ads1

Khamis, 12 April 2018

Semuanya berlaku di ruang tamu, Di rumah kosong itu, sang lelaki melontarkan benih ‘didalam’ aku. Lebih bangsat, gambar aku dalam keadaan terkulai layu tersingkap segala asset, kau tangkap dan jadikan bahan untuk mengugut aku. Semoga kau dilaknat.


Milikku bukan milikku
Terima kasih in advance jika luahan ini disiarkan. Bukan sengaja untuk membuka pekung tetapi jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Short description, aku anak tunggal, hidup di kawasan perumahan taman, this story actually happened few years ago. Ini bukan rekaan, ini cerita dari hati.
Kisah bermula ketika aku habis SPM. Aku merayu pada ibu untuk melepaskan aku untuk bekerja di bandar yang memerlukan aku untuk menyewa sendiri bersama seorang sahabat. Ibu berat hati, tapi aku gigihkan juga untuk merubahkan jawapan no kepada yes. Ibu dan ayah akur.
Drama hidup aku bermula apabila aku mula bekerja dan mengenali seorang lelaki. Kerana terlalu bodoh mempercayai lelaki yang aku pikir semuanya baik seperti ayah, hidup aku hancur sekelip mata.

Hari kejadian, aku keluar berdua bersama sang lelaki yang aku anggap sebagai pelindung dikala ibu ayah berada di kejauhan. Kereta di parking di hadapan satu kedai, di atasnya ada rumah, katanya, dia mahu memperkenalkan aku kepada makciknya yang menyewa di rumah atas kedai tersebut. Aku mula tersipu, belum bersedia untuk berjumpa mana-mana ahli keluarganya.
Sang lelaki meneruskan drama dengan menarik tangan aku supaya mengikutnya menaiki tangga sehingga ke tingkat dua. Di hadapan rumah tersebut, sang lelaki mengeluarkan kunci dan membuka pintu. Melihat muka aku yang tertanya-tanya, sang lelaki memberi jawapan bahawa dia diberi kunci pendua oleh makciknya memandangkan dia kerap singgah di sana. Aku melangkah masuk. Aku mula menarik lengannya apabila ku lihat dia sedang mengunci grill dan pintu dari dalam. Hati berdebar seakan tahu apa yang akan terjadi seterusnya.
Aku merayu untuk pulang. Aku benar-benar merayu. Patutlah sebelum keluar, dia meminta aku untuk memakai skirt-hitam-labuh-kembang, katanya aku kelihatan manis jika memakai kain. Direntap, ditampar, dipijak, ditumbuk, walaupun cuba untuk melawan, aku hanyalah seorang perempuan.
Semuanya berlaku di ruang tamu, Di rumah kosong itu, sang lelaki melontarkan benih ‘didalam’ aku. Lebih bangsat, gambar aku dalam keadaan terkulai layu tersingkap segala asset, kau tangkap dan jadikan bahan untuk mengugut aku. Semoga kau dilaknat.
Kemuncak kesengsaraan aku bermula apabila perut aku mula membuncit, sang lelaki berterusan mengugut supaya aku tidak meninggalkan dia, prestasi kerja yang merudum, di pulau rakan sekerja kerana sikap aku yang berubah untuk bersendirian. Lebih tertekan apabila sang lelaki kantoi berasmaradana bersama perempuan lain apabila perempuan tersebut contact aku melalui mesej. Aku malas untuk menghurai bagaimana si gadis berjaya memperoleh nombor telefon aku.

Selepas berbincang dengan sahabat merangkap roommate, kami buat keputusan untuk menjadi ‘pengarah’ untuk drama kehidupan aku. Pada ibu dan ayah, aku cakap aku ditugaskan untuk ke Sabah selama 6 bulan. Di tempat kerja, aku berhenti kerja serta-merta atas alasan ibubapa minta untuk balik untuk menjaga ibu yang kurang sihat. Tahu kenapa aku beritahu ibu ayah aku akan berada di Sabah selama 6 bulan? Sebab aku sudah mengandung 3 bulan. Pada sang lelaki, sahabat aku merayu padanya supaya jangan mengganggu aku dan aku sudah pulang ke kampung. Syukur dia langsung tidak cuba untuk mencari aku.
Hakikatnya, kehidupan aku selama 6bulan lebih hanya di dalam bilik bersama sahabat aku. Selama itu lah aku tidak melihat matahari bulan dan bintang. Kami hanya menyewa bilik. Mujur menyewa bilik yang mempunyai tandas di dalamnya. Makan, tempat tinggal aku semua ditanggung oleh sahabat. Maaf dan terima kasih sahabat.
Jika di pikir, sekejap sangat 6 bulan tu, tapi jika kau merasai keperitan yang aku rasa, kau akan rasa sehari bagaikan seminggu. Pernah cuba untuk membunuh diri. Pernah cuba untuk minum air coke dan panadol, pernah dengan sengaja menjatuhkan badan dari katil ke lantai. Anak, maafkan aku.
Tiba hari penamat kepada tangisan aku, segalanya diurus oleh sahabat dan kekasihnya. Segalanya selesai walaupun agak complicated prosesnya. Bayi lelaki. Persis aku. Putih, hidung mancung. Aku menangis teruk. Bayi sesempurna ini aku cuba bunuh. Allah, maafkan aku. Ampunkan aku.
Sewaktu penyerahan bayi kepada penjaga baru, aku menangis bagai mahu gila, aku cuba untuk menarik balik keizinan aku untuk menyerah sang anak, sahabat memujuk aku. Kau tahu aku beri anak aku pada siapa? Pada kakak sahabat. Hal ini akan berterusan menjadi rahsia kami; aku, sahabat, kakaknya dan suami beliau serta kekasih sahabat. Kakaknya yang sudah lebih 6 tahun berkahwin tetapi tidak diizinkan untuk mempunyai anak sendiri. Allah, aku redha, aku kucup pipi anak bertalu-talu. Ini rupanya perasaan seorang ibu.
Long short story, surat penyerahan anak juga aku sudah sign. Habis pantang, aku betul-betul kembali ke pangkuan ibu dan ayah. Mereka yang aku rindu walaupun sentiasa berhubung melalui telefon. Mereka terkejut melihat perubahan aku yang semakin cengkung. Ya ibu, aku tidak bahagia. Aku terluka. Aku sengsara. Aku menderita. Hidup aku hancur kerana lelaki durjana. Sampai mati, aku tak akan memaafkan kau sang lelaki celaka.
Sehingga sekarang, aku tidak punya kekuatan untuk berjauhan dari ibu dan ayah. Aku melihat anak membesar hanya melalui gambar di facebook, Sudah pandai berjalan dan petah berbicara. Tidak pernah berjumpa kerana ‘milikku bukan milikku’.

Kredit:kisahrumahtanggafans.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan