dengan ular orok-orok dalam satu pendakian di Utah semasa dia berumur 17 tahun.
Pada mulanya dia menyangka hanya sekadar tersepak pokok kaktus, namun jangkaannya meleset selepas mendapati kakinya telah mendapat bisa haiwan berkenaan.
Walaupun panggilan bantuan dibuat tetapi, Dylan meminta untuk tidak menghantarnya ke hospital kerana dianggap hanya gigitan biasa sahaja.
Racun dari ular tersebut menyebabkan dia kesakitan dalam beberapa hari sebelum pulih dengan mengambil masa yang agak lama.
BAHAGIAN ANGGOTA YANG DIGIGIT ULAR.
Kali kedua, Daylan telah diserang oleh seekor beruang hitam yang dianggarkan seberat 136 kilogram semasa dalam perkhemahan di Colorado pada Julai 2017.
Gara-gara tidur di luar khemah, kepala Daylan telah telah berada dalam mulut seekor beruang hitam dan beliau hanya menyedarinya apabila tersedar digigit.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu seakan-akan sebagai satu pengakhiran kehidupan Dylan kerana dia sukar untuk bergerak apabila badannya sudah dikepit oleh beruang tersebut.
Mujur, dia sempat mencengkam mata beruang sehingga terlepas dari serangan beruang terbabit.
Kekecohan tersebut disedari oleh rakan-rakannya dan terus mendapatkan Dylan.
Serangan tersebut telah meninggalkan bekas luka dan rasa sakit yang berpanjangan di kepalanya.
KESAN GIGITAN DARI BERUANG HITAM YANG MENYERANG DYLAN.
Dua insiden besar yang telah berlaku terhadap Dylan tidak menghalang dirinya daripada terus mendekati haiwan dan melakukan aktivit-aktiviti lasak.
Ketika Dylan berada di pulau Kauai, Hawai pada bulan ini, dia telah diserang pula oleh haiwan ganas di laut.
Kakinya telah berlanggaran dengan seekor jerung yang berada di bawahnya dan beliau sempat menendang jerung tersebut sebelum berenang menuju daratan.
Semasa insiden tersebut, Dylan memberitahu, kakinya luka dan dibasahi darah akibat bergelut dengan jerung berkenaan.
Jerung harimau yang dijumpainya itu berukuran antara 6 hingga 8 kaki dan telah meninggalkan kesan gigitan di kaki Dylan yang memerlukan tujuh jahitan.
“Ia agak gila. Saya tidak mempunyai banyak peluang tetapi ia agak bernasib baik dalam situasi yang tidak baik,”
katanya selepas terkena sarangan jerung berkenaan.
Selepas paramedik membantu merawat Dylan, ibu bapanya mengetahui hal terbabit dan risau akan keadaan anaknya itu namun dia berjaya menenangkan kedua-dua orang tuanya.
Antara faktor yang menyebabkan Dylan begitu lasak dan berjaya mengharungi keadaan-keadaan yang sukar dalam dirinya ialah datuknya pernah mengajar remaja tersebut teknik kelangsungan hidup sejak dia berumur tiga tahun.
Walaupun sudah berlaku tiga insiden yang membahayakan tetapi Dylan masih lagi ingin melakukan aktiviti lasak dan tidak sabar menanti luka-lukanya untuk sembuh supaya boleh kembali melakukan aktiviti luncur air.
“Saya masih lagi akan pergi mendaki, menjejaki ular orok-orok dan akan berenang di lautan,”
jelasnya.
Dia berharap agar insiden yang bahaya yang dilaluinya tidak akan menimpanya lagi namun tidak dinafikan apa-apa sahaja boleh berlaku pada dirinya.
Kredit:
MYNEWSHUB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan