Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat di bahagian tempat duduk belakang van putih itu tidak dipakaikan tali pinggang keledar dan pintu van juga tidak dikunci rapat.
Bapanya terus memandu van itu tanpa menyedari bayi mereka sudah tiada dalam kereta sehingga mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat dan panik apabila mendapati anaknya ‘hilang’.
Mangsa terbiar di tengah jalan selama 22 saat sebelum segera diambil oleh seorang pejalan kaki wanita berusia 50 tahun bagi mengelakkan bayi itu digilis.
Ibunya kemudian terus berpatah balik ke jalan yang dilalui untuk mencari anaknya semula dan berterima kasih kepada wanita yang telah menyelamatkan anaknya itu.
Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kredit:theklasik.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan