ads1

Jumaat, 20 April 2018

Tidak sangka realiti kehidupan legenda gusti terkenal dunia, Andre Si Gergasi ini sungguh memilukan

Tidak sangka realiti kehidupan legenda gusti terkenal dunia, Andre Si Gergasi ini sungguh memilukan
Siapa tidak kenal dengan ‘André The Giant’,ahli gusti antarabangsa yang dikenali berdasarkan saiz badannya yang teramat besar bak gergasi.
Kredit: WWE
Selain menjadi bintang gusti terkenal dunia, André atau nama sebenarnya André René Roussimoff juga merupakan seorang pelakon dan pernah digelar sebagai ‘pemabuk paling tegar di Bumi’.
Dalam satu dokumentari mengenai legenda ini yang telah disiarkan beberapa hari lalu memaparkan sisi gelap menjadi seorang gergasi seperti André. Dalam pendedahan tersebut, André dikatakan mempunyai berat badan yang sangat mengejutkan iaitu 236 kg dengan ketinggian melebihi 2 meter!
Beliau memainkan watak Fezzik di dalam ‘The Princess Bride’
Kredit: AF archive 
Justeru, André disahkan menghidap satu keadaan yang disebut sebagai akromegali atau sindrom gergasi.
Kredit: wikipedia
Tabiatnya yang gemar mengambil minuman keras dikatakan untuk menahan kesakitan yang disebabkan oleh badannya sendiri. Malah, André juga enggan menerima sebarang jenis rawatan kerana khuatir ianya akan mengubah bentuk badannya yang selama ini menjadi punca rezeki dan kerjayanya.
Beberapa legenda gusti lain seperti Vince McMahon, Hulk Hogan dan Ric Flair beserta pelakon Robin Wright dan Billy Crystal sering melihat André sebagai seorang lelaki yang unik.
Kredit: Bettmann
Di samping itu, mereka turut kongsikan beberapa aspek lain yang menunjukkan keunikan André yang tidak akan mereka lupakan seperti pergelutan emosi dan juga kentutnya yang dikatakan ‘berbahaya’.
Kredit: Universal
André juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain terutamanya dari segi keselesaan memandangkan segala barangan seperti kerusi mahupun kereta tidak bersesuaian dengan individu dengan saiz sepertinya.
Kredit: Uproxx
Walaupun mempunyai kehidupan yang ramai idamkan seperti kekayaan, populariti dan sebagainya, kehidupan sebagai André Si Gergasi bukanlah semudah seperti yang disangkakan.
Kredit: WWE
Legenda kelahiran Perancis yang dilahirkan pada 1946 telah menamatkan riwayat pada tahun 1993. Bagaimanapun, kehebatannya dalam beraksi di gelanggang pastinya tidak akan pernah dilupakan oleh peminat rancangan gusti.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan